Translator

Sunday, December 15, 2013

NeXo: Lawatan Ke Kilang Proton – Chapter 2

Tarikh  : 28 November 2013 - Khamis
Lokasi : Kilang Proton, Tanjung Malim, Perak, Malaysia   
Peserta : 45 Orang – 40 Exora
Coordinate : N3° 44.364 E101° 30.804

Tanggal 28 November 2013, aku menyertai lawatan yang dianjurkan oleh pihak NeXo  ke Pusat Automatif Nasional iaitu Proton Tanjung Malim Sdn. Bhd. yang juga merupakan lawatan kedua NeXo. Lawatan ini bertujuan untuk memberikan pendedahan dan ruang kepada ahli berhubung proses pembuatan Kereta Nasional dengan lebih dekat lagi. Seramai 45 ahli dengan 40 kenderaan Exora terlibat dengan acara ini.

Konvoi Utara bermula dari Kangar malam 27 Nov dan bergabung dengan kelompok konvoi Alor Setar. Manakala Konvoi Selatan bermula pada pagi 28 Nov dan semua bergabung di di Tol Tanjung Malim dan serentak bergerak ke Kilang Proton dengan diiringi oleh polis trafik. Kami tiba dan berhimpun di Kompleks Sukan Proton Tanjung Malim pada jam 10.30 pagi.

Lebihkurang jam 11.30am kami dibawa melawat masuk ke kilang ini. Kami  dibawa sambil diberi penerangan ringkas oleh pegawai ke Kilang stamping, body, final and trim. Semasa di dalam kilang kami tidak dibenarkan untuk mengambil gambar bahkan kami perlu memakai pakaian yang sempurna dan mematuhi standard keselamatan yang ditetapkan untuk menjaga keselamatan diri. Bermula dari Proses Stamping ialah proses pembuatan rangka kenderaan dan bahagian-bahagian tertentu seperti pintu dan lain-lain. Kemudian dibawa melihat proses pemasangan enjin dan komponen kenderaan. Ianya dilakukan oleh robot. Proses terakhir pembuatan kereta dilakukan dengan proses mengecat pemasangan tayar, enjin dan lain-lain aksesori untuk lengkap menjadi sebuah kereta. Kereta yang siap dipasang akan diuji dan disahkan mengikut standard yang ditetapkan sebelum dikeluarkan untuk pasaran . Untuk makluman Kilang Proton Tanjung Malim (buat masa kini) mengeluarkan model Suprema, Preve dan Persona. Manakala lain-lain model masih dikeluarkan dari kilang Proton di Shah Alam.

Untuk mengisi masa pada ahli keluarga dan kanak-kanak yang tidak berpeluang mengikuti lawatan ke dalam kilang, pertandingan mewarna dan melukis kanak-kanak diadakan. Yang dewasa menjadi pengadil dan mengawasi aktiviti ini.

Diakhir lawatan  kami diberikan taklimat operasi Proton Tanjung Malim dan sesi soal jawab. Wakil pihak proton juga berkesempatan menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan mewarna dan melukis.

Terima kasih kami kepada pihak pengurusan proton kerana memberi peluang kami mengenali lebih dekat lagi tentang pembuatan kereta nasional disamping mendapat pendedahan sebenar mengenai kereta nasional yang mana proton patut menjadi kebanggaan kita. Tidak lupa kepada semua AJK, ahli-ahli dan mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. Dengan usaha dan komitmen mereka dapat menjayakan event ini . Terima kasih juga kepada Petronas kerana menyumbangkan ‘Gift Card’ yang ada nilainya

Proton Tg Malim

IMG_2816

IMG_2818

Mempersiap kenderaan untuk menyertai konvoi. Aku tidak menyertai konvoi dari utara sebaliknya bergabung di Tol Tanjung Malim

IMG_2830

Polis pengiring

PB281211

9:45 pagi sudah memasuki kawasan Proton

_MG_7032

Barisan Exora membawa Jalur Gemilang

_MG_7010

Khusyuk mendengar taklimat permulaan

_MG_6999

Dibawa masuk ke kilang

_MG_7012

Senyum gembira - Berakhirnya lawatan kilang

_MG_6992

PB281213

Pertandingan melukis dan mewarna

_MG_7024

Menikmati acara sendiri – melawat kawasan

IMG_2862-horz

Taklimat dan sesi soal jawab

_MG_7028

Alhamdulillah! -  No. 2 Peraduan mewarna kanak-kanak < 12 tahun

_MG_7038

Bersambar beramai-ramai bersama pegawai Proton

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...