Tarikh : 28 Jun 2019
Misi : Mencari Khanom Jeen & Miang Pla Thu
Lokasi : Hadyai, Thailand
Coordinate : N7.01282° E100.47825°
Map Links : https://goo.gl/maps/TbkP2D1mV6rqP9fq5
Laksa siam atau Khanom Jeen (ขนมจีนเมืองนคร) adalah makanan kegemaranku dan menjadi menu tetap jika berkunjung ke Thailand. Di Hadyai ada beberapa tempat telahku kenalpasti untuk mencuba antaranya Beehana Dimsum dan beberapa tempat lagi.
Lokasi pertama – Selepas turun dari Kho Hong Hill, kami bersarapan pagi di Beehana Dimsum. Ia adalah sebuah restoran muslim yang terletak di 160 Jootee Anusorn Rd, Tambon Hat Yai, Songkhla 90110, Thailand. Dibuka setiap hari kecuali Jumaat dari jam 7:00 pagi – 5:00 petang. Selain menyediakan Dimsum, ada beberapa lagi masakan ala siam. Dimsum bukanlah seleraku, makanan local adalah pilihanku dan laksa menjadi pembuka selera kami di pagi ini
Laksa di sini disajikan dengan pelbagai jenis kuah iaitu ketam, ayam, green curry, gulai rebung, ala asam pedas dan tah apa lagi tak tau.
Seperti biasa laksa halus mereka menjadi watak utama, watak tambahan (disajikan berasingan) terdiri dari ulaman segar dari pelbagai pucuk, sayuran, timun, terung dan lain-lain lagi. Watak pilihan (tersedia dipinta) dengan pelbagai kerabu @ acar. Adunan rasa ditambah dengan telor masin, ikan lengat dan ayam goreng …. Perghhh !!! sedap baq hang.
Acara kedua – merasa pula ‘MIANG PLA TOO’ เมี่ยงปลาทู ..
Makanan yang sedap dan berkhasiat. Ya Watak utamanya adalah ikan termenong (mackarel) lengat yang dimakan dengan laksa halus atau khanom jeen. Ulaman dan sayuran adalah watak sampingan bagi menambah selera DAN cabai khas yang meransang deria rasa di lidah - mengabungkan semua rasa masam, masin, manis, pedas, sedikit pahit … SIMPLE TAPI SEDARP (perghhh tengokpun dah kecur air liur ). Nak tau resepinya? KLIK Sini
…. Bersambung di episod kedua - Watak yang sama - lokasi yang berlainan
No comments:
Post a Comment