Tarikh : 09 Februari2019
Misi : Jejak Mimbar
Lokasi : Yaring, Patani, Thailand
Coordinate: N6.82165° E101.41279°
Google Maps: https://goo.gl/maps/8rZV4z8FQa6r3g278
Masjid/ Surau Aur terletak di sebuah kampung di Kampong Aur dalam Daerah Manangyong. Terletak ± 25 km ke arah Timur Bandar Patani berdekatan Lebuhraya Patani – Narathiwat (highway 42) iaitu di Kampung Aur, Daerah Manangyong (berdekatan Yaring), Patani, Thailand
Gambar lama - Kelihatan balai lintang digunakan untuk majlis kenduri dan perjumpaan
Ia adalah masjid kayu yang berkeluasan lantai ± 47m2. Dibina dengan kayu cengal dan adalah antara contoh senibina islam dengan pengaruh Arab, jawa dan Melayu/Thai. Pakar sejarah menyatakan bahawa masjid ini berusia ± 500 tahun dan merupakan masjid tertua di wilayah Patani, lebih tua dari masjid Kerisik dan Masjid WADI HUSSEIN di Telok Manok. Ia dibina pada permulaan masuknya islam ke Patani. Ia telah melalui beberapa fasa pembaikan.
Sangat sedikit maklumat mengenai sejarah Surau Aur ini. Kajian mendapati ia asal dibina di Kampong Bendang Jung dan kemudian dipindahkan ke lokasi sekarang. Kampong Bendang Jung terletak di tebing Sungai Tanjung (tidak jauh dari Kampung Aur) dan dipercayai suatu ketika dahulu adalah sebuah pelabuhan yang menjadi persingahan kapal-kapal perdagangan. (Teori kejatuhan Melaka ke tangan Portugis pada tahun 1511 menjadikan Patani sebagai lokasi pilihan pedagang Arab dan pintu masuk saudagar dari China menyokong fakta bahawa Tanjung Aur adalah sebuah pelabuhan)
Tingkap selak 2 panel dan pintu Nate: Kelihatan lantai diapit dengan kayu dibahagian tengah yang merintang ruang solat hingga ke mihrab.
Surau Aur telah diubahsuai beberapa kali selari dengan peredaran masa. Ia mempunyai 3 bahagian utama, balai lintang, ruang solat dan mihrab. Ruang solat dan mihrabnya masih utuh(yang asal) manakala balai lintangnya sudah tiada dan dijadikan ringkas dan dibuat tangga batu. Menariknya mengenai surau ini ialah tunjuk langitnya yang berukir yang berada di bahagian bumbong (satu-satunya yang berukir). Ia mempunyai pintu masuk (pintu besar) yang dikenali sebagai ‘Pintu Nate’ dan mempunyai 12 tingkap (2 panel) dan cantik berukir. Sistem pengedaran udara semulajadi melalui ‘lubang angin’ menjadikan berasa nyaman di dalamnya.
Bumbungnya yang bertingkat dengan atap singgora (dahulu beratap nipah) dihiasi dengan 2 pasang pemeleh (berbentuk Lam Alif terbalik dengan sifat Jalal dan Jamal..syyy) bagi menutup kasau lintang dan kasau jantan menampakkan surau ini elegan, islamik, misteri dan sistem pengudaraan traditional diadaptasi.
Telaga yang digunakan oleh penduduk dan jemaah dan batu bilas kain
Aku sempat meninjau ke seluruh masjid ini sambil bertanya khabar dan maklumat dari jemaah yang usai menunaikan solat asar. Di hadapan masjid ada telaga yang diguna untuk mengambil wudhu dan juga sumber bekalan air kepada penduduk sekitar pada masa lalu. Masih terdapat batu yang digunakan oleh penduduk untuk mebilas kain berdekatan telaga ini.
ventilatlion panel pada pintu utama dengan floral motif
Aku memang tertarik dengan senibina kayu melayu terutama masjid-masjid lama yang mempunyai banyak unsur simbolik sebagai penghargaan kepada Sang Pencipta dan manifestasi pemerhatian terhadap alam yang diterap dalam senibina. Banyak lagi masjid kayu lama di daerah ini dan di pantai timur Malaysia yang PASTI ku kunjungi.
Layan Gambar dan Gambarajah surau ini
maklumat mengenai sebibina melayu: Aku suka akan tunjuk langitnya yang berukir
Masjid ini mempunyai 3 bahagian utama iaiti Balai Lintang, ruang solat dan mihrab
bumbung bertingkat dimana ruang solat 3 tingkat dan mihrab dengan 2 tingkat
Suasana di dalam masjid ini. Aku mengamati senibina dalaman dan langut tengok struktur bumbungnya
Pandangan dalam masjid: dari pintu utama menghadap ke qiblat
kekal teguh tanpa paku
Assalamualaikum tuan, boleh saya dapatkan sumber yg mengatakan masjid ini lebih tua dari masjid wadi Hussein telok manok,
ReplyDeleteye saya org tani . pendapat ini hanya pendapat yg tidak ada sumber sahih untuk menyokong.
ReplyDeleteTerima kasih atas pandangan
DeleteSedikit link mengenai surau ini dan ada lagi kajian
https://www.researchgate.net/publication/311162433_A_Historiography_of_the_Mosque_Reconciling_a_Renaissance_of_Spirituality_in_the_Material_Forms_of_Islamic_Architecture
Bang, bagus dan menarik sekali artikel anda ini. Saya orang Indonesia pecinta sejarah Patani di Thailand ini.
DeleteBang, artikel anda sangat bagus sekali. Saya ini orang Indonesia tapi suka mempelajari sejarah Patani di Thailand ini. Saya berharap Patani merdeka dari Thailand suatu hari nanti.
ReplyDeleteTerima kasih. Patani dengan negeri utara terutama Kelantan dan Kedah memang saling bergabung menentang Siam. Rujuk juga sedikit catatan saya mengenai kekalahan kerajaan Singgora (Songkhla) dimana gabungan Kedah/Patani dikalahkan oleh Siam
Deletehttp://saifudin-mtb.blogspot.com/2018/08/koh-samui-day-07-singkapan-sejarah.html