Friday, May 17, 2013

Perlis International Green Ride 2: Ada Sentuhan Diraja

P5122083

Tarikh  :  12 Mei 2013, Ahad      
Rider    : 350 Orang
Jarak   :  ± 66 km 
Mula    :  Kompleks Basikal Lasak Perlis, Jalan Bukit Ayer, Batu Pahat, Perlis, Malaysia.
Coordinate : N6° 32.197 E100° 10.129

Acara ini bersempena dengan sambutan Hari Ulang Tahun Keputeraan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail ke-70. Seramai 350 peserta termasuk 30 dari Thailand menyertai acara ini. Perasmian dan perlepasan dilakukan oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail. Kayuhan bermula pada jam 9.00 pagi dengan melalui kawasan Ladang jati – memasuki ladang getah – merentasi sawah padi,  memasuki ke Gua Kelam, menelusuri Denai Warisan dan berpatah balik mendaki Bukit Wang Kelian, memasuki kawasan empangan Timah Tasuh lalu tamat di Kompleks Basikal Lasak Perlis.

Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail  turut berbasikal dari Pejabat Empangan Timah Tasuh ke Gua Kelam sejauh hampir 14km. Kayuhannya turut diiringi  oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Datuk Azizan Hamid, Ketua Polis Perlis, SAC Zull Aznam Haron, ketua-ketua jabatan dan lain-lain tetamu berjumlah hampir 100 orang. Sebelum itu,  baginda berbesar hati menyerahkan sumbangan agihan bantuan sara hidup daripada Majlis Agama Islam Perlis kepada anak sdr Jamzuraimi (salah seorang penunggang MTB) yang terlibat dalam kemalangan tempohari.

Walau kelmarin agak keletihan namun menggagahi diri menyertai kayuhan ini . Aku adalah peserta paling akhir memulakan kayuhan, namun aku sudah biasa dengan laluan ini dan bertindak sebagai sweeper bersama bro Them dan Arin. Sememangnya menarik kayuhan menelusuri laluan ini namun ianya amat meletihkan terutama pada 15km terakhir. Kukuatkan semangat menghabiskan kayuhan ini ditengah rembang dan selamat tiba pada jam 12.45 tgh.

Aku amat bersetuju dengan titah Raja Muda Perlis untuk menarik ramai peggemar basikal menelusuri laluan ini kerana ia  terletak dalam kawasan ekopelancongan. Tambah baginda betapa perlunya trek laluan basikal diperbanyakkan. Bagi aku berbasikal merupakan salah satu kaedah pengangkutan yang dapat membantu mengurangkan masalah pencemaran dan melindungi alam sekitar. Dengan pengwujudan trek laluan dan pusat basikal ini dunia basikal dapat ditingkatkan lagi sebagai satu bentuk sukan rekreasi.

P5122018

P5122031-horz

Sumbangan kepada waris saudara Jamzuraimi Bin Jamaludin

 

P5122041

Tuanku berbesar hati ‘melepaskan’ peserta

P5122062

Tabung Derma Kutipan dilancar

P5122066

P5122068

Geng TRM

P5122072

P5122078

Pelbagai bentuk rupabumi

P5122080

Pelbagai lapisan

P5122086

‘Feeding Point’ berdekatan pintu masuk Gua Kelam

P5122090

Peluang untuk mengayuh dalam Gua Kelam

P5122100

Peluang untuk menikmati panorama di Empangan Timah Tasoh

P5122106

Cikgu Fikri

P5122108

P5122109

Berteduh di hutan buluh

No comments:

Post a Comment