Sunday, January 06, 2019

Patani: Kunjungan Ke Telaga Sheikh Daud Al Fatani

Tarikh       : 04 Januari 2019
Misi          :  Jelajah Sejarah Patani 
Lokasi       :  Barahom, Patani, Thailand
       
Jarak        :  
Coordinate:
  N6.87179° E101.31333°
Maps Link  : https://goo.gl/maps/rNvVLmq1Bbu

Telaga lama peninggalan nenek moyang Syeikh Daud Al Fatani juga dikenali sebagai telaga dinar. Ia terletak ditebing/berdekatan sungai Kerisik. Terletak di Kampung Parit iaitu ± 4 km ke timur dari Masjid Kerisik. Sejauh ± 150 meter dari Pusat/Tapak kompleks Jemaah Ulama Fatoni Darusalam (N6.87296° E101.31360°) atau ± 10 km dari bandar Patani.

Siapa Sheikh Daud Al Fatani?

Al-Arif Billah Sheikh Daud Al Fatani sememang tersohor dengan keilmuannya di Nusantara. Nama penuhnya Syeikh Wan Daud bin Sheikh Wan Abdullah. Beliau lebih dikenali dengan panggilan Tok Syeikh Daud Patani, juga dikenali sebagai “Syeikh Daud Wali Allah”atau “Sheikh Daud Keramat”. Gelaran yang diberikan ini jelas menunjukkan pengiktirafan terhadap ketinggian ilmu yang dimilikinya dan berdasarkan beberapa kisah keramat yang dikaitkan dengan beliau.

Susur-galur keturunannya daripada Faqih Ali dipercayai menghubungkan nasab Syeikh Daud dengan Rasulullah SAW. Keluarga beliau juga mempunyai pertalian dengan ulama dan pembesar Champa, Banten, Tarnate, Kelantan, Terengganu, Kedah, Johor dan tempat-tempat lain.

Dilahirkan di Kampung Parit Marhum, Kerisek, Patani pada tahun 1133H/ 1720M dan meninggal di Mekah dalam tahun 1879M/1297H ketika berumur 159 Tahun. Seorang yang ‘membawa’ ilmu yang tinggi serta beramal dengan ilmunya bahkan mempunyai peribadi yang utuh dan sangat merendah diri..

Beliau banyak menghasilkan kitab dalam bahasa Melayu(Jawi) dalam bidang pengajian Islam. Karya beliau banyak dijadikan rujukan dan teks pengajian di pondok.

Beliau juga adalah orang Melayu pertama yang diberi tauliah menjadi imam dan khatib di Masjidilharam, Mekah dan juga menjadi menjadi sheikh haji melayu yang pertama.

No comments:

Post a Comment