Sebelum ini pernah melihat rakan yang berpuasa di Mekah akan terus mengunjunginya semula untuk berpuasa bahkan sebulan di sana. Kenapa?
Peluang mengerjakan umrah di bulan Ramadhan ini menjawap segalanya. Dapat pula menempuhi ibadah puasa di tanah suci walaupun sangat singkat iaitu seminggu. Sememangnya seronok berpuasa di sana. Walaupun dengan teriknya panas mentari (± 43°C), siang yang lebih panjang dari malam, cuaca yang kering dan berjerubu, menyusupi lautan manusia namun tidak terasa akan keletihan mahupun lapar dan dahaga.
Berbuka dengan cara yang paling minima dengan hanya segelas air zam-zam dan beberapa butir tamar namun dapat bertahan sehingga selesai solat tarawih dan witir. Jam 11.30 malam baru pulang ke hotel untuk menikmati makan malam dan jam 1.00 pagi baru meletak kepala ke bantal. Sememangnya di sini bukanlah tempat untuk menikmati keselesaaan. Tidur yang minima, pukul 2.30am sudah bangun untuk bersahur dan seterusnya ke Masjidil Haram untuk solat subuh. Perlu menghayati matlamat dan tujuan ke sini.
Dengan berpuasa, banyak ‘amalan’ yang dapat kita lakukan dengan teratur dan sempurna. Jika tidak, setiap selesai sembahyang fardhu terpaksa bergegas balik hotel untuk makan pula.
Sebelum ke sini aku sentiasa membayangkan juadah berbuka yang pelbagai dijual, namun hampa. Pesta makanan hanya boleh didapati di negara kita .. di sini ianya mudah .. basic
Dalam perjalanan ke masjid, seringkali ada individu(pemilik restoren atau kedai atau orang kaya kot) memberi ‘habuan’ kepada jemaah, tetapi Masyaallah berebut-rebut orang ramai nak dapatkan ‘ration’ tersebut hinggakan tukang beri pun terpelanting kopiah.
Seronok melihat jemaah berbuka di Masjidil Haram (sebelum ini sahabat sudah menyarankan agar berbuka di Masjid kerana barulah dapat menghayati ‘kesusahan’ sebenar dalam berpuasa). Hamparan ‘sepera’ plastik sudah di bentangkan selepas waktu asar lagi dihadapan karpet sembahyang dan sejajar. Sebelum pukul 6.00 petang jemaah sudah mengambil tempat dan tamar dan air zam-zam dihidangkan oleh petugas. Ada sesetengah tempat hidangan tambahan dari ‘hamba Allah’ diberi. Aku sering berbuka di tingkat atas(atas bumbong) kerana lebih selesa. Disini ramai Tok-Tok Arab membawa bekalan sendiri. Ada roti, laban, tamar baik punya, oren, teh, dan lain-lain lagi untuk berbuka. Adakalanya dapatlah merasa kerana mereka tidak lokek untuk kongsi bersama jemaah bersebelahan. Selepas ± 10 minit, para petugas akan membersihkan sisa makanan dengan menggulung plastik tadi supaya solat Maghrib dapat dilakukan dengan sempurna.
Kesempatan melakukan Tarawih 20 rakaat dengan doa qunut mengambil masa ± 2 jam namun tidak terasa detik berlalu. Imamnya pula Sheikh Saalih Al Taalib dan Sheikh Sudais, emm sedap sekali bacaannya bahkan adakalanya dia menangis. Ruang-ruang sembahyang sentiasa penuh dan sesak terutama pada hari Khamis dan Jumaat.
Ramadhan bulan yang penuh barakah dan maghfirah dari Allah SWT. Sesungguhnya berpuasa dan beramal di sini mempunyai nilainya yang tersendiri. Pastinya ramai yang akan mengunjunginya terutama apabila memasuki pertengahan Ramadhan, khabarnya sehingga 3 juta pengunjung bakal tiba.
Iftar: Beberapa butir tamar, segelas air zam-zam dan sedikit air teh apatah ( teh herba kot – pedas, berempah dan tawar)
sama-sama membersihkan sisa makanan bagi membolehkan solat Maghrib dilakukan dengan sempurna
Menunggu waktu berbuka: – diperkarangan Masjidil Haram
Lokasi kegemaran aku, Tingkat paling atas Masjidil Haram
Tingkat Atas Masjidil Haram: Saat untuk berbuka - Menghitung waktu
tahniah
ReplyDeleteterima kasih atas post saudara, maklumat yang berguna untuk saya berkongsi.
ReplyDeleteAlhamdulillah teringin juga nak ke Makkah bulan ramadhan akan datang.. Nak tanya sikit abg Din, ikut pakej umrah yg mana? Berapa kos? kena booking awal ka?
ReplyDeleteAkhir sekali post ini amat berguna kepada saya... dah tanam dalam hati nak umrah bulan ramadhan.
Salam Mat .. saya ke Mekah pakej dengan Alfarhan di Alor Setar.(Boleh cuba dengan Asari Murni) Kos lebihkurang RM7,000.00(biasa)- bilik bertiga. Saya dan ibubapa dapat diskaun kerana mutawif adalah Pak Menakan. Saya cadangkan ambil pakej tidak beserta dengan makanan.
ReplyDeleteUstaz Raja kata emaknya pergi kos dalam RM4,000.00 sahaja. Kalau sebulan +- RM10,000.00 - RM12,000.00.
Umrah Ramadhan tahun ini, sdr Zaim(Redflag)kata - luarbiasa sekali ramainya .. entahlah, wallahuaklam
Menarik.... jemput ke blog saya π€
ReplyDelete