Tarikh : 24 Julai 2015 (Jumaat – 8 Syawal 1436H)
Masa : 8.05 pagi
Trek : Trek Hosba(Baru), Kg. Alor Janggus, Changloon, Kedah DA
Rider : 4 Orang – Pudin, Nasron, Musz & Mohd Ezzad
Jarak : 13.9km km
Max Elev : 107 meter
Coordinate: N6° 22.952' E100° 24.581'
Sudah 48 hari aku tidak mengayuh, terasa malas (baloq) sekali pagi ini, ditambah masih terasa mood Hari Raya. Ku gagahi jua apabila saudara Nasron mengajak untuk sambung meriki trek Hosba – teruja sekali aku dengan trek ini. Hasil pencarian kami hari ini ternyata berbaloi sekali. Terbalas hasrat malas. Bahkan ia sebagai pemangkin untuk aku mula mengayuh. Aku perlu mulakan semula aktiviti kayuhan ini kerana aku cuma ada 2 bulan lagi sebelum program Great Adventure Bromo bermula.
4 orang tampil dan jumlah yang kecil ini bersesuaian sebagai kumpulan pencari. Kami mulakan kayuhan dari RTC Napoh, Jitra, Kedah Darul Aman (N6° 21.701' E100° 25.274') pada jam 8.05am seusai bersarapan. Misi kami hari ini adalah untuk menverifikasi laluan terdahulu disamping memuktamadkannya.
Hari ini kami masuk ke bukit melalui laluan baru. Laluan yang pernah digunakan untuk keluarkan hasil hutan. Seperti kawasan padang ragut yang cantik terbentang sebelum mendaki bukit Alor Janggus dan seterusnya memasuki kawasan ladang getah. Di kawasan hutan getah lama, penurunan dicelah rimbunan hutan renek sambil mengelak kubang babi sebelum merasai kenikmatan di ‘teres berganda’ yang pasti menerujakan pada geng ‘ekor lembut’. Section ini kami sepakat mengekalkannya. Kemudian saudara Nasron membawa kami ke kawasan dusun yang cantik, namun tidak ada kesinambungan laluan kerana dusun ini berada di kawasan lembah, tetapi apabila melihat sebuah bukit berdekatan, lalu mencari jalan untuk mendaki. Laluan mendaki yang kami jumpa ini akan dijadikan penurunan kerana mempunyai potensi ditambah ada akar pokok yang melintang yang pasti memberi cabaran kepada kami.
Seterusnya ke ‘bamboo trail’ – kawasan hutan buluh yang mengalir sebatang anak sungai (charok). Untuk menjadikan laluan ini lebih sempurna perlu dibuat pembersihan kerana banyak buluh ditebang dibiarkan melintang oleh beberapa pencari rebong dan buluh baru-baru ini.
Secara dasarnya, ujian laluan hari ini amat berjaya. Kami sudah mengenalpasti laluan yang teratur dan beberapa penambahbaikan akan terus dilaksanakan. INSYAALAH, selepas semuanya sempurna, maka ia akan menjadi antara koleksi dan tumpuan penggemar MTB dihujung minggu.
Atas sebuah bukit - Ladang Getah tua
Menyusup di celah pokok
membersihkan laluan
menjunam menikmati penurunan
Penurunan di section ‘Teres Berganda’
Dusun – cantik – buah durian dah habis
Penurunan dari sini – TQ Musz atas Pic ini
laluan ini akan dijadikan penurunan. Laluan menuju ke bukit yang ada dusun
menghampiri bamboo trail
di Bamboo Trail
Hampir tamat – keluar ke jalanraya berhampiran Kampung Napoh Ulu
Very nice natural track that is. Hope you enjoyed very much the ride Saifuddin Yakub.
ReplyDelete