Tarikh : 31 Julai 2015 (Jumaat)
Masa : 8.15 pagi – 12.30 tgh
Trek : Bukit Perak, Pendang,Kedah
Rider : 25 Orang
Jarak : 31 km
Max Elev : 188 meter
Coordinate: N6° 01.896' E100° 39.475'
Kampung Padang Durian terletak ± 25km dari Pekan Pendang. Ia adalah sebuah kawasan pertanian yang dikelilingi oleh ladang getah, sawah padi, kelapa sawit dan lain-lain lagi. Kawasan ini juga terkenal dengan pengeluaran buah-buahan terutama durian yang sinonim dengan nama kampungnya. Kebetulan musim durian masih belum berakhir(walau sudah berada hampir ke penghujungnya) maka atas inisiatif saudara Romzi aka Roy telah menganjurkan satu kayuhan yang dikenali sebagai ‘Kayuhan Durian’.
Kayuhan ini disertai oleh seramai 25 peserta yang dikeloi oleh Roy melalui fb dan whatsApp yang rata-rata adalah terdiri dari geng sekitar, Pokok Sena dan Alor Setar. Kami berkumpul dan bermula di hadapan Sekolah Kebangsaan Padang Durian (Coordinate: N6° 01.962' E100° 36.722'). Laluan yang dilalui adalah laluan yang pernah kami kayuh tempohari. Tidak pernah jemu akan trek ini kerana suasana persekitaran yang nyaman kerana dikelilingi oleh rimbunan hijau, sawah padi yang terbentang dan dikelilingi oleh bukit-bukau. Apatah lagi bila memasuki kawasan dusun. Durian jatuh merata-rata seperti tidak dipeduli (mungkin faktur bulan puasa ) hampir terlanggar buah-buah lama yang berguguran. Sesekali bersaing dengan motor penduduk tempatan yang membawa ‘jaras’ besar di belakang buat mengisi buah yang luruh pagi tadi.
Setelah mengayuh dilaluan biasa, kami menuju sebuah dusun di kawasan bukit pinggiran Hutan Simpan Bukit Perak. Sudah sedia menunggu abang scrambler, mungkin tuan punya dusun. Membiarkan kami mencari sendiri buah-buah segar yang baru luruh. Mengopek menikmati buah dari pelbagai klon. Dari isi putih, kuning, merah jambu semua dirasai. Ada bagaikan ice cream hingga digelar ‘magnolia’. Ada yang isi tebal biji halus. Buka sebiji makan seulas, begitu mewah sekali tatkala berada di dusun. Bahkan kami dibawa ke beberapa dusun lagi ..hmmmm jenuh makan. Dalam letih dan redup nak hujan, dalam dusun dipenuhi buah mungkin tak banyak dapatku makan. Selesai kayuhan membeli buah ditepian jalan untuk keluarga buat bekalan.
Sesungguhnya kayuhan ini amat berbaloi dan menarik sekali. Trek menarik sesedap durian itulah yang dapat diungkapkan.
Kayuhan bermula jam 8.00 pagi di hadapan Sek. Keb. Padang Durian Pendang, Kedah
Melalui kilang memproses air mineral Eau De Clare Sdn. Bhd., Titi Akar, Kedah
Berhampiran Hutan Simpan Bukit Perak
Merentas sawah padi
Meredah ladang getah
Downhill yang menarik
Cabaran Menuju dusun – bechak
Naungan hutan buluh
Menikmati durian
No comments:
Post a Comment