Thursday, August 08, 2019

Patani: Tenang Di Pantai Yang ‘Panas’ dan ‘Gelora’

Tarikh       :  20 April 2019
Misi           :  Menikmati Kabus, Membeli Kopi dan Mencari Garam Manis di Patani
Lokasi       :  Nong Chik, Patani, Thailand
Coordinate : N6.85918° E101.14147°
Map Links  :
https://goo.gl/maps/8zS3XsDQeEqbfHW37

Ratchadaphisek Beach atau Sai Mo Beach yang terletak di Ban Sai Mo, ± 16 km ke Barat dari bandar Patani.

Awal pagi, kami check out dari Rainbow Hotel Mansion Pattani dan menuju ke arah Tuyong untuk bersarapan. Kemudian kami belok ke kanan menghala ke Utara dan mengikuti laluan Pattani 2008 pwd road sejauh ±5km untuk sampai ke pantai ini. Pantai ini terletak di muara dan pertemuan dua sungai iaitu Khlong Ka Lae.

Pantai di sini agak berombak, oleh itu ia tidak sesuai untuk mandi manda. Ombak yang kuat juga telah menyebabkan pantainya banyak terhakis. Oleh itu, kelihatan banyak batu besar diletakkan di sepanjang pantai untuk menghalang hakisan pantai. Ada  deretan kedai dan gerai sepanjang jalan selari dengan pantai yang menjadi kunjungan penduduk tempatan pada sebelah petangnya.

Menuju ke Tanyong Pau (ada tangkul besar @ Yor)

Pantai di Tanyong Pao: Teduh dan dinaungi pepohon kelapa. Disini aku dapat menyaksikan tangkapan ikan menggunakan bot secara ‘menyodok’

Selepas berehat dan selfie, kami meneruskan lagi perjalanan ± 5km. Menelusuri perkampungan Melayu, melihat corak dan cara kehidupan penduduk tempatan hingga tak sedar sampai ke Tanyong Pao (N6.85932° E101.10270°). Sebuah perkampungan nelayan yang terkenal dengan produk IKAN MASIN disamping produk hasil lautan yang dikeringkan.

Pokok bakau di tanam untuk tujuan menghalang hakisan pantai

Kawasan pantai sekitarnya diistiharkan sebagai warisan alam yang dilindungi. Spesis bakau dipulihara dan ditanam untuk ekologi dan perlindungan alam lantaran pantainya yang terhakis teruk oleh ombak.

Kelangsungan hidup & Menaiktaraf ekonomi : Ternakan kambing diseberang sungai oleh penduduk Tanyong Pao

Dalam perjalanan balik jumpa kawasan belukar yang luas bagaikan ‘savana’. Cuaca panas & terik menyebabkan belukar ini kering menguning

No comments:

Post a Comment