Tarikh : 07 Jun 2013
Lokasi: Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah, Pahang Darul Makmur, Malaysia
Coordinate : N3° 35.518 E102° 08.663 Dalam perjalananku dari Kuala Lumpur ke Kuantan melalui Lebuhraya Pantai Timur, singgah ke Kuala Gandah (± 2 jam perjalanan) untuk mengunjungi Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan(PKGK). Ianya terletak ±15 km daripada pekan Lanchang, daerah Temerloh, Pahang.(±49km dari Pekan Temerloh),
PKGK ini ditubuhkan pada tahun 1989 oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar Dan Taman Negara(PERLIHITAN). Satu-satunya pusat di Malaysia yang berperanan melindungan serta menempatkan semula gajah-gajah liar yang habitatnya diganggu. Ia juga berperanan meminimumkan risiko kepupusan gajah. Bermula sebagai Unit Pengurusan Gajah yang wujud sejak tahun 1974 dan ia bermula dengan 4 ekor gajah yang diimpot dari Assam, India. Gajah ini diberi nama Ganesh, Paul Bahadur, Lokimala dan Bahadur.
Bayaran masuk adalah percuma. Selepas diberikan sticker, kami dibawa melawat dan memerhati kehidupan anak gajah yang dilepaskan secara bebas dalam kawasan keliaran yang dipagar dan turut memberi makan. Kemudian dibawa menonton dokumentari proses menyelamatkan gajah liar dari kawasan konflik ke habitat baru oleh Jabatan Perhilitan. Sementara menunggu gajah balik untuk dimandi sempat bergambar dan merakamkan gelagat anak gajah. Pada jam 11.00 pagi kumpulan gajah baru balik dari hutan dan dimandi dan dibersihkan oleh mahout. Selepas selesai mandi, kami diberikan penerangan oleh kakitangan bertugas lalu diperkenalkan dengan gajah-gajah tersebut sambil mempamerkan kebolehan asas mereka..
Selain dari aktiviti di atas, para pengunjung juga boleh mendapatkan khidmat Pemandu Pelancong Alam Semulajadi untuk menjelajah trail interpretasi sambil memerhati gajah dalam hutan semulajadi serta lain-lain flora dan fauna yang menarik di hutan hujan tropika.
PKGK dibiayai oleh Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia. Dalam usaha untuk meningkatkan kemudahan sediada dan untuk tujuan pembangunan dan penyelidikan, sokongan dan sumbangan amatlah diperlukan. Segala pertanyaan boleh dibuat kepada
Ketua
Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah
Jabatan PERHILITAN
Kuala Gandah, 28500 Lanchang
Pahang Darul Makmur, Malaysia
Tel: 09-279 0391/Faks: 09-279 0398
Link Berkaitan
Kuala Gandah National Elephant Conservation Centre Laman Web Rasmi PERHILITAN
Dipintu masuk kami diberikan sticker ini untuk dilekat dan dipamerkan
Ada gerai yang menjual makanan untuk diberikan kepada anak gajah
Besar Badan, Jaguh Makan, memelihara Hutan
Gajah sejenis mamalia dan adalah binatang darat terbesar di bumi. Umur gajah biasanya mencapai 70 – 80 Tahun.
Di Alam semulajadi, gajah menghabis ¾ daripadanya harinya untuk makan. Gajah dewasa makan sebanyak 150 – 200 kg makanan. Ia perlu sentiasa makan kerana kerana tidak dapat menghadamkan makanan dengan sempurna. Gajah hanya mencerna dan menyerap 44% dari makanannya sebagai sumber nutrein, selebihnya dibuang sebagai najis. Najis yang dikeluarkan itu mengandungi 80 % lembapan, 10 % gentian yang tidak dicernakan dan baki 10 % mengandungi nitrogen dan ash yang sebahagian besarnya terdiri daripada kalsium. Disebabkan oleh kekurangan sistem penghadaman inilah, gajah terpaksa menghabiskan sekurang-kurangnya 18 jam sehari untuk makan bagi memenuhi diet yang diperlukan.
Gajah adalah pemakan daun (herbivor). Oleh itu banyak binatang seperti rusa, pelanduk, seladang dan tapir menikmati lebihan makanan gajah yang ‘lazat’. Ia membantu tumbuhan bawah hutan menerima lebih banyak matahari apabila ia memakan daun-daun kayu. Ia juga membantu menyebarkan biji benih pokok dalam hutan.
Besar Tubuhnya Tidak dengar Bicaranya
Biasanya kita mendengar gajah mendengus, menjerit-jerit dan berseru-seruan. Gajah mampu berkomunikasi sesama sendiri dari jarak jauh dengan menggunakan gelombang bunyi yang sangat rendah iaitu pada frekuensi 12 – 24 Hz
Gajah juga mempunyai GPS tersendiri. Dengan hentakkan kaki ke tanah akan menghasilkan gegaran kecil (isyarat seismik) yang membolehkan gajah-gajah lain mengesan lokasi masing-masing.
Mengancam , Terancam & Diancam
Gajah liar tidak mempunyai pemangsa semulajadi. Tidak ada haiwan lain yang berani berhadapan dengan gajah. Ancaman utama gajah adalah manusia. Oleh itu Gajah disenaraikan sebagai haiwan terancam dan dilindungi sepenuhnya di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716)
Fakta: 33,000 Gajah Asia Di Dunia. 1,200 Gajah Asia di Semenanjung dan 1,000 Gajah Asia di Sabah
Belalai Gajah lebih dari sekadar Hidung
Setiap Gajah mempunyai Belalai. Tetapi fungsinya lebih dari itu. Ia mengutip makanan dan mengangkat bebanan dengan belalainya. Bahkan sekecil kacang dan sehelai rambut boleh dikutipnya umpama tangan dan jari kita. Belali tidak bertulang dan mempunyai 40,000 otot yang sangat fleksibel.
Belalai gajah boleh mencapai sehingga 2 meter panjang dan berat mencecah sehingga 140kg. Belalai ini boleh menyedut dan menyimpan air sehingga 8 liter. Seperti hos air, gajah menggunakan belalainya untuk menyembur dan mandi. Ianya juga digunakan untuk bernafas, membuat bising dan membelai anaknya.
Memandikan Gajah.
Dipusat Konsevasi ini gajah akan sentiasa ditemui dikawasan sungai atau berair. Tahukah kenapa? … Gajah tidak boleh hidup lebih dari 24 jam tanpa air. Bentuk badan yang besar memnyebabkan ia memerlukan kuantiti air minum yang banyak iaitu 100 – 150 liter sehari (bersamaan 75 orang sehari)
Gajah adalah perenang yang sangat baik. Ia berenang dengan keempat-empat kaki dan berupaya berenang dalam tempoh yang panjang. Badannya yang besar memberi kelebihan untuk terapong manakala belalainya menjadi snokel
Gajah mempunyai kulit setebal 2.5cm. TETAPI bahagian dalam telinga gajah mempunyai kulit hanya setebal sehelai kertas sahaja. Ia seperti ‘radiator’ bagi membolehkan gajah mengawal suhu badan mereka. Darah akan dialirkan ke telinga untuk disejukkan dengan bantuan jaringan pembuluh darah yang luas pada telinga mereka. Telinga juga digunakan sebagai kipas untuk menyejukkan badan.
Dierkenalkan lalu menunjukkan kebolehan
Tengkorak dan gigi gearaham gajah yang berusia ±35 tahun
Gajah perlu dipulihara. Jika tidak generasi akan datang hanya dapat melihat dan mengenali menerusi rangka dan tulangnya sahaja. Gajah mempunyai 4 batang gigi geraham yang berat satunya mencecah sehingga 4kg.
Kawasan Persekitaran cantik yang terletak di pinggiran Rizab Hidupan Liar Krau yang merupakan rizab hidupan liar terbesar di Malaysia