Sunday, August 23, 2015

Kedah International Duathlon Challenge 2015: Acara Lasak Lagi Berprestij

Acara : Kedah International Duathlon Challenge 2015 (KIDC 15)
Tarikh: 28 & 29 Ogos 2015
Tempat : Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu, Jalan kodiang ,Jitra Kedah.
Koordinate : (N6° 20.070' E100° 21.764')
Race Format : 10km Trail Run - 35km MTB - 8km Trail Run
Fee : individual RM125 / relay RM250 (early bid 20% off)
Website: http://www.kedahduathlon.com/

Duathlon adalah satu kejohanan  yang  mengandungi 2 acara sukan iaitu larian dan berbasikal. Format yang biasa digunakan ialah lari-basikal-lari. Dimana peserta akan berlari kemudian bertukar kepada tunggangan basikal dan kembali berlari.

Acara Larian 1 sejauh 10km

Kedah International Duathlon Challenge 2015 (KIDC 15) adalah kejohanan bertaraf antarabangsa yang julung kali diadakan di Kedah. Ia disertai oleh peserta tempatan dan luar negara dan dianjurkan oleh Base Group (sebuah syarikat even management tempatan). Ia mendapat sokongan dan kerjasama dari Kerajaan Negeri Kedah dan pelbagai agensi Kerajaan & swasta lainnya.

Acara 2 – Kayuhan sejauh 35km

Ia akan diadakan pada 28 & 29 Ogos 2015 dan setiap acara akan bermula dan tamat di Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu, Jitra Kedah (N6° 20.070' E100° 21.764')

Larian 3 – larian mendatar sejauh 8km

Hari ini aku telah dijemput oleh sahabat kayuhanku, saudara Zailani Bin Zain yang menjadi salah seorang penganjur untuk mencuba dan membantu plot laluan. Aku tidak mampu untuk berlari tetapi hanya mengikut dengan basikal pada laluan larian pertama sejauh ±10km dan seterusnya mencuba laluan basikal mengelilingi Bukit Tunjang sejauh hampir 35km. Walaupun aku pernah ke sini beberapa kali namun ternyata banyak lagi seksyen yang aku tidak pernah menjamah sebelum ini. Laluan yang hampir 80% offroad dan berteknikal sememangnya menguji kesabaran dan kemahiran peserta. Dengan banir pokok yang terbungkin dan akar terjulur yang melintang  pasti memberi cabaran kepada peserta. Ditambah dengan suasana dusun yang mendamaikan dan teduh menambah keseronokan disini. Seterusnya mencuba lagi laluan larian tetapi agak mendatar sejauh ±8km. Ia melalui kawasan jalanraya dan merentas sawah padi. Laluan terbuka dan panas pasti menambah cabaran peserta bagi menamatkan acara.

Bersama Pengarah Teknikal, Xterra Malaysia, Mr David Spence & Mr Michael Tighe

Mr David Spence, salah seorang Pengarah Teknikal Xterra Malaysia (yang tersohor dalam penganjuran lasak sebegini) turut memberi sentuhan dan nasihat teknikal dalam penganjuran berprestij ini . Aku tidak dapat bersama dalam acara ini kerana kurang persediaan  lagipun aku mempunyai urusan di Kuala Lumpur pada tarikh tersebut. Maka aku berdoa semoga event ini akan berjaya dan seterusnya mengharumkan nama Kedah di persada antarabangsa dan tempatan.

Mukadimah - Larian awal sejauh 10km ..

larian dalam dusun yang teduh dan menarik

Acara 2 – Basikal

Laluan menarik dan menerujakan

Kawasan dusun yang teduh

Boleh menjamu selera

No comments:

Post a Comment