Thursday, August 01, 2019

Yilaphan Bridge: Jambatan Besi Bersejarah Di Yala

Tarikh       :  19 April 2019
Misi           :  Menikmati Kabus, Membeli Kopi dan Mencari Garam Manis di Patani
Lokasi       :  Banang Sata, Yala, Thailand
Coordinate : N6.27919° E101.29033°
Map Links  :
https://goo.gl/maps/sGFxVCPZPZYgZhtL9

Tidak jauh dari pekan Banang Sata (km 35 – highway 410) terdapat sebatang jambatan besi yang ditinggalkan. Jambatan yang mempunyai nilai sejarahnya. Jambatan asal selebar 6 meter dan sepanjang 50 meter dibina untuk menyeberangi Patani river oleh tentera Jepun semasa Perang Dunia Ke 2 (WW2 - sekitar 1941/42). Ia dibina bagi membolehkan tentera dan aset ketenteraan digerakan dari Tanah Melayu untuk menyerang Burma dan India.

Jambatan ini juga beberapa kali diperbaiki dan pada tahun 1969, jambatan ini diperkukuhkan dengan besi konkrit dan panjangnya ditambah sejauh 239 meters dan dilebarkan kepada 6 meter dan yang terakhir dalam tahun 1970 dimana lantai besi berbentuk honeycomb (yang kelihatan seperti hari ini ).

Nama asal jambatan ini ialah "Hong Sakon Bridge" tetapi penduduk sekitar menggelarnya Yilapan Bridge, sempena nama kampung dimana jambatan ini terletak.

Ia digunakan sehingga tahun 1995, apabila sebatang jambatan konkrit dibina bersebelahan bagi menampung jumlah kenderaan dan laluan yang semakin sibuk.

Pada 12 September 2018, pihak Pentadbiran Yala, melalui Timbalan Gabenor telah merasmikan tempat persinggahan dengan ‘nat’ yang menjual produk OTOP barangan tempatan. Ia juga cuba ditonjolkan sebagai tarikan pelancong dengan mengketengahkan sejarah jambatan ini.

No comments:

Post a Comment