Sunday, June 15, 2014

Satun : Explorasi Apresiasi Alam

Tarikh : 06 Jun 2014
Kos    : ± RM300.00 
Koordinate: N7 08.856 E99 56.442   
Laluan: TTG – Wang Kelian – Khuan Kalong – Manang – Satun - TTG 
Jarak : 402km

Perancangan asalku untuk kembara berbasikal dengan beberapa sahabat ke Chiang Mai, namun terpaksa menarik diri lantaran kursus yang perlu aku dihadiri.

Sebagai gantinya aku membawa keluargaku untuk berkunjung ke Satun dan bercadang meneruskan perjalanan hingga ke Pak Payun, Patthalung. Walaupun junta Thailand mengeluarkan perintah berkurung di kesemua 77 wilayah pada 22 Mei lalu selepas rampasan kuasa tentera yang dilaksanakan (bagi mengembalikan keamanan daripada konflik politik negara ini), namun aku meneruskan lawatan keluarga atas keyakinan bahawa Satun adalah wilayah yang paling selamat dan aman di Thailand.

Kami memulakan perjalan dari rumah pada jam 8.00 pagi dan tiba di pintu sempadan Wang Klian pada jam 9.10 pagi. Alamak ada 2 buah bas membawa pelancong, lambatlah pulak urusan imigresen, tambahan pula kami masuk menggunakan passport. Seusai urusan imigresen bersarapan lewat yang berat di Khuan Kalong (N6 50.017 E100 05.928). Tiada masalah makanan disini kerana majoriti penduduk adalah melayu muslim namun tidak dapat dapat bercakap bahasa melayu.

Dari sini kami menuju ke Thara Sawan Forest Park dengan mengikuti Satun 4004 rural road. Kawasan perhutanan menghijau dan air yang  dijadikan sumber bekalan. Ia telah diwartakan sebagai Forest Park oleh Pejabat Perhutanan Diraja pada 23 Julai 1996. Disini aku meninjau mencari air terjunnya, bersama anakku kami  mendaki batu besar untuk menuju ke air terjun Thara Sawan(KLIK) (N6 56.050 E100 03.078)  yang berketinggian ± 50 meter. Melihat secara dekat airnya yang mengalir turun ke kolam kecil dibawahnya. Masa yang suntuk menyebabkan aku membatalkan kunjunganku ke Sai Jai Waterfall. Aku perlu sampai ke Triplet resort sebelum jam 2.00 petang untuk aktiviti seterusnya.

Pintu air – sistem pengairan dan bekalan air

Aku memandu lagi sejauh ± 45km menuju ke Khao Banthat Wildlife Preserve Area – via Manang dengan mengikuti Satun 6014 rural road menuju ke Triplet Resort(N7 05.546 E99 54.950). Triplet diusahakan oleh sepasang suami isteri, iaitu En. Shamsuddin @ Din dan Puan Khadijah. Mereka adalah antara beberapa pengusaha chalet muslim di sini tetapi yang istimewanya mereka boleh berkomunikasi langsung dalam bahasa Melayu. Triplet ini diusahakan oleh mereka sejak tahun 2009 setelah mengambil alih perniagaan dari pengusaha Siam. Mereka mempunyai beberapa chalet yang boleh disewa dengan kadar THB 650 – 1,800. Mereka juga menyediakan pakej penginapan dengan harga yang berbaloi yang meliputi berkayak disungai yang berjeram dan menyusup Phu Pha Pet cave dan 3x makanan yang pasti halal.

Mereka boleh dihubungi :-

081-2988 472 - Triplet Resort
085-0809 601 - Abang Din
089-5958 971 - Kak Khadijah

chalet di Triplet Resort

Sampai sahaja di Triplet, kami terus menyalin pakaian untuk meneruskan aktiviti berkayak di Khlong La Ngu. Kami dibawa dengan pick up milik mereka bersama kayak ke lokasi permulaan yang terletak ± 8km ke hulu sungai ini. Sungai yang bersih, jernih , cetek dan jeram yang tidak terlalu ganas(class 2). Pemandangan indah ditebing yang memukau, mendamaikan jiwa dan menenangkan fikiran. Pokok-pokok besar dikiri kanan tebing meredupkan suasana, banirnya yang cantik melunjur turun ditebing sungai, dibeberapa tempat ada air terjun mengalir masuk ke sungai. Perghhhhh …. Marvelous.

Dibawa dengan pickup ke bahagian hulu sungai

menikmati keunikkan jambatan

bersedia untuk bermula

bermain di dalam sungai yang jernih airnya

Nasib baik hari ini tidak ramai pengunjung, peluang menikmati sepenuhnya aktiviti ini bersama keluarga. 4 buah kayak digunakan dimana aku membawa 2 orang anak perempuanku selebihnya dinaiki oleh anak dan isteriku. Tentu sekali keselamatan dititikberatkan dimana jaket keselamatan disediakan dan ada 2 orang guide yang mengiringi kami. Perjalanan menempuh jeram memang menerujakan,  menyusup dibawah jambatan gantung dan melalui beberapa buah chalet yang cantik. Kami singgah dibeberapa tempat untuk menikmati panorama dan mandi. Whoa .. kepuasan berkayak sejauh ± 7km selama hampir 2 jam dengan kos hanya THB200 seorang. Memang cukup berbaloi-baloi, tidak rugi percutian sekeluarga pada hari ini dan insyaallah kami akan datang lagi dan mungkin pada situasi yang sama atau pada satu tempat/keadaan yang baru.

keselamatan diutamakan

Santai - bermain-main di pertengahan kayuhan

kenikmatan berkayak di jeram

Selepas berkayuh pulang ke resort dan hidangan makan tengahari yang lazat sudah tersedia. Berselera sekali menjamah nasi ditambah dalam keadaan kelaparan dan dipuncak kenikmatan. Setelah berbincang dengan isteriku, kami menangguh perjalanan ke Pak Payun kerana baru tersedar bahawa keesokkannya kami ada beberapa kenduri berdekatan rumah ……..

Nong Plak Phaya-Khao Raya Bangsa Non-Hunting Area

1 comment: