Tarikh : Sabtu, 07 April 2012
Lokasi : Kampung Alor Janggus, Mk. Hosba, Jitra
Rider : 7 orang
Hari ini Downhiller pro, saudara Yamm Emnine(Mohd. Ikram Shamsuddin) bertandang ke trek Hosba. Tandang sebagai satu permulaannya ke ‘genre’ baru. Tidaklah mengayuh dengan DH bike nya iaitu Intense M9 sebaliknya menggunakan basikal XC baru iaitu Mondraker Foxy Travel 120mm.
Saudara Yamm sudah lama beraksi di persada Downhill(sejak awal 2000). Banyak negeri dan negara telah dilawati untuk beraksi. Banyak kejohanan disertai, banyak jua pingat digondoli. Beliau adalah rider pro(DH) tajaan KSH Bike & Oakley. Menjadi penasihat teknikal kepada team KeDh dalam penganjuran Darulaman Downhill Series 4 di Jitra dalam tahun 2011 lalu.
Nampaknya setelah sekian lama berDH, kini ingin merasa kelainan dalam dunia XC pula. Nantikan kehadiran beliau dalam beberapa Jamboree tempatan.
Sesungguhnya bertuah dapat mengayuh bersamanya hari ini. Dapatlah jua menciluk beberapa teknik DH.
Back 2 Basic: Adlee yang kehilangan gerek baru-baru kembali kepada gerek seperti beliau mula berjinak dahulu
Bersiap untuk DH: dari kiri, Wan, Lontruth, Zaim, Yamm dan Art
Section pump trek
Section ini dikenali sebagai ‘Hope’: Penurunan yang agak lanjut dan sedikit mencabar
Hujan semalam menyebabkan laluan sedikit becak
Sahabat kayuhan dari Padang Perahu
Laluan Akar: .. takdak masalah padanya disini, kacang jer
No comments:
Post a Comment