Saturday, January 05, 2019

Telaga Lailatur Qadar: Tinggalan Sejarah Perjuangan Ulama

Tarikh       : 04 Januari 2019
Misi          :  Jelajah Sejarah Patani 
Lokasi       :  Bendang Daya, Yarang, Patani, Thailand
       
Jarak        :  
Coordinate:
  N6.78804° E101.32263°
Maps Link  : https://goo.gl/maps/15viFb6B4et


Bulan Ramadhan adalah bulan yang penuh dengan keberkatan. Bulan yang di dalamnya ada satu malam yang cukup istimewa dan sangat ditunggu-tunggu oleh orang yang beriman iaitu Lailatulqadar. Lailatul Qadar adalah malam mulia yang nilainya lebih baik daripada 1.000 bulan. Malam yang turun rahmat dan kebaikan daripada Allah SWT kepada umat-Nya. Pengalaman mendapatkan lailatulqadar merupakan pengalaman spiritual dan individual. Tidak semua orang mampu mendapatkan malam seribu malam ini. Bertuahlah siapa yang dapat menemunya. Ada beberapa orang ulama Tanah Melayu yang diriwayatkan berjaya bertemu dengan Lailatul Qadar , antaranya ialah Tok Bendang Daya dan anak beliau Syeikh Abdul Qadir (Tok Bendang Daya ke-II).


Kisahnya Tok Bendang Daya bertemu Lailatul Qadar sewakty beliau akan mengambil air wuduk di telaga ini untuk melakukan solat tahajud (tanda-tanda dimana peristiwa pohon tunduk dan air membeku) dapat dirasainya dan beliau berdoa mohon kepada Allah agar kesemua anaknya menjadi ulama dan (4 orang) menjadi ulama terkemuka: -

1. Syeikh Haji Wan Muhammad Zainal Abidin al-Fathani dikenali sebagai Tuan Guru Wan Din al-Fathani.

2. Syeikh Wan Abdul Qadir al-Fathani digelar sebagai Tok Bendang Daya yang kedua.

3. Syeikh Wan Abdul Lathif al-Fathani yang menyebarkan Islam di Bangkok.

4. Syeikh Wan Daud al-Fathani (Tok Cik Wan Daud al-Fathani) mengajar di Mekah

Nama lengkap Tok Bendang Daya ialah Syeikh Haji Wan Mushthafa bin Wan Muhammad bin Wan Zainal Abidin /Faqih Wan Musa bin Wan Muhammad Shalih bin Ali al-Masyhur al-Laqihi. Beliau lahir tahun 1160 H/1747 M, wafat tahun 1280 H/1863 M, di Kampung Bendang Daya, Patani.

Ayah beliau, Syeikh Wan Muhammad al-Fathani dan beberapa penyebar Islam di Patani sebelum itu adalah ulama dan pembesar kerajaan Patani. Tok Bendang Daya adalah hulubalang Sultan Fathani Darus Salam yang digelar Datuk Panglima Kaya dan juga digelar Hulubalang Wan Pa. Beliau diriwayatkan pernah menyertai peperangan menentang pencerobohan Siam terhadap Patani sekitar tahun 1235 H/1820 M hinggalah perang tahun 1244 H/1828 M. Kehebatan beliau berperang dan strategi peperangan juga diperkatakan terutama kegagahan dan ilmu ‘lut’ nya.

Kampung Sena berhampiran Bendang Daya ini diteroka oleh nenek beliau. Beliau meninggal dunia semasa berusia ± 120 tahun dan dimakamkan ditanah perkuburan berdekatan (±100 meter dari telaga ini).

Telaga ini terletak di Kampung Sena, Yarang, Patani, Thailand. Ia sejauh ±16 km ke arah Tenggara dari Bandar Patani dan hanya sejauh ± 5 km dari Yarang Ancient Town (Kota Langkasuka)

No comments:

Post a Comment