Tarikh : 01 Februari 2019
Misi : Mencari Pantai Belakang Naga Putih
Lokasi : Hua Hin, Satun, Thailand
Coordinate :
Google Maps:
Pantai belakang naga adalah istilah yang diberikan kepada keadaan dimana apabila air surut menyebabkan timbulnya beting pasir corak dan warna serta fizikal seakan-akan seekor naga yang sedang berenang di dalam laut. Sememangnya banyak beting pasir yang terdedah apabila air surut di kawasan pantai namun di wilayah Satun ini terdapat 8 pantai belakang naga yang diiktiraf kerana memenuhi ciri yang boleh disifatkan sebagai pantai belakang naga iaitu:-
1. Black Dragon Spine Beach @ Koh Lidi
2. Golden Stone Dragon Spine Beach @ Koh Lidi
3. Little Red Dragon Spine Beach @ Bakan Yai, Koh Tanyong Uma
4. Red Dragon Spine Beach @ Koh Jabang, Che Bilang
5. Golden Dragon Spine Beach @ Tanyong Po
6. White Dragon Spine Beach @ Ban Hua Hin Langu
7. Double Dragon Spine Beach @ Tamalang
8. Copper/Bronze Dragon Spine Beach @ Koh Ko Noi Tarutao
Lima yang teratas telah ku jijakki dan hari ini aku mencari Pantai Belakang Naga Putih pula yang terletak di Hua Hin, Langu. Ia berada ke Selatan Tenggara pekan Pak Bara iaitu sejauh ± 13 km.
Di muara sungai
Kami datang ke sini dalam jam 12:30 tgh (waktu tempatan). Sampai disimpang ke Pak Bara kami belok ke kiri menghala ke pekan Langu dan kemudian menelusui laluan pantai dan menuju ke Nathon Beach. Dari Nathon Beach sudah kelihatan berbalam-balam pantai ini bak pulau putih yang timbul di laut. Aku teruskan perjalanan hingga ke kuala dan turun meredah sungai untuk cuba menghampiri pantai ini. Aku mengamati laluan cetek dan potensi melintas ke seberang sungai yang mudah untuk terus berjalan menuju ke pantai ini. Namun masa yang singkat (perlu pi solat jumaat) dan risiko air semakin pasang membatalkan niatku ke sana. Lalu aku terbangkan drone bagi mendapat aerial view pantai ini . Sememangnya pantai ini kelihatan berwarna putih dan air yang surut banyak mendedahkan beting pasir berdekatannya. Dari pemerhatianku, pantai ini memenuhi ciri pantai belakang naga seperti ada sisik (terjadi kesan aliran air laut yang membentuk pasir) dan banggol bak belakang naga.
Terasa agak kecewa kerana tidak dapat menjijak kaki ke atasnya, namun aku bertekad akan datang semula bagi menjijak kaki di atas pantai belakang naga ini dan seterusnya mencari 6 pantai Belakang Naga di Wilayah Trang pula.
Air mula pasang pada ketika ini
Pantai yang memanjang hingga ke Langu
No comments:
Post a Comment