Tarikh : 26 Mei 2013, Ahad
Rider : 4 Orang
Jarak : ± 72 km
Mula : Kampung Aman, Kaki Bukit, Perlis, Malaysia.
Coordinate : N6° 39.694 E100° 12.361 (Mula)
Khuan Don adalah sebuah daerah di dalam Provinsi Satun, Thailand. Pekan Khuan Don terletak ±25km dari sempadan Malaysia/Thailand. Pintu sempadan Wang Kelian menjadi sibuk pada hari Sabtu/Ahad kerana ramai pengunjung bertandang ke Pekan Wang Kelian/Wang Prachan untuk mengunjungi pasar sehari dan bebas keluar/masuk (tanpa pass sempadan/passport).
Kebelakangan ini aku sering berada sekitar kawasan ini, sudah ditakdirkan rentetannya di sini. Walaupun hari ini ada program kayuhan di Gunung Jerai (DH) namun atas sebab untuk melatih diri dan sebagai persediaan diriku ke arah Kayuhan Muhibbah Bandung pada 18 – 25 Jun 2013 aku memilih ke sini juga.
Aku memarkir kereta di perkarangan ‘Kedai Pokok Ceri’, Kampung Aman. Nampaknya sudah ramai rider yang telah berkayuh ke Wang Kelian berdasarkan kereta yang turut diparkir di sini. Jam 8.30 pagi aku dan Abang Ronn memulakan kayuhan. Permulaan kayuhan yang sememangnya memerlukan kekuatan fizikal dan mental kerana perlu mendaki Bukit Wang Kelian setinggi 313 meter.
Sampai di pekan Wang Kelian, kelihatan ramai pengunjung di sana. Dari sempadan kami bergabung dengan Bro Them dan Bro Erin untuk mengayuh lagi 24km untuk menikmati mee/bihun sup di pekan Khuan Don atau nama asalnya ialah ‘Dusun’ (bahasa Melayu). Kedai ini (N6° 47.111 E100° 04.730) menyediakan bihun/mee yang halal dan pasti membuka selera pelanggannya. Pada waktu tenggahari akan sesak dengan pelanggan. Dibuka dari jam 10.00pagi – 7.00 petang.
Dipertengahan jalan berjumpa dengan papan tanda kubur lama yang bertulis rumi. Kubur misteri DATUK WAN AHMAD LAKSAMANA GARANG RAYA LELANANA PADUKA TUAN. Tidak sempat untuk bertanya khabar kerana kesuntukkan masa. INSYAALLAH aku akan kembali untuk merungkai gerangan siapakah Datuk ini dan lokasi sebenar kubur...!!
Fuhhh …. permulaan yang memenatkan
Bergabung dengan Bro Them dan Erin merentas sempadan
Daerah Khuan Don majoriti penduduk islam. Banyak masjid disepanjang jalan
Pusara Bangsawan Melayu. Siapakah dia ???
Masih lengang lagi. Kedai ini dibuka dari jam 10.00 am – 7.00 pm(Waktu Malaysia).
Tauge percuma disediakan
Kenyang perut suka hati. Jalan pulang – panas terik membakar kulit.
Di Sempadan(Wang Kelian) – Sempat berbual dengan Saudara Sabri Bin Md. Noor adalah orang pertama yang meneroka/membuka kedai barangan di Wang Kelian (sekitar hujung tahun 70an atau awal 80an). Kedai ini di bina oleh pihak Kemajuan Negeri. Jalan ke Khuan Don masih berbatu & bertanah merah.
Wow - Rumahnya: Hasil dari usaha perniagaan yang dijalankan sejak muda
Balik dengan menelusuri laluan yang pernah digunakan oleh orang-orang kampung suatu ketika dahulu (Denai Warisan) tapi AWAS – laluan simen yang berlumut lagi licin
No comments:
Post a Comment