Tarikh : Rabu, 11 April 2012
Lokasi : Trek Pak Mail, Sungai Petani, Kedah
Rider : 22 orang
Mula : 8:10am di Parking The Carnival (N5 39.656 E100 31.494)
Bersama Asnizam di Bukit Tebuan
Hari ini cuti umum sempena Istiadat pertabalan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14. Banyak aktiviti kayuhan rakan-rakan MTB diatur pada hari ini. Morewoodku masih dalam servis lalu aku memilih untuk ke Sungai Petani bagi merasai off road di bukit-bukit sekitar Sungai Petani, di trek yang dikenali sebagai ‘Trek Pak Mail’.
Trek ini sejauh lebih dari 25km(lupa bawa garmin pulak). 7 bukit berjaya didaki yang hampir keseluruhannya adalah melalui kawasan ladang kelapa sawit dan getah. Seingat aku bukit yang didaki adalah : -
1. Bukit Tungging Buyong – Ladang Getah
2. Bukit Botak 1 & 2
3. Bukit Tebuan
4. Bukit 3 Beradik
5. Bukit Kemucut
6. Bukit Batu
7. Bukit Ayam
Fuhh! letih gak nak perabih dakian kesemua bukit tersebut. Trek yang bagus dan ada potensi untuk diketengahkan (buat mini Jamboree la).
Terimakasih kepada sdr Aznizam(penunjuk arah), Pak Mail dan lain-lain geng SPCT.
Zaidi – kayuhan tanpa helmet (tertinggal)
22 rider - 2
Lepak lepas kayuh & pekena menu RTM
Sembah Tahniah
Gempa Bumi
Satu gempa bumi kuat magnitud 8.6 melanda perairan utara Sumatra petang ini,jam 4.38 petang itu dikesan pada kedudukan 431km barat daya Banda Aceh, Indonesia dan 962km di barat Kuala Lumpur. Satu lagi gempa kuat 8.8 skala Richter dilaporkan berlaku di daerah Simeulue, Aceh kira-kira pukul6.45 waktu Malaysia) Gempa susulan dengan kekuatan 6.4 skala Richter menggegarkan Aceh pukul 7.52 malam.
No comments:
Post a Comment