Tarikh : 28 Jun 2019
Misi : Mencari puncak tertinggi Hadyai
Lokasi : Hadyai, Thailand
Coordinate : N7.03985° E100.51944°
Map Links : https://goo.gl/maps/5QTiVJLg4suTosCw8
Bukit Bukau yang melatari Kota Hadyai dikenali sebagai Kho Hong Hill. Rantaian bukit bukau ini memanjang sejauh ± 7km. Puncaknya yang tertinggi menempatkan beberapa menara stesyen pemancar. Berada pada ketinggian ± 340 meter dan terletak berhampiran Hadyai Municipal Park.
Setiap pagi, bukit ini menjadi lokasi pengunjung beriadah (samada joging atau berbasikal). Terdapat jaringan jalan tarmac disini. Kami mendaki bukit ini dengan menaiki motosikal sambil mengikuti denai joging. Melewati beberapa pengunjung samada yang berjoging atau berbasikal.
Untuk ke puncak ini, ada pecahan laluan. Laluan bersimen sejauh ±900 meter membawa kami terus ke puncak ini. Tidak ramai pengunjung yang melalui laluan ini (mungkin suasana agak sunyi kot). Puncak ini berada pada ketinggian ±371 meter Dikelilingi oleh hutan subur menjadikan udaranya nyaman dan bersih. Pada awal paginya akan kelihatan kabus disekitar. Puncak ini juga menjadi lokasi menarik dan terbaik melihat panorama berkabus bandar Hadyai (arah matahari naik). Di atas ini ada stesyen pemancar. Kami berada disini hampir 40 minit dengan menikmati pemandangan dengan bergambar sambil menghayati keindahannya
Terasa seperti pernah melalui jalan-jalan disini, MAKA setelah ‘mengodek’ arkib peta Garmin, aku dapati laluan disini adalah sebahagian dari laluan Hadyai Jamboree Edisi 1 yang diadakan pada 12 Jun 2010 lalu.(TETAPI tidak lah sehingga ke Viewpoint ini)
Kami turun ke arah yang berlainan dan berhenti di Hatyai Deepsky Observation For Scienec and Astronomy (N7.04013° E100.51190°). Ia sebuah pusat pembelajaran berkenaan sains dan astronomi. Terdapat bilik pameran, chalet mainan, Movie theaters dan domes. Semasa kami tiba, pusat ini masih belum dibuka
No comments:
Post a Comment