Translator

Monday, June 23, 2014

Trek Taman Bersatu: Kemunculan ‘Taman Sepeda’ Baru

Tarikh : 21 Jun 2014    
Lokasi  : Taman Bersatu, Jitra, Kedah, Malaysia     
Trail Type: Singletrack    
Jarak : 3.6 km     
Trail Level: Advanced     
Coordinate: N6° 17.253’ E100° 24.769’

Satu lagi trek ala bike park wujud di Jitra, Trek yang dapat menaikkan adrenalin dan menguji kemahiran penunggang. Trek yang dibina oleh kelompok penggemar MTB Taman Bersatu yang dikepalai oleh sdr Rahmat, Zol Air Force dan Panjang. Projek ini dimulakan dalam bulan April 2014. Ia dibina disatu kawasan belukar terbiar dan kebun getah berhampiran Taman Bersatu, Jitra. Diteduhi dengan pokok membuatkan ia nyaman dikayuh walau ditengahari. Walaupun treknya tidak panjang tapi cukup untuk memberi kepuasan dan menaikkan adenalin. Jika tak puas pusinglah beberapa kali sehingga capek.

Hari ini aku bersama Ustaz Raja berkesempatan mencuba trek ini. Kami bermula dari kedai Alias D’Pallas mengikuti jalan mini tar dan masuk dari pertengahan laluan sambil mengikuti denai dan ‘penanda’. Nampaknya ia dibuat dengan teratur dan sempurna dengan mengikut ‘flow’ menjadikan ada kesinambungan dan tidak mengelirukan. Beberapa rintangan yang menarik sengaja dibuat seperti drop bertingkat, denai berbonggol (pump trek) dan switchback. Kemahiran diuji pada beberapa penurunan yang agak curam dan pendakian semula yang memerlukan kemahiran dan kudrat untuk menunjai naik semula. Melenggok dicelah pokok sambil mengawal handel dan basikal. Menghenyak dibeberapa jatuhan(drop) menjadikan ia menarik dan dinikmati. Nasib baik sepedaku semanggangnya panjang. Kepuasan melatam secukup rasa.   Ada banyak lagi penambahbaikkan bakal dibuat disamping memanjangkan trek sediada.

Pujian harus diberi kepada mereka yang berusaha merealisasikan trek ini yang memberi peluang kepada penggemar basikal sekitar Jitra dan kawasan berhampiran menikmati bersama.

Meliuk dicelah pokok

jatuhan curam –

tuas naik ……

Ustaz Raja … Harini memperagakan gerek ‘meka’  Santa Cruz Nomad

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...