Lokasi : Simpang Felda Sungai Klah, Sungkai, Perak.
Coordinate : N3° 59.004 E101° 19.180
Aku pernah singgah ke sini semasa bertandang ke Felda Residence Hot Springs tempohari. Terpanggil untuk mencuba lagi makanan ini semasa perjalananku untuk ke Slim River baru-baru ini. Terletak ditepi jalan yang menuju ke Felda Residence Hot Springs. Untuk ke sana dari Lebuhraya PLUS, boleh diambil exit 128 Sungkai. Selepas tol terus perjalanan hingga berjumpa lampu isyarat simpang jalan utama Kuala Kangsar - Kuala Lumpur lalu belok ke kiri menuju Kuala Lumpur dan ±1 km akan jumpa papan tanda Felda Sungai Kelah dan belok ke kiri . Kedai ini berada ± 250 meter dari jalan utama.
Nasinya yang diisi didalam buluh beralas daun pisang akan dikukus semula yang akan menaik aroma dan rasa, menunya digabungkan dengan ayam bakar biasa atau ayam kampung dan disertakan sedikit sayuran(kangkung, kobis dan timun), ikan masin, sambal dan kuah gulai pasti tidak mengecewakan anda. Ada juga pilihan nasi lemak yang dikukus sebegini. Kalau dahulu semasa aku singgah hanya menu ayam/ayam kampung sahaja dihidangkan. Kini lauknya ditambah dengan burung puyuh dan menu ikan(keli, talapia, dan haruan).
Ianya dimiliki oleh En. Mukhaizat B Ahmad dan diuruskan bersama dengan anaknya Atikah bt Mukhaizat. Sudah beroperasi sejak bulan Ogos 2012 lalu. Dibuka setiap hari kecuali hari Isnin dan Selasa dari jam 12.30 tgh – 10.00 pm.
Sebarang pertanyaan dan tempahan boleh hubungi 017-516 7592
Disinilah tempatnya
Nasi akan dikukus didalam buluh-buluh yang tersedia dan dibalut dengan daun pisang
Set yang dihidangkan beserta dengan nasi bamboo
Antara harga menu
No comments:
Post a Comment