Tuesday, December 31, 2013

Kantang Hotspring: Paya Yang Berasap

Tarikh : 24 Disember 2013
Jarak : ± 180 km dari Wang Klian
Coordinate:   N7° 24.550 E99° 27.777

Hotspring

Kantang Hotspring atau Kuan Kaeng Hotspring terletak di hutan simpanan daerah Kantang di wilayah Trang. Ia berada diantara sempadan Taman Negara Khao Warng, Kuan Kaeng dan Nam Raab. Satu kawasan hutan tropika yang sebahagian darinya adalah paya yang berasap kerana dipanaskan dari perut bumi.

Pihak Jabatan Perhutanan telah mengistiharkan kawasan ini sebagai sebagai taman perlindungan pada 9 Jun 2006.

Sebahagian dari paya ini telah dimajukan kepada 3 kolam utama dengan kepanasan sehingga 60°C. Pihak pengurusan juga sedang dalam usaha meningkatkan lagi kemudahan asas untuk keselesaan pengguna dengan menyediakan lebih banyak kolam rendaman.

Pelantar pejalan kaki sejauh ± 300 meter disediakan untuk pengguna bersiar sambil menikmati kehidupan dipaya yang panas ini sambil melihat mergastua, unggas dan fauna. Spa dan urut traditional juga disediakan.

Jaranya ± 10km dari pekan Kantang. Untuk ke sana ambil feri di Jeti Kantang dan selepas itu ikuti jalan Tha Som Soi – Na Rha Po Soi dan belok ke kanan mengikuti jalan Bo Nam Ron sejauh ±1.3km.

IMG_0072

IMG_0074

Akar akar pokok yang tumbuh di dalam kolam ini

IMG_0076

IMG_0079

PC241719

Pelantar pejalan kaki untuk bersiar di kawasan paya

PC241725

PC241728

PC241729

Foot reflexsologi & urut tradisional Thai

Cerita Asal dari Kembara Alam Bumi Siam: Mencari Sinar Dari Satun Ke Trang

Monday, December 30, 2013

Kantang: Ziarah Pohon Getah Pertama di Thailand

Tarikh : 24 Disember 2013
Jarak : ± 170 km dari Wang Klian
Coordinate:   N7° 24.576 E99° 31.372

Pokok getah berasal dari Amerika Selatan. Ia diperkenalkan ke Asia Tenggara oleh pihak British pada abad yang lalu. Di Tanah Melayu ia mula ditanam di Kuala Kangsar pada 1877. Di Thailand ianya dibawa masuk dari Tanah Melayu oleh Phraya Ratsada Pakdi (Gabenor Trang) dalam tahun 1899. Tanaman perintis dilakukan di Tambun Shong seluas 18 ekar. Beliau juga mengarahkan untuk diagihkan benih getah kepada petani untuk meluaskan lagi penanaman getah.  Kini Thailand adalah antara negara pengeluar utama getah dunia selain Indonesia dan Malaysia.

Sepohon pokok getah asal masih dikekalkan sebagai bukti sejarah getah yang pertama di tanam di Thailand. Pokok getah ini terletak di tepi jalan utama ke pekan Kantang.

IMG_0046

ada papan tanda mengenai pokok getah ini diseberang jalan

IMG_0040

Terletak di sebelah kanan jalan yang menghala ke Kantang

IMG_0045

Pandangan sisi. Apakah ia masih mampu bertahan ?

Cerita Asal dari Kembara Alam Bumi Siam: Mencari Sinar Dari Satun Ke Trang

Sunday, December 29, 2013

Kembara Alam Bumi Siam: Mencari Sinar Dari Satun Ke Trang

Tarikh : 24 Disember 2013     
Kos    : ± RM700.00 (All-in satu famili) 
Jarak  : 310 km/780 km    
Laluan: Wang Kelian – Khuan Don – Chalung – Thung Wa – Kantang – Pak Meng Pier

Trang

Trang katanya adalah sebahagian dari wilayah Kedah Tua satu ketika dahulu. Terletak di selatan Thailand. Ia bersempadanan dengan wilayah Satun diselatannya, Phathalung di Baratnya dan Krabi di Utaranya. Lokasinya yang menghadap laut Andaman pernah menjadikan Trang sebagai salah sebuah pelabuhan utama. Keunikan Trang adalah pada pantai, pulau dan lautan membiru kehijauan disamping airterjun dan gua-guanya. Ia juga menjadi wilayah pertama yang ditanam dengan pokok getah di Thailand.

Keunikan inilah yang menarik perhatianku, jadi bersempena dengan cuti Hari Krismas aku membawa keluargaku bercuti ke sana. Sebelum bertolak aku merancang perjalananku dengan mencari dan menetapkan posisi (koordinate) beberapa lokasi sebagai ‘pengisian’ sepanjang perjalanan untuk memenuhi masa dan mengelak kebosanan. Aku juga membawa bekalan makanan seperti beras, sardin, roti dan makanan kering disamping membawa periuk letrik serbaguna sebagai persediaan mendapatkan ‘makanan’.

Kembara kami bermula dari Alor Setar pada jam 8.30 pagi dengan menuju ke arah pintu sempadan Wang Kelian. Letupan bom yang berlaku tempohari (22/12/2013) di hadapan Balai Polis Padang Besar (Thailand), Balai Polis Sadao dan di hadapan Hotel Oliver di pekan Danok menyebabkan aku memilih untuk masuk ke Thailand melalui laluan ini. Lagipun aku memang suka dengan wilayah Satun yang bagiku lebih selamat berbanding wilayah lain. Ia tidak pernah digemparkan dengan serangan pengganas atau dicemari dengan pergaduhan kaum atau agama.

Urusan imigresen (passport) kami berjalan lancar dan mudah sekali, pukul 9.45 pagi sudah berada ‘diseberang’  namun sebaik melewati Kampung Wang Prachan, hujan mula turun sehingga ke Khuan Don. Hasrat untuk menikmati mee Kuan Dhon(KLIK) tidak kesampaian apabila kedainya masih belum dibuka.

PC241699

Perjalanan diteruskan dengan melalui pekan Chalung (N6 43.524 E100 04.017) membelok ke kanan menghala ke Thung Wa dan singgah ke air terjun ThanPlew (KLIK) (N7 06.664 E99 50.602) yang juga menjadi kawasan tadahan air. Cantik dan tenang disini. Hampir 2 jam aku menikmati suasana kedamaian disini. Pada pemerhatianku ada banyak air terjun, jeram dan gua di kawasan ini.

IMG_0047

IMG_0041

Pokok getah pertama di negara Thai.

IMG_0058

feri menyeberangi Sungai Trang seluas ±500 meter

IMG_0065

Selepas itu aku meneruskan perjalanan ke pekan Kantang untuk melawat sepohon pokok getah (KLIK) (N7 24.576 E99 31.372) yang dikatakan sebagai pokok getah pertama yang di tanam di Thailand. Aku tiba ± pada jam 2.00 petang, selepas mendapat sedikit maklumat aku terus ke pengkalan feri(N7 24.415 E99 30.495) untuk menyeberangi sungai Trang ke seberang. Tiket untuk kereta dan penumpang hanya TNB25.00 sahaja.

_MG_7111

PC241717

Sebaik sampai ke Jeti, aku mengikuti jalan Tha Som Soi yang sedang dalam pembinaan terutama yang melibatkan jambatan (mungkin aliran air yang deras merosakkan jambatan tersebut) dan ± 5km aku belok ke kanan mengikuti jalan Bo Nan Ron ke Kantang Hotspring atau Khuan Khaeng Hotspring (KLIK) (N7 24.550 E99 27.777). Sebuah paya dan kolam air panas yang kini sedang proses menaik taraf dan penyediaan pelbagai kemudahan. 

IMG_0083

Selesai meninjau kawasan terus menuju ke Hat Chao Mai National Park (N7 25.464 E99 20.841) dan meninjau  pantai lautan Andaman yang memanjang ini. Singgah makan tengahari di sebuah kedai muslim di pantai Pak Meng (N7 29.581 E99 19.718). Hmmm .. kurang enak, sotong yang berbau, udang yang kecil bahkan harganya agak mahal, tidak disyorkan. Ada beberapa kedai makanan muslim yang berhampiran sekitar pantai ini. Ada perkampungan islam berdekatan dan  Masjid Ban Na La (N7 29.182 E99 20.401) tidak jauh dari ini dan Masjid Muhajirin Islam (N7 27.380 E99 21.446)

PC241745

IMG_0129

Selepas itu aku meronda sepanjang pantai untuk mencari tempat bermalam. Aku mencari satu lokasi yang berhampiran dengan Jeti untuk aktiviti esoknya dan berdekatan pula dengan gerai/kedai yang menyediakan makanan muslim. Jadi aku memilih Laytrang Chalet (N7 30.453 E99 18.773)  yang hanya beberapa meter dari Jeti Pak Meng (diseberang jalan sahaja). Chalet ini menawarkan bilik yang berharga dari THB1500 – THB 800. Aku memilih bilik yang agak selesa untuk kami sekeluarga iaitu dengan kadar THB1000. Aku rasa malam tu hanya 2 bilik sahaja yang disewa termasuk bilik kami. Malam yang terasa sungguh sunyi apatah lagi siangnya tiada letrik dan hanya beroperasi pada jam 8.00 malam (sedang dalam pembaikan). Wifi hanya boleh diakses sekitar pejabat. Kedai makanan muslim berada dijalan masuk dan hanya beberapa meter sahaja iaitu MusaLim Food (N7 30.456 E99 18.746)   

Bersambung ….

Lagi Gambar di Facebookku

IMG_0130

Bilik yang agak selesa

IMG_0119

Muslim Food – ada nasi, laksa siam & pulut ayam

Saturday, December 28, 2013

Tan Pliw Waterfall: Permata Indah Yang Dilupa..

Tarikh : 24 Disember 2013      
Jarak  : 110 km dari Wang Klian     
Coordinate: N7.11107° E99.84336°     
Maps: https://goo.gl/maps/FCFaSB7bRyM2 

IMG_0025

Tan Pliw @ Than Plio waterfall adalah air terjun cantik yang turun dari Pergunungan Lung Khroe dalam daerah Satun/Trang. Ia terletak dalam kawasan Perlindungan Hidupan liar Khao Bantat. Dengan dikelilingi oleh hutan yang terpelihara, banjaran dan gunung pasti banyak air terjun dan jeram di kawasan ini yang tidak tercemar.

Air terjun batu kapurnya yang cantik tetapi seperti tidak dikunjungi. Beberapa kemudahan asas disediakan seperti gerai, tandas , pondok dan laluan/pelantar pejalan kaki, namun ianya seperti ditinggalkan mungkin kerana tidak ada pengunjung atau berada agak di pendalaman atau tidak ramai mengetahui akan kewujudannya.

Ketika aku sampai nampak ia seperti jeram biasa sahaja, namun setelah aku meninjau lebih jauh kelihatan disana air terjun yang cantik di sebelah atasnya. Terpaksa meredah batu-batu, meredah air dan  memanjat tinggalan kayu kerana pelantar pejalan kakinya telah rosak (mungkin akibat hentaman arus deras dan reput). Airnya yang jernih menghijau memang menenangkan jiwa. Lama aku menikmati dan menghayati suasana di sini sambil merehatkan diri dan menyegarkan badan.

Kemudian aku ke kolam takungan air yang berada tidak jauh dari sini. Dari Jambatan yang aku lalui kelihatan air takungan yang menghijau lagi jernih Ia adalah sebahagian dari Rancangan Sistem Pengairan Gunung Namtok. Dibina atas arahan Raja Thai. Pembinaannya dimulakan pada tahun 2007 dan siap dalam tahun 2008. Pengurusan dikendalikan oleh pihak Jabatan Saliran ke 16 Wilayah Satun.

Terletak sejauh ± 14 km dari pekan Thung Wa. Untuk ke sana, ikuti jalan utama Thung Wa – Palian (416) di batu penanda 35 km belok ke kanan menuju ke Ban Thung Yao Nui sejauh ± 8km.

IMG_0006

Air terjun di bahagian bawah

PC241682

Pelantar jalan yang telah rosak, terpaksa meredah & meniti atas pokok tumbang  dan kayu

IMG_0013

Perlu melintas & mengharung air untuk ke atas sana

IMG_0021

Meletak& menyusun  kayu untuk melintas

IMG_0020

sebahagian air terjun

IMG_0023

kemudahan kedai yang tidak digunakan lagi

IMG_0026

Rancangan Pengairan Diraja

PC241711

Jambatan ke seberang sana (gunung)

IMG_0030

Kawasan tadahan yang menghijau

PC241707

Pemandangan ke bawah dari jambatan

Cerita Asal dari Kembara Alam Bumi Siam: Mencari Sinar Dari Satun Ke Trang

Monday, December 23, 2013

Menelusuri Laluan, Mencari Potensi

Tarikh  :  21/12/ 2013, Sabtu     
Rider    :  Sendirian
Lokasi  :  Jitra, Kedah. 
Jarak    : 36.8 km 
Max Elev:  55 meter

Cadangan asal untuk menjejaki Bukit Kerong bersama Along Aiman namun beliau tidak dapat menyertai lantaran kenduri di kampung. Maka aku membuat keputusan untuk mengayuh secara solo dengan menelusuri laluan tepi Sungai Pedu. Aku memulakan kayuhan dari rumahku menuju ke arah Lengkuas – Kampung Bukit – Kampung Menerong – Empa – Tanjung Nyior – Pelubang – Alor Rambai. Sengaja aku mencari laluan perkampungan yang sunyi. Terasa seronok berkayuh ke sini, tenang, teduh dan lengang. Sebenarnya banyak potensi disepanjang sungai Pedu ini. Banyak lokasi yang cantik dan menarik. Lokasi yang ramai terlepas pandang kerana sering mengejar masa dan destinasi.

Semasa menelusuri jalan ini aku menjumpai laluan jentera berat lalu menuruti jejaknya hingga berjumpa bukit yang sedang dalam proses penebangan untuk projek tanaman semula getah. Sempat mendaki sebuah bukit yang tidak tinggi. Diatasnya aku menikmati pemandangan sambil meninjau lokasi dari kejauhan. Dengan hardtail dan tayar yang tidak sesuai aku terpaksa membataskan pendakianku dan insyaallah Bukit Resam akan menjadi sasaranku selepas ini.

PC211648

Diatas belahan kayu - Teres yang baru ..

PC211660

Penurunan yang berhati-hati (tayar road)

PC211667

Satu lokasi yang menarik disini .. sepohon pokok condong ke arah sungai

PC211673

Dari Kejauhan ..

PC211653

  Indah pemandangan ke arah Bukit Resam .. Insyaalah ke sana pula nanti

Wednesday, December 18, 2013

Gunung Jerai: Meninjau Trek Pilihan

Tarikh  : 14 Disember 2013 – Sabtu
Lokasi :  Trek Merbok, Gunung Jerai, Gurun, Kedah Darul Aman, Malaysia    
Jarak   :  9.4 km 
Rider    :  9 Orang
Coordinate : N5° 47.231 E100° 25.944

Trek DH gunung Jerai semakin dikenali terutama dari rider luar. Boleh dikatakan saban minggu ada sahaja rider dari luar berkunjung untuk mencari nikmat penurunan dengan membelah akar, meredah halangan. Trek  enduro sejauh± 6km ini serasa tidak puas pula. Menyedari perlunya pilihan untuk trek DH maka hari ini aku bersama sahabat Kedah Downhill (KeDH) meninjau dan  menilai kesesuaian trek Merbok pula. Tinjauan kami dibantu oleh saudara Putera Shariman dan Abdul Syukur (yang mahir dengan laluan di Gunung Jerai dan juga ahli Persatuan Rekreasi Kedah(ReKe) bersamaku dahulu). Perjalanan yang mengambil masa lebih dari 5 jam (10.30 pagi – 4.15 ptg).

Kami memulakan perjalanan pada pada ketinggian 1121 meter (berdekatan Padang Tok Sheikh) dan mengikuti denai yang tersedia. Permulaan tinjauan , trek tampak selesa sesuai untuk penggunaan basikal All Mountain, laluan yang boleh melaju. Namun selepas melewati puncak kepala angin dan melalui kawasan hutan yang terbakar, laluan semakin curam dan sukar, pada beberapa section penunggang perlu menanggung basikal menuruni cerunan. Seterusnya banyak balak-balak tumbang perlu di potong maka kami mengambil keputusan untuk menangguhkan dahulu ujian penurunan dengan MTB. Ditambah jarak trek sejauh 9.4km(agak panjang) memerlukan komitmen dan kesukaran membawa beberapa peralatan seperti gergaji rantai dan sebagainya. Walaubagaimanapun trek yang lebih pendek yang menuju ke arah Sri Perigi sedang diintai. Insyaalah …

Trek Merbok

Jarak 9.4km ja

PC141418

bermulanya dari sini

IMG_2928

Permulaan yang menarik dengan drop akar

IMG_2933

mengalih halangan

IMG_2949

membersih laluan

IMG_2964

memotong dan mengaleh balak

PC141459

IMG_2998

Melepas lelah di puncak indah

IMG_3010

menggunakan tali untuk turun

IMG_3015

IMG_3018

IMG_3046

IMG_3048

sambil meninjau sambil mencuci

IMG_3057

IMG_3063

9 peninjau

IMG_3067

IMG_3078

memerhati balak reput

IMG_3111

kebakaran pada awal tahun memusnahkan hampir 6 ekar hutan simpanan

PC141599

Sayang! .. Khazanah alam beribu tahun musnah terbakar

IMG_3119

PC141457

PC141484

PC141524

 

PC141593

PC141627