Tarikh : 18 April 2019
Misi : Menikmati Kabus, Membeli Kopi dan Mencari Garam Manis di Patani
Lokasi : Ban Padeng, Yala, Thailand
Coordinate : N6.00823° E101.22805°
Map Links : https://goo.gl/maps/WCWSUNbUVmKU5uzD8
Durian Garden Home ดูเรียนการ์เด้นโฮม adalah sebuah penginapan yang sederhana, terletak di atas bukit dikawasan hutan dan dikelilingi oleh pepohon durian. Berada pada ketinggian > 450 masl dengan persekitaran yang natural menjadikan cuaca di sini sentiasa segar sepanjang masa. Jauh dari hiruk pikuk kenderaan dan dapat merasai suasana kabus di pagi hari yang dingin sambil menikmati pemandangan indah Hala Bala Lake dari hadapan pintu bilik. Suasana damai yang pasti dapat memberi ketenangan kepada pengunjung.
Ia terletak di No. 60/8, Ban Padeng, Amphoe Than To, Yala, Thailand atau ± 25km ke utara dari Iyerweng. Untuk ke sana (menghala ke Yala) Di Km 39 highway 410, terdapat sebuah jambatan batu disebelah kanan, seberangi dan telusuri Yala 3018 rural road sejauh ± 7km dan Durian Garden House terletak disebelah kanan di atas bukit.
Misi kami sebenarnya adalah untuk ke Cool Camping (N6.01227° E101.23000°) yang terletak di kawasan bukit ini juga. Dengan motosikal, kami mula mendaki bukit pada jam ± 7.00 malam. Pendakian dalam suasana yang semakin gelap. Apabila tiba Cool Camping, kami dimaklumkan bahawa semua bilik telah penuh ditempah. Maka terpaksa mencari pilihan lain dan sudah tentu Durian Garden Home yang terletak ± 300 meter menjadi pilihan muktamad.
Sampai di Durian Garden, kami terus check in tanpa banyak soal. Namun dengan harga THB500 semalam berbaloilah dengan harga yang dibayar. Ada wifi percuma, water heater, kipas kabus (mist fan) dan tandas yang selesa.
Terdapat 3 unit penginapan bersaiz ± 12’ x 10’ yang boleh menempatkan 3 orang(harga THB500) dan I unit bamboo house (3 penghuni) tetapi tandasnya berada diluar dengan harga THB400.00. Harga tambahan sebanyak THB100.00 seorang dikenakan jika melebihi dari 3 orang.
Jika datang pada musim buah-buahan (Julai – Ogos) kunjungan pasti lebih menarik.
Selepas sarapan esoknya, kami turun dari bukit menuju ke kampung Rai( ± 24 km ke utara) bagi membeli serbuk kopi asli sebagai bekalan di bulan Ramadan (sekilo THB300). Kopi asli (tanpa campuran) buatan sendiri yang hitam pekat lagi sedap, kaya dengan aroma asli semerbak ..
No comments:
Post a Comment