Tarikh : 10 Jun 2017
Jarak : 5.7 km (loop)
Coordinate: N6.24825° E100.44472°
Lokasi : Darulaman Trails, Darulaman Hills (Bukit Nara), Bandar Darulaman, Jitra, Kedah, Malaysia
* Nama BDB Bikepark ditukar ke Darulaman Trails kerana tidak mahu terikat dengan satu konsep sahaja kerana ia juga mempunyai denai larian dan hiking.
Darulaman Trails terletak lebihkurang 10 minit perjalanan dari Jitra atau sejauh 4.5km. Terletak dilokasi strategik kawasan penempatan Bandar Darulaman Jitra. Ia dikelilingi oleh Taman perumahan seperti Taman Tunku Sarina, Taman Tunku Intan Safinaz dan Darulaman Golf Country Club (DGCC).
Laluan yang teduh dan cantik
Trek ini bukanlah baru, sejak tahun 2010 lagi kami sudah meneroka dengan memugar bukit mencari denai buat mencari trek yang lebih mencabar setelah ingin keluar dari trek-trek kebiasaan. Disinilah keyakinan kami diterapkan, kemahiran diasah dan keseimbangan dipraktikan. Beberapa acara besar pernah diadakan seperti Darulaman Downhill ( MDHS series 3) pada 29 Mei 2011, Darulaman Jamboree pada 30 Januari 2011, Girl & Women Jamboree pada 01 Dis 2012, MTB Gerek Challenge pada 11 Mei 2013 dan lain-lain acara tak rasmi.
Section ‘Tulang Dinasour’ di Trail DATARAN yang menguji keseimbangan
Setelah beberapa tahun, ianya kembali sepi dari kunjungan penunggang MTB, treknya mula menjadi usang, rumput-rumput mula meninggi. Trek berprestij menjadi pilihan. Tetapi harapan untuk melonjak namanya kembali cerah. Tup-tup ada khabar gembira dari pihak Bina Darulaman Bhd(BDB) yang mengusul dibina sebuah taman basikal yang tersusun. Mengiakan dengan tawaran, lantas saudara Md. Nasron aka Lont mengajakku untuk mencari maklumat ke arah merealisasikan projek ini. Kami mula meredah bukit untuk plot laluan cadangan, menggodek maklumat di dalam arkib komputer dan seterusnya menyediakan maklumat asas lalu diserahkan kepada pihak BDB. Hasil dari maklumat tersebut (itupun setelah beberapa kali tinjauan oleh pihak mereka), maka pihak BDB bersetuju untuk menawarkan projek pembangunan ini.
03 April 2017, saudara Md. Nasrol meredah bukit membuat ‘tanda’ sambil meninjau potensi trek. Secara rasmi kerja-kerja pembangunan dianugerahkan kepada syarikat Jamhusnor Sdn. Bhd. bermula 15 April 2017. Projek dimula dengan memberi tumpuan kepada pembangunan walking trial dan laluan basikal(XC dan DH).
Trailbuilders: Dari kiri Sunny BMX, Md. Nasron(perancang), Apit(pegang cangkul), Baim, Zam Hamid dan Jerot Djk
Pada awal pembikinan, pelbagai cabaran dan dugaan dihadapi seperti tiadanya orang yang berpengalaman untuk memandu jentera, hujan yang turun setiap hari, semak samun yang agak tebal dan lain-lain lagilah. Tempoh hingga 31 Ogos 2017 masa diberi dan dengan sentuhan trailbuilders berpengalaman lagi bertenaga seperti saudara Zam Hamid (beliaulah antara yang giat membangunkan trek ini satu masa dahulu) saudara Sunny BMX (seorang penunggang BMX terkenal dan pernah terlibat dalam aktiviti,pembangunan/even BMX) Bain @ Mohd. Ibrahim, Apit dan Jerot Djk, ditambah dengan doa dan sokongan sahabat akhirnya lahirlah beberapa trail asas iaitu:-
Nama Trail | Jarak | Aktiviti |
1. Pak Guard Trail | 680m | Hiking, trail running, cycling, enduro |
2. TTIS Trail | 2,000m | Hiking, trail running, birdwatching |
3. DATARAN | 430m | Parking, walking, trail running, cycling, DH |
4. Ciu Ciu Trail | 570m | Walking, trail running, cycling |
5. Billboard Trail | 1,100m | Walking, trail running, cycling, |
6. Bola Golf Trail | 300m | Walking, trail running, cycling, |
7. Downhill(DH) Track | 1,300m | Walking, trail running, cycling, DH |
8. Nature Trail | 430m | Walking, trail running, DH |
TARMAC | 700m | |
Trek-trek ini bersambungan dengan trek tertentu bagi mewujud satu jalinan laluan yang lengkap untuk aktiviti berbasikal, trial running, hiking dan DH. Terdapat uplift bertar sepanjang 365 meter dari bawah(GATE 2) ke Dataran (kawasan lapang di atas bukit).
Terdapat 3 pintu utama untuk akses ke trail-trail ini iaitu:-
GATE 1 (Utara) yang menjadi pintu masuk utama ke trek (berdekatan Guard House)
GATE 2 (Barat) akses minitar uplif ke DATARAN
GATE 3 (Selatan) Terdapat akses trek sejauh 160 meter untuk akses ke Billboard Trail
Insyaallah trek ini akan digunakan untuk beberapa acara besar anjuran pihak BDB disamping dapat digunakan oleh penduduk sekitar untuk aktiviti riadah.
Diharap dengan adanya taman basikal ini boleh memberi peluang masyarakat melakukan aktiviti harian melalui basikal, hiking, berlari atau berjalan kaki, mengelakkan salahguna bukit ini oleh pihak tertentu dengan kegiatan yang tidak diingini, menjauhkan penempatan pendatang haram dan aktiviti lain yang bercanggah dengan undang-undang. Secara tidak langsung akan dapat meningkatkan bilangan penunggang basikal untuk menjalankan aktiviti harian dengan selamat dan tunggangan yang ‘berkesan’.
Selepas siap dibina trek akan diuji sendiri oleh Trailbuilder bagi memastikan kesesuaian dan keselamatan
Di Section Usus
…..Bersambung