Thursday, August 01, 2019

Hadyai: Penginapan di Pinggiran Kota - Chakamas

Tarikh       :  27 Jun 2019
Misi           :  Mencari & Menikmati Laksa
Lokasi       :  Khuan Lang, Hadyai, Thailand
Coordinate : N7.01666° E100.45116°
Map Links  : https://goo.gl/maps/cZAcqj2pFBYdtqn6A

Hat Yai adalah bandar terbesar di Wilayah Songkhla dan keempat terbesar di Thailand. Semestinya ia menjadi bandar yang sibuk dan penginapan di tengah bandar agak mahal. Aku kalau ke Hadyai, jarang tidur di sini, lebih cenderung untuk tidur di Songkhla kerana lebih tenang dan murah.

Baru-baru sahabat mayaku mencadangkan aku ke Chakamas Homestay 2 yang terletak di Resort Soi, Tambon Khuan Lang, Amphoe Hat Yai, Chang Wat Songkhla 90110, Thailand

Lokasinya dipinggiran Kota Hadyai ( ±5 km dari titik tumpuan ) yang dikelilingi oleh komuniti muslim Khuan Lang menjadikan mudah mendapat makanan Halal dan berkomunikasi dalam Bahasa Melayu.

Aku dapati ia adalah sebuah resort menarik. Terletak berdekatan sungai (khlong U – Ta Phao). Menjadikan suasana yang tenang, jauh dari hiruk pikok kenderaan dan yang bestnya ada kolam mandi dan gelong longsor untuk bermain air … bukan anak-anak ja boleh mandi – Mak Pak pun boleh join ( Ewah .. mandi pula di hadapan Banglo tuan punya homestay).

Biliknya pula agak luas (katil bertiga) dengan harga berpatutan THB670.00 (biaq betoi) dan sangat sesuai bagi yang berfamili. Dilengkapi dengan air cond, air panas, mineral water, kopi dan bestnya ia dua tingkat. Di tingkat atas ada binaan seperti wakaf membolehkan kita berahat sambil menikmati panorama dan suasana persekitaran.

Kolam renang dibahagikan kepada 2, sebuah kolam dengan kedalaman 2 kaki untuk kanak-kanak danberkedalaman 4 hingga 5 kaki untuk orang dewasa. Ada meja dan bangku percuma berhampiran kolam renang.

Aku tidak pasti samada dikenakan bayaran untuk mandi dan bermain gelong air disini pada yang menginap tetapi untuk orang luar ia dikenakan bayaran tertentu.

Berhampiran kolam juga ada mini gym dan ada pelantar khas untuk live band dan boleh disewa tempat ii dan kawasan kolam ini jika ingin membuat sambutan majlis tertentu seperti majlis perkahwinan atau hari keluarga.

Resort dari tuanpunya yang sama iaitu Chakamas 1 terletak tidak jauh dari sini. Terletak di tebing sungai (khlong U – Ta Phao). Tetapi biliknya sedikit kecil (katil bertiga gak) harga pun sama dan ia masih baru.

Cakamas Homestay1 : N7.01905° E100.45088°

https://goo.gl/maps/gK24pKw7ZZaEGytZA

ada Cafe berdekatan kolam renang

Ada pondok bagai wakaf di atas resort ini

Bilik VVIP untuk 6 orang harga THB900

Diseberang sana adalah Kota Hadyai


No comments:

Post a Comment