Tarikh : 11hb April 2015 (Sabtu)
Masa : 7.00 pagi – 12.00 tgh
Mula : Medan Selera Perwaja, Gurun,Kedah
Rider : 260 orang
Jarak : 31 km
Coordinate: N5° 46.616' E100° 29.762'
Kayuhan Ukhwah ini adalah anjuran bersama Kelab Rider Utara, BO'I Club, Steel Rider Club dan Gerek Hutan Jerai Club. Satu konsep kayuhan Jamboree sebenar yang bertujuan memupuk perpaduan dan eratkan silaturahim sambil beriadah.
Dengan penyertaan yang dihadkan kepada ± 260 orang menjadikan ia bagaikan satu mini Jamboree yang berjaya. Bayaran penyertaan sebanyak RM10.00 sahaja namun hasil yang diperolehi amat memuaskan. Pengurusan acara yang baik. Ada kawalan Trafik, penanda yang sempurna, mashall, feeding point bahkan medal turut diberikan bak acara besar yang dianjurkan.
Beberapa tahun lalu, aku pernah berkayuh di trek ini dan kemuncaknya ialah semasa Jerai Mountainbike Jamboree (JMJ) pada 16 Januari 2012. JMJ ini pernah dinobatkan sebagai Jamboree paling berjaya pada waktu tersebut.
Kayuhan hari ini mengimbau kembali nostalgiaku berkayuh di sini yang melalui kawasan ladang getah di Permaipura dan Sungai Puntar. Laluan ala ‘rollercoster’, sambil mendaki teres-teres getah dan menuruni bukit yang berbatu lada. Beberapa bukit masih segar diingatanku seperti Bukit Cikgu Din, Bukit Kapak, Bukit Judi dan beberapa lagi yang ada keistimewaan dan ceritanya tersendiri.
Pada keseluruhannya laluan ini masih mengekalkan daya tarikannya. Diadun dengan laluan offroad yang panjang dan permulaan dan pengakhiran sedikit tarmac. Laluan direncah di kawasan perkebunan getah dan kelapa sawit. Dihidangkan dengan pendakian yang secukup rasa dan downhill yang boleh meransang selera. Ditambah dengan redupnya laluan dibawah naungan pepohon getah dan hujan semalam menjadikan laluan selesa dan pastinya ia menambah selera.
Insyaallah beberapa siri konsep kayuhan sebegini akan dilaksanakan oleh pihak KRU di lain hari, di lain lokasi.
Lagi gambar di FACEBOOK (KLIK)
Bersama x-PMC .. kini Steel Rider (Halim, Yusri ….)
Perlepasan pada jam 8:00 pagi oleh saudara Anuar SP
Permulaan kayuhan di jalanraya
Memasuki kawasan offroad
Qamar dengan basikal yang dimenanginya di UUM?
Art TTBC
Cikgu Fisol hari ini menunggang hadrtail Merida namun layan downhill selayaknya. Disini beberapa rider jatuh
Feeding Point – Rehat & Rawat di KM 17 selepas penurunan dari ‘Bukit Cikgu Din’. Pisang dan air mineral disediakan
AWAS ! Gerombolan lembu sedang melintas jalan
Cabutan Bertuah
No comments:
Post a Comment