Tuesday, February 19, 2013

Bukit Semeliang: Kayuhan Solo Menjejaki Laluan

Tarikh  :  14 Februari 2013           
Jarak   :  ± 9 km      
Lokasi  : Bukit Semeliang, Kampung Sawa Kechil, Pendang, Kedah, Malaysia 
Coordinate : N5° 58.154 E100 ° 32.987

Bukit Semeliang terletak berdekatan dengan kampung Sawa Kechil, Pendang, Kedah. Jaraknya  ± 11km dari pekan Pendang dengan mengikuti jalan Kg. Baru ke Sungai Tiang. Bukit ini memanjang ke arah kampung Pokok Asam sepanjang hampir 3km.

Sudah lama aku mengidam untuk ke bukit ini, lama benar ku memerhati dari kejauhan. Menyimpan hasrat dan menanti  peluang yang sesuai. Hasratku semakin membuak lantas sejak beberapa minggu lalu, aku bertanyakan kepada penduduk tempatan dan rakan, mencari maklumat mengenai ‘situasi’ dan jalan masuk ke bukit ini.

Pagi ini berbekalkan maklumat, aku membawa basikal dan parkir di kawasan bekas kuari/tapak longgokkan balak. Aku bermula pada jam 8:30 pagi. Sendirian aku disini, tiada manusia hanyalah kera dan lutong melompat-lompat di pokok. Setelah mengayuh dan mendaki hampir 800 meter akhirnya aku berada dipuncaknya yang ketinggian ±220 meter. Dipuncak aku disambut oleh 3 ekor anjing yang mengawal kawasan dan terdapat sebuah pondok didirikan di sini.

Hasrat awalku hanyalah untuk meninjau laluan/melihat kawasan dari puncak bukit ini, namun masa yang masih terlalu awal dan terlihat ada laluan yang menganjur memanjang menurun, maka membuat keputusan menjejaki laluan tersebut. Laluan yang sunyi dan agak usang. Aku mengikuti laluan ini hampir sejauh 2.8km dan keluar ke kawasan tanaman semula getah/ kebun kelapa sawit. Sempat bertanya khabar kepada penduduk tempatan(penoreh) mengenai laluan keluar . Alhamdulillah selamat sampai pada jam 10.00 pagi

Jarak yang agak pendek, walaubagaimanapun ada beberapa bukit lagi yang boleh dijelajah  bagi memanjangkan laluan ini.

Hampir ke puncak

berlatarkan Puncak Kedah @ Gunung Jerai (nun di sana)

Bukit Perak, Bukit Tegor di belakang sana

 

 

Dari puncak , nampak  laluan menurun ni

Penghujung: Kawasan tanaman semula, ladang getah & kelapa sawit dan ada 2 bukit lagi disana nuuu..

No comments:

Post a Comment