Tarikh: 26/02/2011 – Sabtu
Lokasi: Trial Bukit Wang – Ladang Getah Tok Teh – Kebun Jati – Bukit Gajah Teriak – Malau
Rider: 10 Orang – Ustaz Raja, Art TTBC, Suhaidi Celcom, Jaswadi, Yap Poli, Along, Hafizudin, Hafiz, Pudin dan sahabat baru Ustaz Masri (Selamat Datang).
Pelan asal hendak ke Bukit Kelubi via Kota Mengkuang – trek baru yang mengelilingi Banjaran bukit yang berlatarbelakangkan pekan Jitra itu. Adanya pendatang baru(ustaz juga) lalu pilihan trek yang kurang mencabar dibuat disamping beberapa tonggak utama Gerek Baru akan bertolak ke Jeli Jamboree.
Laluan ini tidaklah terlalu mencabar tetapi mempunyai perlbagai bentuk persekitaran dan rupabumi. Jalanraya , offroadnya yang melalui airterjun, kebun getah, melintasi ladang nenas dan merentasi sawah padi.
Permulaannya di D’ PAllas Bike Shoppe pada jam 8.00am
Rider pelapis.. dibawah program Pembangunan Rider Muda
Di Rekreasi Bukit Wang - Titi terputus
Bersama En. Azhar aka Tok Penghulu. Gerombolannya yg bermotosikal bermalam di Chalet Bukit Wang
Ustaz Masri: Sudah terlepas dari kemelut Di Mesir: - ‘Eranya’ di bawah rejim Husni Mubarak
Chewahhh ..bergaya sekali Si Din yg pangkal namanya adalah Hafiz
Antara Aksi pendatang baru dan rider Jr
Awat ustaz; Terjun la
Hutan buluh
Bukit Botak yang sudah berjambul: lokasinya di Gajah Teriak, Jitra
Hiahhhh!!! Din ..sama tinggi sama padan dengan basikal
DH yang best..namun hati-hati dengan batu longgar kerana ada juga yg kejatuhan di sana
Merentasi Sawah padi .. menanti untuk dituai
Menghala balik ke Malau
Bukan setakat nak promosi tapi juga nak dapatkan diskaun
Selepas mengayuh, singgahlah kami ke kampung Perupuk, Malau, Jitra. Rumahnya mentua Jaswady. Isterinya Mas adalah seorang usahawan kuih tradisional dan moden. Seorang pengusaha, yang menjual secara borong atau runcit, tak menang tangan hendak membuat. Kuih-kuih loyang moden, kek pisang, peneram, karas, maruku, rempeyek, tempeyek, keria, coklat muffin dan tat… Dijamunya kami dgn kuih buatannya yang sedap.. tak rugi singgah apatah lagi membeli
Berminat!!! hubungi Jaswady di 012- 464 9010
Rezeki di depan .. menjadi habuan
Suhaidi, Jaswady(ni la suami towkei) dan Art TTBC
Sahabat baru yang akan join nanti, saudara Jimmy dari Kolej Matrikulasi Changloon. BAru beli basikal ni.. sedang mencari sahabat mengayuh ..
Selamat Datang kami ucapkan .. Ayuh!