 
 
  Tarikh: 21 November 2010, Ahad 
  Lokasi: UUM, Sintok 
  7:45am Road Bike Race flag-off    
8:15am XC Race flag-off     
8:20am XC Fun Ride flag-off
  Jarak: ± 55km
  Jamboree ini sepatutnya diadakan pada 06/11/2010 tetapi terpaksa ditunda ke 21/11/2010 kerana masalah banjir yg melanda Kedah tempohari. 
  Perserta yg berdaftar melebihi 1000 orang tetapi yg hadir kurang dari itu ..kenapa hah? 
  Ada 3 katagori kayuhan dgn 2 laluan yg disajikan. Bagi RB laluannya dihalakan ke Kuala Perlis. Bagi MTB, perserta race dan fun ride berkongsi  laluan di sekitar UUM dan bukit bukau berdekatannya.  
  Malas rasanya nak komen, kerana sesiapa yg pernah melalui Jamboree ini pasti mengenali dan tahu situasi. Ada kedengaran banyak juga suara-suara ‘garau’ di luar sana dan itulah yg perlu didengari penganjur.  
  Sedikit pembaharuan dalam treknya(bantuan geng Banai ) tetapi dgn musim hujan terkini, ada sedikit  ‘gangguan’lah. Lecah,  licin, lunyai lagi berlumpur bahkan laluan menjadi semakin ‘tough’ dengan alur-alur hakisan dari air. 
  Penulis sudah pernah melalui beberapa laluan tersebut sebelum ini(lihat posting dahulu-kayuhan pembuka tirai, Bukit Lebai Hussin). Bagi penulis, laluan dalam kampuslah yg paling menarik dan cantik kerana ada nostalgianya disitu. 
  Soal makan tgh – tak mewah krn tak kenyang(catuan ka?)
  Soal hadiah dan lucky draw, memang tak boleh lawan punya sehinggakan majlis tamat hampir jam 2.30pm. Sejarah pada Geng Gerek Baru kerana berjaya membawa balik hadiah frame Specialized dan beg pinggang air Camelbak. Rezeki dan tuahnya pada saudara Senu dan Hasnizam(masih di Australia – present paper) ..Tahniah..
  LAYAN Gambar : Lagi gambar di facebook
   GB bersama Team Perwaja. MARILAH KITA KE JMJ’11 pula pada 16/01/2011
GB bersama Team Perwaja. MARILAH KITA KE JMJ’11 pula pada 16/01/2011
  DAri kiri – Zn, Cikgu Nusi, Ustaz, Pudin, Mohd Yakub Toni dan Amiruddin 
     
 
  Team Jitra – tak sabar nak kayuh ni – Dari kiri : Kapten Jamal, Kapten Shahrin, Senu, Sham(KFC), Ustaz Raja, Zn Gerek baru dan Along Aiman
   Dok depan ni - mau tak cepat sampai . nak pukoi habis kategori race
Dok depan ni - mau tak cepat sampai . nak pukoi habis kategori race 
   
 
   Menaruh harapan padanya
Menaruh harapan padanya
   Andy Fella(Alor Setar – Merida Clan) dan Amiruddin dari Perwaja Team
Andy Fella(Alor Setar – Merida Clan) dan Amiruddin dari Perwaja Team
   Kapten Jamal menggalas cabaran Redflag - yg lainnya mempunyai urusan resmi di luar negara
Kapten Jamal menggalas cabaran Redflag - yg lainnya mempunyai urusan resmi di luar negara 
   
 
        Keluar dari mukadimah 
   Maka bermulah offroadnya
Maka bermulah offroadnya
  
 Memasuki laluan berselut .. Sdr. Abu Hassan dari SAZA Sg Petani .. Haritu di  Kuale harini di sini
Memasuki laluan berselut .. Sdr. Abu Hassan dari SAZA Sg Petani .. Haritu di  Kuale harini di sini  
   Tayarpun boleh lekat kerana dihisap oleh selut jenis ni
Tayarpun boleh lekat kerana dihisap oleh selut jenis ni
   
 
  
  Beberapa orang jatuh di sini .. banyak  alurnya 
     Antaranya rider dari Fhadilat Thaaji – terkeluar sendinya
Antaranya rider dari Fhadilat Thaaji – terkeluar sendinya
   Semakin luas angkara penebangan hutan
  Semakin luas angkara penebangan hutan
   
 
      Semakin lecah .. 
   Cabaran masih ringan, nanti dulu - satgi kat area Bukit Kachi - tahwan la
Cabaran masih ringan, nanti dulu - satgi kat area Bukit Kachi - tahwan la  
                     
 
  Aku hampir pasti nak memintas Maizatul(anak Emas MSN yg  mendapat tempat ke 6 di sukan asia).
   Yes …. digarisan penamat. Ustaz tersenyum dalam kesakitan! – TQ Pn Shapiah atas pic
Yes …. digarisan penamat. Ustaz tersenyum dalam kesakitan! – TQ Pn Shapiah atas pic
   
 
  Makan tgh – nasi ala nasi lemak ..ayir Thaaji sebotoi – tembikai sejerong: mana cukup ,,lapaq woiii – menyorok makan roti planta ja .. pisang takdak, kurma mesti tak jumpa- powerbar jauh sekali laa
   Berbaloi  tunggu sampai kul 3.00  – dapat S-Work plak – 1.2kg
Berbaloi  tunggu sampai kul 3.00  – dapat S-Work plak – 1.2kg
   Hak ni pun dapat jugak – tapi tuannya ada di Melbourne: ..RM1XX
Hak ni pun dapat jugak – tapi tuannya ada di Melbourne: ..RM1XX
   
   Pastinya kegembiraan dikongsi bersama dgn kenduri di Restoran Sri Atap, Jitra. Semoga inilah permulaan rezki utk hadiah seterusnya ..AMIN
Pastinya kegembiraan dikongsi bersama dgn kenduri di Restoran Sri Atap, Jitra. Semoga inilah permulaan rezki utk hadiah seterusnya ..AMIN
  NOTA: Menyesal bawa EOS S95 ke dalam Jamboree – terjejas sedikit akibat pasir halus.