Thursday, September 29, 2011

Morewood: Putih Cerah Jalur Merah

IMG_3962

Hampir setahun setengah aku menunggang Gary Fisher. Maka diambang Zulkaedah 1432, Mencari kelainan jenama baru. Morewood menjadi pilihan. Dengan ini ia melengkapkan lagi koleksi basikal putihku(Fullsus Trek – putih/biru & Hardtail Morewood – putih/merah).

Morewood lebih sinonim dalam dunia Downhill sebab itu tag linenya “ MOREWOOD:The bikes that downhill built” . Spesis Kwela  ini berekor keras didatangkan dari sebuah kilang di Pietermaritzburg, KwaZulu Natal, Afrika Selatan.

Mari melihat spesifikasi batang tubuhnya:-

Frame: Formed and triple butted Al 6069 T6 tubeset

Size

Small

Top Tube Length

580mm

Head Tube Angle

71

Head Tube Length

100mm

Seat Tube Angle

73 (72)

Seat Tube Length

400mm

Bottom Bracket Height

-60mm

Chainstay Length

440mm

Wheelbase

1067mm

Reach

395mm

Stack

604mm

Seat Post Diameter    

30.9mm

image

IMG_3960

Sang Puteh – merah & biru - Ekor keras Vs Ekor Lembut

Tuesday, September 27, 2011

3 Jam @ 3 Bukit @ 3 Trek

IMG_3884

Tarikh: Sabtu – 25/09/2011

Rider:  8 orang - Nasron, Abang Ai, Zaim, Kapten Jamal, Pudin, Yus, Tandope & Zam KBS

Mula : 8.00 pagi

Float RP2-horz

Kembali beraksi dengan Fullsusku – Fox Float RP telah siap dipasang.  Masa yang sesuai untuk menguji servis yang dilakukan(Fox Float RP2 ku bocor tempohari – hantar servis ke Bikepro Centre). Setting dilakukan oleh saudara Nasron yang mahir dalam hal-hal teknikal. Penurunan Bukit yang empok lagi mantap macam baru.

Bukit Pertama adalah Bukit Kelubi yang memang serasi dengan kami. Ia menjadi medan bagi meningkatkan stamina terutama dalam pendakian. Penurunan yang laju kerana laluan yang luas tetapi agak berbahaya dibeberapa tempat kerana ‘batu-batu longgar’. Pernah beberapa rider menjadi ‘mangsa’nya  di sini. Oleh itu berhati-hatilah, Pandulah dengan ‘selamat’.

Bukit Kedua adalah bukit Tangki(diatasnya ada kolam simpanan air Tunku Intan Shafinaz). Bukit ini baru diterokai oleh saudara Zam untuk memberi peluang kepada rider-rider memahirkan pengendalian basikal. Bukit ini tidaklah tinggi cuma 35 meter sahaja. Oleh itu rider mampu untuk mengayuh ke atas sebelum mengambil beberapa penurunan berteknikal . Jaraknya cuma 400 meter sahaja tetapi dalam proses memanjangkan lagi dengan menambah beberapa drop dan sebagainya.

Bukit Ketiga adalah Bukit Nara – juga dikenali sebagai Bike Park. Ia menjadi lokasi Kejohanan Malaysian Downhill siri ke-3 tempohari. Terdapat 2 trek disini. Trek pertama adalah trek terjunan yang dibina untuk kejohan DH dan trek kedua adalah trek latihan yang sering digunakan oleh kami. Trek pertama kini nampak sedikit usang kerana lama juga kami tidak menjengah dan melakukan penyelenggaraan

Kini sudah tiba masanya untuk menamakan Trek di ketiga-tiga Bukit ini sebagi rujukkan dan panduan kepada rider-rider. Insyaallah kelab yang berdaftar akan diusahakan penubuhannya dan nama-nama yang sesuai akan dicadangkan dalam Mesyuarat Kelab .

setting

Nasron sedang ‘setting’ Float RP2 – TQ (Abang Ai atas pic)

IMG_3864

Bukit Kelubi: Rehat seketika

IMG_3877

Zam: Pasti pengendalian dan kawalan basikal lebih mantap dengan handle ‘Easton’

IMG_3881

Kayuhan pasti lebiih lancar dan licin dengan crank E13 ..(Jenuh nak ligan laa)

IMG_3824

Bukit Tangki : Kelajuan sebagai momentum untuk mendaki

IMG_3837

Switchback yang menarik

IMG_3912

Bukit Nara: Indah di sini

IMG_3913

Yakin boleh !

Thursday, September 22, 2011

Hari Keluarga Pada Hari Malaysia - Hari Merdeka

_MG_7052

Tarikh: 15 – 17 September 2011

Lokasi: Melaka

Tahun ini sambutan Hari Merdeka di buat beserta dengan Hari Malaysia kerana pertembungan dengan Hari Raya Puasa pada 31/08/2011 lalu. Cuti yang panjang menyebabkan ramai  memilih untuk membuat  pelbagai  aktiviti dan acara. Maka terpaksalah aku  ‘melepaskan’  beberapa event basikal yang bertembung pada tarikh yang sama. Ini  kerana komitmen aku dalam melaksanakan aktiviti Hari Keluarga(HK) Jabatan.

HK adalah kemuncak kepada Kelab Kebajikan pejabatku. Tema pulau, pantai, tanah tinggi, Thailand telahpun dilaksanakan. Maka tahun ini tema Taman Air dipilih dengan Melaka sebagai lokasinya dan A-Farmosa menjadi teras ‘acara’ Hari Keluarga.

Hampir sedekad aku tidak ke sini. Tidaklah banyak sangat perubahan yang ketara, cuma beberapa perubahan lanskap di sekitar Bandar Melaka. Dapatlah berbangga dengan Melaka yang  diiktiraf oleh UNESCO  sebagai Bandaraya Warisan Dunia (World Heritage City) pada 7 Julai 2008. Zon utama Bandaraya Warisan Dunia ini terdiri daripada 2 kawasan. Pertama kawasan Bukit St. Paul (St. Paul’s Hill Civic Zone) yang terdiri daripada beberapa bangunan kerajaan, Muzium, Gereja dan Dataran Bandar serta Tugu A’ Famosa yang dibina dalam kurun ke-16 semasa dalam pemerintahan Portugis dan Belanda (penjajah!).

Melaka juga telah diiktiraf sebagai ‘Negeri Maju’ pada 20.10.2010 jam 20:10

IMG_3717

Keluargaku di Golfer Terrace sebelum menikmati makan malam di sana

IMG_3593

Muzium Samudera (replika Kapal Flor de La Mar) – bayaran masuk RM3.00/kanak-kanak RM1.00

_MG_6648

Mandi–mandi dan main-main air di A-Farmosa

_MG_6986

Santai di Cowboy Town

_MG_6938

Pertunjukkan yang ‘hambar ‘ di Cowboy Town

IMG_3637

Sebahagian dari menu awal – Biasanya menu yang mewah lagi best pasti tersedia pada Hari Keluarga

Wednesday, September 14, 2011

Titisan Manis: Agropelancongan Di Ladang Nipah

IMG_3282

Google Maps Link: https://goo.gl/maps/fsuM4XnwMvYt9tcN8

Jalan kuala Sanglang, bukanlah asing kepadaku. Ia menjadi laluanku apabila hendak ke Kuala Perlis. Beberapa tempat di kawasan ini adalah lokasi aku ‘memburu’ perdu bonsai spesies bebuas laut ( premna ). Baru-baru ini aku bersama anak-anakku singgah untuk melihat lebih dekat tarikan di Ladang Nipah ini.

Ladang ini hanya 2 km dari Kuala Sanglang, Perlis. Terletak di Kampung Tanah Timbul, Kuala Sanglang, Perlis. Ianya berkonsepkan riadah dan santai. Dengan lebih 2,000 pokok nipah, dengan keluasan ± 1 hektar(3.5 relong). Pengunjung akan berpeluang menikmati titisan manis yang menjadi kegemaran ramai di sebelah utara ini iaitu nira. Dibawah rimbunan pepohon nipah pengunjung akan bersantai di pangkin, wakaf dan buaian yang disediakan sambil menikmati minuman nira nipah segar, jeli dan laksa.

Pemiliknya, En.  Khipli Sulaiman, sudah lama mencari rezeki dari nipah ini. Konsep ini diperkenalkan beberapa tahun lalu bagi menarik perhatian pengunjung untuk ke ladangnya. Secara tidak langsung ia berjaya mengkomersialkan cara hidupan di hutan nipah, seterusnya membaiki taraf keluarganya.

Beliau juga menternak ketam nipah dan ikan air tawar di terusan/kolam di  ladangnya serta menghasilkan cuka nipah. Beliau juga mendapat bantuan dari beberapa agensi Kerajaan seperti MADA, Kementerian Pertanian, Kementerian Pelancongan, Kerajaan Negeri Perlis dan lain-lain lagi

Ladang ini dibuka mulai jam 10.00 pagi – 07.00 petang. Sila hubungi beliau di no. 017-4306 245 untuk tempahan dan pertanyaan.

IMG_3267

Koordinat GPS: N-06 16.121 E-100 11.109

IMG_3272

Bersantai di dalam ladangnya yang teratur dan cantik

_MG_6007

Ada laluan yang ditambun untuk merentasi dalam kawasan ladang

_MG_6012

Wakaf untuk berehat

_MG_6017

Kolam/terusan – ternakan air sampingan

_MG_6024

IMG_3275

Monday, September 12, 2011

Bukit Kelubi: Episod Kedua Selepas Raya

IMG_3477

Tarikh: 09 September 2011 = 10 Syawal 1432

Masa:  8.30 pagi Hari Jumaat

Rider: 6 orang - Nasron, Abang Ai, Kapten Jamal, Cikgu Azuan, Along Aiman dan Pudin

Mood hari raya masih dok terasa, mood nak beradrenalin memuncak tinggi. Matlamat kami mencari kembali laluan yang kami mula terokai dahulu. Laluan yang pernah digunakan dalam Darulaman Jamboree tempohari. Memang banyak potensi untuk mencari laluan baru disini. Dari sembang kami dengan para pekebun(peneroka tanah) mereka memaklumkan beberapa laluan tetapi ada halangan tertentu.

Memang laluan hari ini agak usang kerana lama ditinggalkan. Laluan dipenuhi dengan batu-batu longgar akibat air hujan yang menghakis tanah  disamping ditumbuhi dengan pokok-pokok renik.

Memang aku tidak seronok pada hari ini. Penurunan yang terganggu. Hari ini membawa hard tail kerana Fullsus aku shock RP2 – bocor. Pertama kali offroad dengan memakai pedal klip menyebabkan aku beberapa kali jatuh ‘bodo’ kerana tergelincir(spin).

IMG_3476

Tasik Darulaman tapak mula : Ada yang kena mengasoh dan ada yang nak berjogging

IMG_3483

Gumbira kapten Jamal : aksi sulungnya selepas Raya

IMG_3485

Nun di sana denai-denai yang bakal kami terokai lagi buat menambah koleksi laluan.

IMG_3493

Biasalah kini kalau laluan dihalangi dengan pokok-pokok yang tumbang

IMG_3496

Batu-batu longgar yang menyukarkan kayuhan

IMG_3497

Menanti rakan sambil mengingati laluan

IMG_3486

Along Aiman: gigih mendaki

IMG_3507

Khairul Azuan aka Cikgu Wann – semakin semangat ni

IMG_3505

Tak penat pon!

Monday, September 05, 2011

Bukit Kelubi: Mencari Nikmat Di Raya KeEmpat

clip_image001

Tarikh: 02 Sept 2011 = 04 Syawal 1432

Masa: 08:00 pagi Jumaat

Laluan: Bukit Kelubi via Kampung Kota Mengkuang

Rider: 8 orang: Nasrun aka Lontruth, Abang Ai, Zalmi, Cikgu Wan, Ali, Zam Bank Rakyat, Tandope dan Pudin

Hampir 2 bulan melupakan seketika aktiviti kayuhan. Pemulaan syawal apabila seruan dipanggil, tiadalah bertangguh lagi. Di pagi Jumaat semangat memuncak, Puncak Jitra menjadi tumpuan.

Sudah sekian lama aku tidak ke sini, tidak banyak perubahan ketara. Geng Redflag dan Kedah DH sentiasa ‘beristiqamah’ dan taksub dengan Bukit Kelubi. Hampir setiap minggu di bulan Ramadhan mereka mendaki untuk mencari keenakan ber’Downhill’ .

Matlamat kami adalah untuk mencari semula laluan yang pernah kami lalui dahulu iaitu dari Bukit Kelubi menuruni ke sebalik sana(belakang) ke Kota Mengkuang. Misi kami agak mengecewakan, laluan dipenuhi dengan rimbunan pokok renek dan tinggalan balak yang menghalang jalan. Salah seorang rider tercedera apabila duri rotan ‘menghiris’ lehernya tetapi tidaklah serius. Misi selesai pada jam 11.15 pagi. 3.00 ptg ke rumah Zaim jamuan raya pula …

clip_image002

Menyorok nasi lemak raya

clip_image003

CP1: pondok di berhampiran puncak Kelubi

clip_image004

Nun dibelakang sana pekan Jitra

clip_image005

Laa  .. balak merintangi laluan

clip_image006

Hakisan dan tunggul kayu menghalang