Tuesday, June 04, 2013

Menelusuri Laluan Silam

Tarikh  :  01 Jun 2013, Sabtu     
Jarak   :  ± 23 km  
Coordinate : N6° 13.272 E100° 23.671

Hari ini ada beberapa kenduri,  perlu membataskan masa untuk menghadirinya. Perlu juga mengekalkan ‘fit’ lalu mengambil keputusan  menelusuri laluan yang sering aku lalui suatu ketika dahulu. Laluan ketika aku mula berjinak dengan MTB (sekitar tahun 2003). Laluan yang melalui jalan-jalan kampung dan sawah padi serta ladang getah.

Kini laluan disini sudah berubah, hutan-hutan yang dulu menjadi lokasi ku memburu bonsai dan batang cenerai sudah tiada. Bukit ditolak untuk projek perumahan. Hutan-hutan dicerahkan untuk tanaman semula getah. Namun masih ada sisa-sisa hutan getah tua . Kalau dahulu aku tidak mempunyai keberanian menelusuri denai-denai disini . Alhamdulillah dengan sedikit ‘kekuatan’ dan pengalaman dan berpandukan Garmin aku menyendiri menerjah ladang getah tua sekitar kawasan ini . Wow! ..Ada banyak denai yang boleh dilalui. Insyaallah aku akan melengkapkan jalinan laluan sekitar kawasan ini bagi menambah koleksi laluan XC.

kawasan ini telah diterangkan utk projek perumahan. Tiada lagi kedamaian alam dan tasik

Chalet Pak Lah – kena ‘pengambilan’ untuk projek mendalamkan sungai. Gambar sekitar tahun 2009

Ladang getah tua – ada denai-denai yang menarik

salah satu kawasan geng memancing tetapi agak tersorok

Tak ramai kaki memancing datang sini. Tetapi disebalik sana – ada ramai pemancing

Kawasan getah muda

Laluan bendang – menghala Bohor

Dulu aku rajin naik feri ini (maklumlah dulu dibelakang rumahku sahaja). Kini banyak yang dah rosak akibat banjir besar dahulu. Hanya yang berhampiran rumahku (dekat Chalet Pak Lah di Alor Ganu) diperbaiki dan masih digunakan. (N6° 11.680 E100° 22.911)

2 comments: