Monday, March 29, 2010

Wang Perah: Mencari Denai

Tarikh: 27 Mac 2010
Mula  : Wang Perah
Masa  : 8.30am
Jarak   : 25km
Rider : 3 Orang sahaja = Shahrizal, Azizan dan Saifuddin
Setelah mendengar maklumat, bahawanya ada denai yang menghubungkan  Perik @  Bukit Wang  ke Wang Perah, maka pencariannya bermula dengan diketuai oleh Saudara Tandopee.
Dengan  hanya makluman lisan perjalanan menjejaki lorong-lorong kecil di hutan agak sukar dan mencabar, tetapi memang menyeronokkan, laluan dalam dusun dan hutan dengan flora dan fauna dan bunyian unggas, nyaman dan damai.  Walaupun denai yang bersambung tidak dijumpai sepenuhnya, namun ini adalah babak permulaan. Sekurang-kurangnya sedikit gambaran telah diperolehi untuk tinjauan selanjutnya.  Apatah lagi kalau ianya dibantu dgn teknologi(GARMIN)..insyaallah denai laluan akan dijumpai.
Bermulanya dari sini ..RESTOREN SRI RIMBA -
LOKASI - Spg. 4 ke Kuala Nerang, Changlun, Wang Perah dan Napoh
Menuju ke Wang Perah
Bak Kata pepatah orang tua2.. berjalan dgn mulut. Rajin Bertanya tak sesat jalan ..kecuali dalam hutan.
Di kawasan tanaman Limau Bali -  Kg. Wang Perah adalah zon utama tanaman limau bali di Negeri Kedah.
Dipersimpangan!!- Terus Ke Perik.. Kanan ke Bukit Wang.
Ini adalah dapatan dari hasil tinjauan kami.
Saudara Azizan - memang bersemangat - makluman tentang XPDC ini(Versi Englias) - Klik sini
Di kawasan dusun
Melintasi kawasan kebun getah, mula memasuki kws hutan kecil
Ada Charok... mungkin aliran charok ini bersambungan dari Bukit Wang.
Terpaksa mengundur dahulu..dgn habuannya .. Cendul Pulut Special.
BERDOALAH SEMOGA PENCARIAN SETERUSNYA AKAN BERJAYA
Kejayaan penyambungan Denai ini akan mendekatkan lagi laluan antara Daerah yg bersebelahan disamping memberi cabaran laluan kpd para Rider MTB nanti.

1 comment: