Tarikh : 06.06.2014
Lokasi : Khuan Kalong, Thailand
Coordinate: N6° 56.050 E100° 03.078
Namtok Thara Sawan Forest Park terletak dalam Hutan Simpanan Kebangsaan Pa Khao Ma Mai dan diwartakan sebagai Forest Park oleh Pejabat Perhutanan Diraja pada 23 Julai 1996. Air terjun Thara Sawan ini terletak dalam taman ini yang lengkap dengan beberapa kemudahan infrastruktur seperti parkir, kawasan perkemahan dan chalet. Air terjun yang cantik dan mewujudkan beberapa kolam bertingkat. Mudah di akses dengan kenderaan hingga ke kawasan parkir dan berjalan ± 150 meter ke air terjunnya. Dengan kesegaran air terjunnya yang turun dari pergunungan setinggi ±50 meter yang belum tercemar hingga airnya digunakan untuk sistem pengairan dan bekalan air bersih kepada penduduk. Pastinya badan dapat disegarkan dengan air dari pergunungan yang sejuk segar disamping panorama indah yang menenangkan jiwa. Hutannya pula kaya dengan flora dan fauna. Pelbagai unggas dan mergastua tropika kedapatan. Pastinya kita berasa teruja apabila berpeluang merasai pengalaman menikmati keindahan alam sambil mendengar bunyi unggas rimba ini. Hutannnya dikawal dan diselia oleh pejabat perhutanan.
Ia terletak ±50 km dari pintu sempadan Wang Kelian. Untuk ke sana ikuti jalan dari Wang Kelian hingga ke Highway 406, di pekan Khuan Kalong belok kiri dengan mengikuti jalan 4137 sejauh ± 10 km dan belok ke kiri menelusuri Satun 4004 rural road sejauh ± 7km hingga jumpa papan tanda. Dari sini belok ke kanan dan masuk sejauh ± 5km untuk sampai ke Thara Sawan Forest Park.
Perkampungan disekelilingnya kebanyakkan adalah penduduk muslim melayu thai dan ada beberapa buah masjid yang berdekatan.
Aliran air kecil
Sistem pengairan dari punca bukit
No comments:
Post a Comment