Monday, November 28, 2011

Trek Hosba: Kayuhan Akhir Tahun Hijrah

IMG_5117

Tarikh: Sabtu – 26/11/2011

Lokasi: Kg. Alor Janggus, Mukim Hosba, Jitra, Kedah

Mula : 8:15am

Rider: 9 Orang = Md. Nasron, Abang Ai, Zaim, Pudin, Cikgu Wan, Adlee, Cikgu Fisol, Tandope dan Yus

Jarak: ± 13km

Rasanya sudah jemu bermain sekitar Trek Jitra. Aku memerlukan sesuatu yang baru. Suatu trek yang lebih mencabar dan menarik. Oleh itu apabila Sdr Nasrul mengajak untuk recce trek di Hosba, tentu sahaja aku tidak menolak.

Trek ini adalah trek baru yang sedang diterokai untuk aktiviti rider Jitra. Baru-baru ini Saudara Nasrul dan beberapa rakan telah meninjau kawasan ini bagi mendapatkan maklumat awal mengenai laluan-laluan disekitar kawasan ini.

Tapak permulaan adalah di ladang ternakan lembu milik abang salah seorang rider. Jaraknya ± 18km dari pekan Jitra yang menghala ke Changloon.

Permulaan adalah mendaki bukit kecil merentasi kebun getah milik abg rider tadi. Melewati dusun buah-buahan dan seterusnya memasuki hutan renek, hutan buluh. Laluan single trek yang digunakan oleh penduduk tempatan untuk mencari rezeki sekitar kawasan sini.  Setelah mendaki dan melunsur turun untuk  sejauh 7.5km, maka kami keluar ke jalan raya berdekatan pintu gerbang Felda Guar Napai dan sambung semula memasuki kawasan ladang getah Felda Guar Napai. Laluan Trek ini tidaklah terlalu mencabar dan ia boleh dikategorikan sebagai ‘moderate’.  Dari pengamatan kami masih ada banyak lagi laluan yang berpotensi untuk diterokai bahkan sebelum ini ada geng Perlis MTB pernah memasuki sebahagian laluan ini dan kemungkinan ada kesinambungannya..

IMG_5065

Tapak Permulaan: Nun di sana laluan masuk

IMG_5066

Hujan yang turun tidak melemahkan semangat kami

IMG_5070

Ayuh! kita teruskan kayuhan …

IMG_5075

Hujan menjadikan laluan licin

IMG_5078

Teres kebun getah

IMG_5087

Keluar dari hutan buluh

IMG_5103

Single trek yang menarik

IMG_5105

Berehat dipuncak

IMG_5121

cantik & bersih kebun ini: akan memasuki root section lak

IMG_5122

Abang Ai mudah ‘tackle’ drop & akar-akar yang terbungkin disini

IMG_5124

Tandope pun tak beri peluang

IMG_5125

R N R – sebelum nak ‘terjun’…

Tuesday, November 15, 2011

Ladang Jati: Kayuhan Menciwi

IMG_4919

Tarikh 11 Nov 2011

Lokasi : Kg. Paya Terap, Perik, Kuala Nerang, Kedah DA

Rider: 8 Orang

Trek Ladang Jati adalah antara  lokasi trek permainan kami sebelum ini .. Lama benar aku tidak ke sini. Sejak aku guna FS, trek ini bagai dilupakan seketika.

Treknya boleh dikatakan menarik dan sesuai untuk membina kekuatan otot kerana adanya turun naik. Ancaman terbesar disini  ialah tahi lembu. Bertebaran ia dilaluan bahkan tersembunyi disebalik dedaun jati yang berguguran. Berhati-hatilah agar tidak menggeleknya.  Percikan dari tayar hadapan dan tayar rakan boleh membuat ia melekap dibadan atau dimuka.

Trek ini juga ada sejarahnya kepada beberapa rider, bahkan ada rider yang sudah bersara dek ‘penangannya’. Akupun beberapa kali pernah terbang ala-ala suparman di sini, semunya kerana tahi lembu.. AWAS dengan lembu liar yang berkeliaran disini .. walaupun ia akan melarikan diri dari kita namun jangan pakai baju merah – situasi akan berubah

Pagi ini menjangkakan 11 rider akan hadir namun hanya 8 yang tampil. Bergerak secara perlahan kerana terdapat 2 orang rider yang pertama kali ke sini.

Kayuhan pagi ini juga untuk menguji dan ‘menciwi’ kasut dan seluar.

IMG_4905

5-10 Sam Hill Low Cut Shoes: Kasut yang dipakai oleh  Sam Hill(Juara Dunia DH). Dibuat bagi menepati citarasa Sam Hill. Kasut yang cukup kuat cengakamannya pada pedal(tak yah pakai cleat la), kukuh, menyerap hentakan .. tapi

IMG_4901IMG_4906

Yus menciwi seluar DH Troy Lee. Terjunan kian lancar dan angin dapat menerobos masuk ke dalam seluar dan memberi aliran udara yang sempurna dan menyejukkan ‘barang’ di dalam

IMG_4907

Geng Fullsus menanti geng ekor keras

IMG_4908

1st time mai jati – Faisal dan Jimmy

IMG_4914

melintas sungai perik untuk mula mendaki

IMG_4923

Laju DH tu(siap pedal lagi)

IMG_4926

meninjau laluan - Agak lama tak dilalui – semak samun

IMG_4938

Kawanan Lembu yang bebas berkeliaran di dalam kawasan ladang ini

IMG_4927

3 sahabat 3 giant XTC

IMG_4928

Abang Ai: makin laju, makin berani lagi berahi

IMG_4931

Halangan dan rintangan

IMG_4952

Ayuh … lepas ni tukar pakai FS laa baru best …

IMG_4953

Walau baru – yang penting berani mencuba : ‘Guts First Skill Later’

Sunday, November 13, 2011

Sanah Helwa 2 Me

bday

Alhamdulillah Ya Allah...

Sudah 2 hari berlalu 111111

Hari ini bila aku membuka mata ..

Aku masih dapat menghirup udara segar kurniaanMu

Aku masih lagi diberi kesempatan untuk meneruskan kembara di bumiMu

Masih dapat melihat keindahan dunia RahmatMu

Masih sihat dan dapat melaksanakan tanggungjawabku kepadaMU

Masih dapat meneruskan aktiviti kayuhanku

Rasa cepat sangat perjalanan hidup ini...

Ya Allah Ampunilah akan dosa-dosaku, kau tunjukkanlah aku jalan yang lurus agar aku tidak terleka dan alpa

Semoga pertambahan umur ini mengalir bersama-sama keberkatan dalam diriku. Aminnnn

Kepada sahabat-sahabatku

Jazakumullahu khairan

Tuesday, November 01, 2011

Jamboree Kuale 2011: Cabaran dan Dugaan

IMG_4750

Acara: Kayuhan Kuala Bandar Diraja 2011

Tarikh : 30 Oktober 2011 (Ahad)
Mula : 07.30 Pagi
Tempat Mula/Tamat : Laman Budaya/Arena Square Kuala Kangsar.
Jarak Kayuhan : ± 42 Km


Seramai 2,212 yang mendaftar untuk Jamboree dan rasanya lebih dari 1,700 orang rider yang hadir mengayuh.

10 orang peserta yang berdaftar di bawah Team Redflag, Jitra tampil mengayuh. Yang lainnya bertungkus lumus memperbaiki masa dalam acara terjunan di Kuantan Downhill Challenge. (Beat My Time). Bagiku ini adalah kayuhan kali ke 2 di sini

Memang ramai yang merungut mengenai beberapa kelemahannya. Tetapi ‘kelemahan’ tersebut boleh ‘dinilai’ puncanya(!!!).  Walaubagaimanapun syabas jua diucapkan kepada penganjur kerana berjaya menganjurkan kejohanan ini, bukan mudah nak anjur acara sebegini.

Pada masa hadapan mungkin aku perlu memikirkan semula penyertaan dalam mana-mana Jamboree. Aku harus berfikiran ‘songsang’. Hanya Jamboree yang tertentu sahaja akan aku pilih terutama yang tak ramai hendak sertainya.. atau trek yang menarik atau yang tak pernah aku jejaki..apapun ‘tepuk dada tanya selera’.

Sedikit pengalaman untuk dikongsi

Goodies

Kaunter mengambil goodies dibuka sejak jam 9.00 am – aku ambil pada jam 3.00 ptg, tiada masalah, lancar jer. Goodiesnya hampir sama seperti di lain-lain Jamboree. Dengan fee sebanyak RM50.00 anda dapat beg kain yang didalamnya ada Jersey ala-ala rimau, sijil penyertaan, sebuku powerbar, botol air suntonic, no. plet dan pengikatnya.

Trek

80% adalah trek ulangan tahun lalu. Treknya memang menarik dan cantik. Kali ini aku bawa Fullsusp semata-mata untuk layan DH nya terutama drop bertingkat selepas bukit botak.

Permulaannya agak serabut kerana peserta dibawa mengelilingi Istana dan berpatah balik sudah tentu akan bertembung dengan perserta dibelakangnya. Ditambah pula ramai peserta tidak berminat untuk mengikuti yang menyebabkan kesesakkan.

Aku sudah bersedia dengan segala kemungkinan. Mental, fizikal, bekalan dan keselamatan. Tiada ‘tekanan’ dalam kayuhanku, enjoy pemandangan dan trailnya. Diketika orang tolak, aku kayuh, kalau tak mampu aku turut tolak tetapi kalau DH aku mesti layan punya ….

Selepas FP2, beberapa meter dihadapan, aku melihat ramai rider berpatah balik, rupanya mereka diserang dengan tebuan tanah(???). Ramai tidak berani meneruskan perjalanan. Aku mengambil risiko untuk teruskan kayuhan sambil menyakinkan beberapa rider untuk turut serta. Menoleh ke belakang tidak ada rider yang mengikuti maka bersendirianlah aku mengayuh di dalam ladang kelapa sawit tersebut sehinggalah di ladang getah baru kelihatan rider dibelakangku dan beliau memaklumkan bahawa ada rider lain mengikutinya. Alhamdulillah selamat. Tetapi ada juga rider yang mengambil laluan lain. Sebab itulah sesetengah tidak mendapat sticker CP 3.

Makanan & Minuman

Minuman mencukupi, pada FP1 disediakan gelas minuman, aku langgah 4 gelas. Di FP2 aku sapu 3 botol sebagai bekalan kayuhan dan sesetengahnya aku sumbangkan kepada beberapa rakan yang kehabisan air.

CP3 ada pisang dan sedikit kekecohan di FP3 apabila air minuman suntonic kehabisan. Aku sempat minum segelas. Yang tinggal hanya pati sahaja- kelihatan beberapa rider yang kehausan ‘bedal’ juga pati tersebut.

Hadiah & Cabutan Bertuah

Tahniah kepada sahabat-sahabatku yang berjaya menamatkan kayuhan. Ramai juga yang berada dalam top 900. Bahkan peserta wanita kami berjaya naik pentas terima hadiah(siap la Hanif! - janjimu)

Cabutan bertuah – aku tidak lagi menaruh harapan, ada rezeki dapatlah dan yang pasti …

Layan gambar dibawah - Lagi gambar di FACEBOOK

IMG_4621

Pukul 1.00ptg aku tiba di Kuale – terus ke Tasik Raban. Jam 3.00 baru ambil goodies

IMG_4677

arah berbeza, matlamat tak sama, cuma pada sepeda

IMG_4679

kebingungan! masih menanti arah sebenar

IMG_4711

Memasuki kawasan sawah padi

IMG_4714

IMG_4717

Mendaki sebelum memasuki ladang kelapa sawit

IMG_4723

IMG_4726

Best gak layan root section sini

IMG_4734

CP2

IMG_4735

FP2 –

IMG_4737

Wahid Senario meminta bantuan – rider kena sengat tebuan

IMG_4738

Rider berpatah balik : Sambil bertawakal aku ‘membuka’ jalan Aku teruskan kayuhan

IMG_4741

CP3 ada pisang

IMG_4743

IMG_4748

CP4 ada gerai suntonic tapi kehabisan airnya …kasihan pada rider dibelakang dah la penat naik bukit ni

IMG_4752

Drop bertingkat yang menarik – tak bagi peluang!

IMG_4754

IMG_4761

Aik! tetiba sahabat-sahabatku menyusul – enak DH!

IMG_4768

IMG_4780

Tahniah pada yang berjaya