Masa : 8.05 pagi
Trek : Trek Hosba(Baru), Kg. Alor Janggus, Changloon, Kedah DA
Rider : 3 Orang – Pudin, Nasron & Haji Zaim
Jarak : 8 km
Max Elev : 187 meter
Coordinate: N6° 23.393' E100° 24.709'
Berkongsi Minat, Maklumat dan Pengalaman
Tarikh : 15 Mei 2015 (Jumaat)
Masa : 8.05 pagi
Trek : Trek Hosba, Kg. Alor Janggus, Changloon, Kedah DA
Rider : 3 Orang – Pudin, Nasron & Haji Zaim
Jarak : 10.1 km
Max Elev : 139 meter
Coordinate: N6° 21.703' E100° 25.271'
Iltizam kami untuk mencari trek Hosba dipenuhi hari ini. Dek kerana itu juga aku menangguhkan beberapa program bersama keluarga hari ini.
Pagi ini kami memulakan kayuhan dari RTC Napoh menuju ke kampung Alor Janggus, memasuki denai yang membawa kami ke kawasan kebun getah dan kelapa sawit. Teruskan kayuhan menuju ke arah bukit Alor Janggus. Di sini kami menjumpai denai laluan binatang tetapi semak ditumbuhi anak kayu. Kami menelusi laluan ini sambil membuka jalan dengan menebas sehingga berjumpa kawasan kebun getah yang ditinggalkan. Di kawasan kebun getah kami mengenalpasti laluan supaya ianya mencabar maka tereslah diredah. Mencuba sendiri penurunan agar ianya selamat dan sesuai digunakan. Seterusnya kami menuju ke sebuah bukit lagi yang kelihatan agak cerah kerana ditanami dengan kelapa sawit dan perlu menebas samun untuk menuju ke arah kawasan kebun getah sebelum keluar ke jalan raya melalui kawasan dusun.
Puas hati dengan hasil pencarian hari ini kerana ‘lapisan asas’ sudah diperolehi. Beberapa pecahan laluan akan diterokai kemudiannya bagi melengkapkan satu jalinan laluan yang teratur.
Memasuki laluan menuju kebun getah
menjumpai laluan
Pokok gaharu ???
menjelajah teres
memeriksa/menilai laluan
mencuba laluan
menebas laluan menuju ke kawasan kebun getah
Dikawasan dusun
Tarikh : 08 Mei 2015 (Jumaat)
Masa : 8.15 pagi
Trek : Trek Hosba, Kg. Alor Janggus, Changloon, Kedah DA
Rider : 4 Orang – Pudin, Nasron, Cikgu Fisol & Ezzard
Jarak : 13.9 km
Max Elev : 117 meter
Coordinate: N6° 23.369' E100° 24.229'
Trek Hosba dahulu dikenali sebagai trek teknikal semulajadi. Trek ini mula dijelajahi sekitar tahun 2011. Ia menjadi trek pilihan selain trek yang sering aku dan sahabat sering bermain sekitar gugusan bukit di Jitra seperti CP3, Bukit Kelubi, Gajah Teriak, Jati Perik dan sebagainya. Trek ini adalah inspirasi dari Trek Bukit Kiara yang sering kami tandang sebelum ini. Trek penuhnya sejauh ±22km dan mempunyai 4 seksyen dan 4 tahap kesukaran. Trek yang memerlukan keyakinan diri, daya tumpuan dan teknik yang betul.
Lama juga kami tinggalkan trek ini kerana memberi tumpuan kepada beberapa trek lainnya seperti gunung Jerai dan sebagainya. Tambahan mendengar bahawa projek tanaman semula akan dilakukan. Kini hampir sebahagian besar trek telah hilang akibat projek tanaman semula. Di ‘Felda Trail’ dan ‘Siamese Trail’ bukit-bukitnya sudah digondolkan. Tiada lagi single trail untuk meliuk dicelah pokok getah, tak dapat lagi merasa henjutan dan lambungan di ‘seksyen Urge’(Pump track) . Keenakan membelah akar yang melintang dan merasai penurunan yang gayat sambil merentas alur air di seksyen ‘Hoppy Go Lucky’ dan ‘V-Roots’.
Yang ada hanyalah laluan yang hambar tanpa naungan, panas disambar terik mentari. Sayup mata memandang bukit-bukit gondol yang luas dan lawas. Sesekali keliru di lokasi dan masa yang lama diambil untuk mengingati kedudukan.
Walaubagaimanapun insyaallah, iltizam aku dan Nasron (sambil dibantu oleh lain-lain sahabat), akan meninjau denai-denai di bukit, kebun getah, hutan renek dan hutan buluh bagi mencari ganti jalur yang sudah pupus itu. Sedikit masa diperlukan kerana pencarian memerlukan kerjasama dan kini saudara Nasron lebih memberi tumpuan kepada Gunung Jerai kerana melayan permintaan rider luar yang setiap minggu datang bagi merasai trek disana.
Permulaan dari Haji Fauzi Trail. Dibawah naungan rimbun pohon yang menghijau
Memasuki sebahagian Felda Trail
Jom ke sana !
‘Dogiang’ kerana udah digondolkan
Bukit Gendang raya di hujung sana …
Tarikh : 03 Mei 2015
Kos : ± RM210.00
Laluan: TTG – Wang Kelian – Khuan Kalong - Langu – Ao Noon – Chalung – Wang Kelian - TTG
Jarak : 324 km
Koordinate: N6° 46.941' E99° 45.875'
Mu Koh Phetra National Park
Mu Koh Phetra adalah sebuah Taman Negara Laut di Laut Andaman. Penubuhannya pada 31 Disember 1984 dan menjadi Taman Negara ke 49 dan Taman Negara Laut yang ke 14 di Thailand. Berkeluasan 494.38 km² yang merangkumi sebahagian pantai wilayah Satun hingga bersempadanan dengan Perairan Trang. Terdapat ± 30 buah pulau yang diselia dari pejabat Taman Negara yang terletak ± 2 kilometer dari Pak Bara Pier, Terdapat beberapa pulau yang menarik untuk dikunjungi seperti Koh Laoliang Nua, Koh Laoliang Tai, Moo Koh Bulon Arhcipelago, Koh Khao Yai dan Koh Lidi. Setiap pulau mempunyai keistimewaan tersendiri dengan pantai yang putih bersih dan gua yang menarik.
Menghala ke Pak Bara
Sempena cuti hari Wesak aku mengajak keluargaku untuk berkunjung ke Satun bagi menikmati keindahan pulau disekitar Mu Koh Phetra National Park. Sesudah subuh kami bertolak dari rumah menuju pintu sempadan Wang Kelian. Perlu sampai awal kerana hari ini adalah hari cuti umum/mingguan dan pastinya ramai pengunjung akan ke Wang Kelian. Sampai sebelum pintu sempadan dibuka dan menjadi orang pertama memasuki pintu sempadan. Seusai urusan imigresen kami menuju ke Khuan Kalong bagi menikmati moi telur disebuah kedai disana. Malangnya kedai ditutup jadi terpaksa mencari kedai pilihan bagi menikmati sarapan.
Pekan dan jalan kelihatan lengang mungkin kerana cuti hari Wesak (???). Setelah 70km perjalanan dari Wang Kelian kami pun tiba ke Ao Noon (N6° 50.179' E99° 45.326') pada jam 9.50 pagi waktu Malaysia. Bergambar seketika di hadapan kawasan Taman Negara dan parking di dalamnya. Kami juga meminta operator disitu mendapatkan bot khas untuk ke Koh Lidee. Sewaan sebuah bot ialah sebanyak THB1200 ( muatan 4 – 12 orang penumpang ).
Menuju Pulau
Koh Lidee atau Pulau Lidi adalah gugusan 2 pulau yang berdekatan.(Koh Lidi Lek dan Koh Lidi Yai) Dipisahkan oleh laut sejauh 300 meter. Pulau yang berkeluasan 2km per. Ia sejauh ±5km dari Ao Noon dan perjalanan ke sana mengambil masa 20 minit sahaja.
Kami mendarat di Koh Lidi Yek (N6° 46.941' E99° 45.875'), pulau yang lebih kecil. Disini terdapat stesyen Ranger 2. Pulau ini mempunyai pantai yang bersih lagi cantik. Lautan yang menghijau dengan terumbu karang yang cantik. Terdapat hutan paya bakau yang menarik yang boleh diterokai. Yang menarik ialah pelantar pejalan kaki sejauh ±300 meter yang dibina ditepi tebing. Katanya dugong boleh ditemui disini kerana sumber makanannya banyak disini.
Kami tiba awal jadi tidak ramai pengunjung disini. Akibat teruja kami terlupa mempersiapkan bekalan makanan, maka terpaksa memendekkan masa di pulau ini kerana masing-masing terasa lapar, tambahan melihat pengunjung lain menikmati hidangan makanan tengahari… hmmm terliur rasanya. Kebanyakan pengunjung hari ini adalah penduduk tempatan dan sebahagian besar adalah muslim. Pukul 1.00 tgh terpaksa memanggil bot kami dan balik ke tanah besar akibat kelaparan (sebenarnya kami boleh duduk selama mana di pulau ini – Cuma berunding tempoh masa dengan pengusaha bot yang membawa ke sini). Menikmati makan tengahari yang mewah lagi lazat di Pak Bara.
Ingin bermalam ?
Selain Stesyen Ranger di Koh Lidee, juga terdapat 8 buah rumah penginapan yang boleh disewa dengan harga THB600 semalam. Ada restoren tetapi tiada pengusaha jadi bawalah kelengkapan dan bekalan makanan/air secukupnya jika ingin bermalam disini. Tapak perkemahan juga disediakan.
Di daratan, kawasan Pejabat Taman Negara terdapat Chalet terapung yang boleh disewa dengan kadar harga antara THB600 - THB1,800 semalam. Berminat? sila hubungi pejabat:-
Mu Koh Phetra National Park
298 Moo4, Bantalaosi, Pak Nam, Langu Satun 91110
Tel 074783074 Email: mu_ko_phetra@hotmail.com
Kunjunganku kali ini juga bagi mendapatkan lokasi dan maklumat mengenai Taman Laut sekitar selatan Thailand ini. Insyaalah akan aku terokai lagi pulau-pulau sekitar Taman Negara di sini.
Masih di daratan – kawasan Taman Negara Mu Koh Phetra
Macam di Korea plak
Mendarat di pulau
Banyak buaian disini – berehat sambil melihat anak-anak mandi
Pelantar pejalan kaki – Nikmatilah panorama pinggiran pulau sambil melihat ikan-ikan kecil di lautan
Di belakang sana adalah Koh Lidee Yai – hanya 100 meter dari pelantar ini
Restoran yang tiada pengusaha dan tapak perkemahan
Romantik - Pantai indah bersih
Insyaalah – akan ku jelajah banyak lagi pulau di sini