Thursday, August 25, 2011

Sembang More: Pra Persediaan Projek Kayuhan

image Tarikh: 24 September 2011 = 24 Ramadhan 1432

Hari: Rabu Jam 10.45pm

Lokasi: Kedai CT Tomyam, Tunjang, Kedah Darul Aman

Pertemuan diatur bukan sekadar untuk bersembang, juga membincang satu usul  dari Cikgu Lutfi bagi merealisasikan satu projek kayuhan yang matlamat asal adalah bagi memupuk gaya hidup yang lebih sihat yang ditempekkan dalam satu majlis yang dinamakan Expo Kedah Sejahtera 2011.

Perbincangan bersama orang kuat DUN Jerlun, Haji Ghazali dan beberapa team Gerek Baru. Satu Jawatankuasa Pelaksana telah dibentuk yang  diketuai oleh cikgu Lotfi, Saudara Zn Gerek Baru dan Ustaz Raja akan bertindak sebagai promoter bagi mengketengahkan projek kayuhan ini yang dicadangkan dengan nama “ Kayuhan Sejahtera Kedah 2011” bakal diadakan pada 1hb Oktober 2011 di Balai Pos, Alor Biak, Jitra, Kedah Darul Aman.

Kayuhan santai melalui batas ban merentasi sawah padi .. masa di mana para petani sedang membajak sawah, orang ‘patani’ sedang menanam. Melalui projek ‘airmata’   Udang Kerpan’ …

Maklumat lanjut akan menyusul ….

imageKata sepakat sudah dapat .. selepas Raya kita akan buat

2 comments:

  1. Share event info di www.gerekbasikal.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Salam Pak Pudin TTG, nanti leh war-warkan projek Kayuhan ini nanti.Boleh join untuk memeriahkan lagi. Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin

    ReplyDelete