Tarikh : 11.06.2014
Lokasi : Tasik Cermin, Gunung Rapat, Ipoh, Perak, Malaysia
Coordinate: N4° 33.560' E101° 07.210'
Lama benar menyimpan hasrat untuk menjengah ke lokasi ini, peluang terbuka apabila menemani isteriku untuk ke Putrajaya tempohari. Kesempatan digunakan sepenuhnya untuk bersama keluarga mengunjungi lokasi ini
Dengan berbekalkan maklumat lokasi koordinate kuari, aku membiarkan ‘Garmin’(GPS) menunjuk arah laluan ke lokasi ini. Dari situ aku tercari-cari pintu gua yang terletak tidak jauh dari situ. Dari pintu gua kami berjalan ± 50 meter melalui terowong buatan yang agak gelap. Menggunakan Handphone bagi menyuluh jalan menelusuri gua untuk jumpa tasik ini. Dihujung sana sudah nampak Tasiknya yang dikelilingi sepenuhnya bukit batu kapur. Airnya yang menghijau bak cermin dengan panorama bukit dan hutan yang memukau. Ada pelantar besi khas yang dibina yang membolehkan kami meninjau dan bergambar berlatarkan tasik ini. Kebetulan angin bertiup membuat daun-daun berguguran ke dalam tasik dan menyejukkan badan. Fuhhh indah… sungguh tenang dan nyaman disini.
Terletak lebihkurang 5km dari Tol Simpang Pulai. Untuk ke sana, dari Lebuhraya Utara-Selatan boleh keluar dari Tol Simpang Pulai (Exit 137). Selepas Tol dipersimpangan lampu isyarat belok kanan dan ikuti jalan menghala ke Ipoh sejauh 4km sehingga jumpa bangunan ACM Automative Corp (disebelah kanan) dan telusuri mini tar sehingga ke kawasan kuari batu (yang masih beroperasi). Dari sini anda boleh bertanyakan kepada pekerja kuari atau pemandu lori lokasi pintu gua.
Terpaksa melalui kawasan kuari batu ini dahulu untuk sampai ke pintu gua
di hadapan pintu masuk terowong
dihujung terowong
Pemandangan tasik yang indah permai
macam xder orang jer..seram pulak nak pergi..
ReplyDeleteOK jer .. tapi biarlah berteman
ReplyDeleteCantiknya tapi mcm takut nak lalu terowong tu.. Klu perempuan jer pergi mesti bahayakan
ReplyDeleteCantik nya....saya bermnt nak kaji tempat ni.. boleh bantu saya x
ReplyDeleteHuiii bestnyer...indah sesgt2...
ReplyDeletePergi cepat sebelum gua tu tutup...hihi...