Tuesday, April 17, 2012

Trek Che Yeh Via CP3: Kembali Mendekati

CP3

Tarikh  :  Sabtu, 14 April 2012 
Lokasi  :  Trek Che Yeh Via CP3, Jitra, Kedah (N6 17.224 E100 28.130)
Rider    :  17 orang   
Mula     :  7:45am @ D’Pallas

Trek Che Yeh adalah laluan baru yang diterokai oleh Alias D’Pallas. Ia adalah pecahan dari laluan CP3 yang pernah menjadi sebahagian dari laluan Kedah Jamboree 2009. Laluan sedikit berbukit dan melalui lereng antara bukit Haji dan Bukit Payung. Laluan single trek yang mempunyai 3 switchback, teduh di bawah lindungan pokok getah dan hutan renek.  Laluan ini akan bersambung dengan bukit yang penurunan melalui section akar yang agak mencabar yang menguji keyakinan dan keberanian rider.

Semenjak bukit di ditolak(dicerahkan) maka kenaturalannya sudah terjejas, terasa seperti hambar untuk berkayuh ke sini. Namun setelah Alias D’Pallas menemui single trek baru maka keinginan untuk mengulang dan mengulang berkayuh ke sini tidak akan pudar. Ada lagi laluan baru yang akan diterokai dan terus diterokai agar trek ini tidak menjadi ‘hambar’ dan lesu.

Hujan yang turun semalaman membuatkan kayuhan hari ini menjadi sangat nyaman dengan diringi deruan air yang mengalir. Tidaklah menjadi terlalu becak kerana laluan ini kebanyakkan adalah laluan berbatu. Kayuhan hari ini dikongsi bersama dengan 3 jejaka FS dari Perlis.

(Gambar atas dan terakhir dari koleksi Ustaz Raja –TQ)

Laluan berbatu yang berketul-ketul

Ustaz Raja cool di laluan yang sejuk lagi nyaman ini

Air banyak hari ni – randuk

Sahabat baru – Zainun , ‘orang hutan’ Kubang Pasu. 1st time offroad

Zahir – sedang nak mengona di switchback

Dia ni memang dah jadi tabia’at – asai naik bukit mesti nak tolak

Sedikit mencabar di laluan ini dengan akar getah mengganggu mental

Rider k-pop. Mengqadha’ kayuhan

Apakah Rizal RB akan bertukar selera ke RB?

1 comment:

  1. menarik post ni.....terima kasih bg din...aku budak baru blajar....

    ReplyDelete