Penggunaan pannier yang sesuai diperlukan untuk kembara basikal yang jauh. Lasak, luas, mudah dan ringkas antara perkara yang aku beri perhatian dalam penggunaan bag ini. Walaupun penggunaan keranjang (pannier) tak berjenama boleh digunakan namun bag yang berjenama direka khas dan diguna meluas oleh ‘wisatawan’ yang berkelana mengelilingi dunia. Aku sudah menggunakan beg keranjang tak berjenama, walaupun isipadunya agak besar namun ketahanan dan instalasinya ke basikal agak ‘merenyahkan’.
Misiku kali ialah mencari beg keranjang bagi menggantikan yang sediada. Aku menggoogle laman sesawang mencari beberapa jenama ternama, mentelaah dan membaca resensi mereka, maka beberapa pilihan disenaraikan:-
1. Ortlieb Back-Roller Classic 40L | Jenama tersohor diguna meluas, harga lingkungan £99.00 berat 1,900 grm |
2. Vaude Aqua 48L | harga £66.66, berat 2,100 grm |
3. Axiom Typhoon Aero DLX 45L | harga £63.74, berat 1,360 grm |
4. Altura Fuse 42 L | Harga £82.49 - Rixen-Kaul™ KLICKfix fittings |
5. Topeak DryBag Pannier | cantik, lasak .. dijual secara berasingan (sebijik la) harga £56.66 , 25 liter & 1,400 grm |
Setelah ditimbang-timbang, ditilik-tilik, maka aku membuat keputusan untuk memilih Axiom Typhoon Aero DLX. Ini kerana harganya agak murah, mudah(with no zips or complicated strapping ), ringan, lifetime guarantee (Ortlieb 5 tahun jer ma…) dan juga aku ingin mencari sedikit kelainan dari sahabat.
Aku membuat pesanan dari Evan Cycle dengan membuat pembayaran melalui paypal pada 04/05/2014 dan dicaj ke kad kredit sebanyak RM 366.71. Penghantaran adalah percuma namun lama sungguh kena menunggu (maklumlah pakai Royal Mail Postal services). Beberapa kali juga dimaklumkan oleh mereka bahawa stok masih belum diterima dari pembekal (jangkaan sehingga 07/07/2014 – nasib baiklah aku tak jadi pi Chiangmai pada waktu tersebut – taklah ternanti-nanti sangat) dan tanpa diduga pihak mereka memaklumkan bahawa baranganku sudah dikirim pada 13 Jun 2014 dan aku menerima barangan pada 25 Jun 2014 dalam keadaan baik dan sempurna (barangan dimasukkan dalam peti surat ja – nasib baik peti surat pejabatku besar).
Beg ini direkabentuk khas agar lebih aerodynamic yang dapat mengurangkan rintangan angin dan berat bag dapat ditumpukan ke tengah basikal. Fabrik khas digunakan yang mesra pengguna, bebas dari bahan heavy metals dan VOCs (Volatile Organic Compounds) yang boleh menyebabkan kanser dan gangguan sistem pernafasan dan semestinya mematuhi piawaian antarabangsa. Fabrik khas dari Korea ini iaitu 600D Polyster yang kalis air, nyah bau, kukuh, lasak dan dijahit kemas dan kejap. Sistem Rixen & Kaul Vario hooks and Flip locks membolehkan bracketnya mengunci kemas ke pelantar basikal, “Tie-Down” heavy duty bungee iaitu getah yang boleh diselaras senang dicakuk ke bahagian bawah pelantar bagi mengemaskan kedudukan bag dan amat mudah memasang dan mengeluarkannya dari pelantar. Bahkan satu unit bracket percuma diberikan sebagai alat gantian. Satu tali galas juga diberikan buat mengalas/mengusung barangan berharga kesana kemari jika beg tidak digunakan dijalanan. Muatan yang luas sehingga 45 liter. Tidak ada zip atau balutan yang merenyahkan dimulut beg ini. Hanya gulung mulut beg beberapa kali dan klikkan ke buckle, mudah dan cepat, air pun tak masuk.
Spesifikasinya adalah seperti berikut: -
- Waterproof 600D Polyester Ultrasonically wielded polyester
- Rixen & Kaul® Vario adjustable hooks fit 6mm-20mm racks
- Replaceable Rixen & Kaul® Flip-Lock
- Adjustable hook & bungie system for secure attachment
- Designed to be used as a front or rear pannier
- Dry bag rolldown closure
- Reflective logos
- Plastic wear guards on corners
- Includes extra hook, hardware and shoulder strap
- Compartment dimensions: 35 x 33 x 15.5cm
- Volume: 45L (pair)
- Weight: 1360g (pair)
Untuk makluman Axiom Performance Gear adalah sebahagian dari syarikat Norco Product Ltd (syarikat pengeluar basikal yang berjenama Norco) berpengkalan di Kanada. Tahun 1988, Norco telah melancarkan Axiom Performance Gear sebagai salah satu bahagian untuk pengeluaran aksesori dan barangan (cycling parts).
Rixen & Kaul Vario hooks and Flip locks mencangkuk kemas ke pelantar
Mudah di pasang ke Pelantar - Getah anjal yang mudah mencangkuk
PERCUMA : Tali sandang sisi dan cangkuk simpanan
Sisinya yang diperkukuh dengan plastik bagi kemasan dan mengejapkan bag disamping utk ketahanan
Pandangan ke dalam bag
No comments:
Post a Comment