Monday, August 12, 2019

Bansuan Café : Santai Sambil Menjamu Selera

Tarikh       :  20 April 2019
Misi           :  Menikmati Kabus, Membeli Kopi dan Mencari Garam Manis di Patani
Lokasi       :  Khok Po, Patani, Thailand
Coordinate : N6.71773° E101.10089°
Map Links  : https://goo.gl/maps/sHDsndXjnmv6mmhs5

Dalam perjalanan pulang dari Patani kami singgah sarapan di Tuyong, sambil sarapan kami berbual dengan penduduk tempatan dan dimaklumkan mengenai Ban Suan Café yang terletak tidak jauh dari Sai Khao. Selepas sarapan kami ke Ratchadaphisek Beach dan selepas itu kami mengikuti Highway 42 menuju ke arah Sai Khao dan sampai di persimpangan pekan Khok Po (N6.72857° E101.09739°) kami belok ke kiri dan berhenti bertanya kepada penduduk akan lokasi Ban Suan dan meneruskan perjalanan melalui 2063 road sejauh ±1.8 km.

Ban Suan Café asalnya adalah tempat pembelajaran berkaitan ternakan ikan dan pertanian. Ia juga menjadi kem motivasi untuk pelajar. Beberapa kemudahan riadah seperti jambatan gantung, flying fox dan lain-lain lagi disediakan kepada pelajar yang menginap disini. Homestay juga tersedia

Ia terletak di kawasan sawah padi. Terdapat pelantar buluh dan binaan tertentu sengaja dibina merentasi kawasan sawah pada bahagian hadapannya sebagai tarikan utama. Di atas dan pinggiran kolam-kolam ikan, dibangunkan pondok kecil untuk pelanggan menikmati makanan yang diperolehi dari gerai makanan & minuman tersedia.

Bansuan Café telah dibuka ± bulan Jun/Julai 2018 lalu dan dibuka pada setiap hari dari jam 10.00 pagi - 6.00 petang.

Terletak di Moo 4, Pa Bon, Khok Pho District, Pattani .

Lokasi yang sesuai untuk latihan bina semangat

basikal atas pokok

Pehentian sebelum sampai ke sempadan

No comments:

Post a Comment