Translator

Sunday, December 01, 2013

Masjid Muhammadiah: Pesona Seni Bina Ala Cina

Tarikh  :  27 November 2013  
Lokasi  :  Lot 70406, Jalan Musim Bunga, Taman Tasek Jaya, Ipoh Perak

Coordinate : N4° 38.968 E101° 06.426

Masjid Muhammadiah adalah sebuah Masjid berkonsepkan senibina China yang kedua di Malaysia selepas Masjid Cina Beijing di Kelantan. Ia dibina setelah mendapat perkenan dari Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak selaku Yang Dipertua Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Perak (MAIPk). Ia adalah kesinambungan dari Surau dari Madrasah Muhammadiah yang telah didirikan oleh Allahyarham Tuan Hj Abdul Latif Bin Mohd Kassim bersama penduduk awal Taman Tasek, Perak pada bulan Mac 1973 yang lalu.

Pembinaannya terhasil dari sumbangan pelbagai pihak dimana RM2 juta disumbangan oleh MAIPk dibawah peruntukkan asnaf Muallaf, sumbangan Kerajaan Persekutuan RM1 juta dan sumbangan orang ramai sebanyak RM1 juta termasuk dari pihak Persatuan Cina Muslim Malaysia(MACMA) cawangan Perak. Ia dibina atas Lot 70406, Taman Tasek Jaya seluas 3776 kaki persegi. Kerja pembinaan dimulakan pada 24 November 2011 dan siap sepenuhnya pada bulan Ogos 2013. Selain senibina berkonsepkan senibina cina dan bagi menampakkan lagi imej ala cina, atapnya diimpot dari negera China dan dipasang dibawah penyeliaan Juruteknik dari sana.

Disamping menjadi  tempat untuk beribadat, ia juga menjadi  pusat perkembangan ilmu, pusat maklumat, pusat kemasyarakat dan lain-lain dalam menyebarkan syiar Islam. Majlis-majlis hari kebudayaan cina turut dapat dilaksanakan . Pusat-pusat seperti kaunseling, kelas akademik, tempat perlindungan turut dapat dijalankan. Orang-orang non muslim juga turut dijemput menyertai program berkenaan.

Selain itu masjid berkenaan juga menyediakan tempat bagi Pusat Ilmu dan gelanggang dakwah bagi penduduk setempat dengan menjalankan pelbagai aktiviti muamalat di samping memberi kemudahan beribadat juga kepada pelancong dari luar negara.

Semoga pembinaan masjid sebegini dapat memberi kesedaran akan universalnya islam yang tidak hanya merujuk kepada warisan atau bangsa bahkan merangkumi semua segi , budaya, senibina & makanan selagi tertakluk kepada batas syarak.

IMG_2652

Di pintu masuk utama

IMG_2704

dihadapan adalah tapak asal surau

IMG_2656

IMG_2661

Tempat wuduk

IMG_2665

Ruang sembahyang

IMG_2677

Pandangan dari tingkat atas ruang sembahyang

IMG_2670

Kolam ala cina

IMG_2684

IMG_2686

IMG_2689

Bumbungnya yang diimmpot khas dari negara China

IMG_2690

pandangan sisi

IMG_2692

Tandas yang bersih lagi selesa

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...