Misi :
Lokasi : Sai Khao, Patani, Thailand
Coordinate: N6.66931° E101.10114°
Map Links : https://goo.gl/maps/pKx9t3peJRVH1wbE7
Kisahnya bermula pada akhir 1930-an, apabila tentera Amerika sedang mencari kenderaan yang ringan, lasak dan dapat bergerak dalam pelbagai situasi keadaan. Pada tahun 1940-an, reka bentuk Jeep telah dilengkapkan hasil usahasama Willys MB dan Ford GPW dengan pengeluaran berskala besar kepada tentera Amerika dari 1941 – 1945.
Sebenarnya aku tertarik dengan kereta ini apabila sering menonton filem bercorak peperangan yang sering menampilkan kereta lagenda ini lalu membuat hatiku meruntun untuk mengunjungi ke satu lokasi, Patani, Thailand yang memberi peluang merasai pengalaman menaiki kenderaan comel dan lasak ini. Ia diusahakan oleh Komuniti Penduduk Sai Khao, Patani dan diketuai oleh Mr Suan (Mr. Plearnsak Promsuk). Perkumpulan ini menawarkan pengalaman menaiki jeep mengelilingi kampung dan tempat menarik sekitar (dengan harga THB1000) terutama ke Namtok Sai Khao National Park. Komuniti ini pernah memenangi ‘Most Outstanding Community-based Tourism Award ‘ untuk eco-cultural tours and homestay services dalam tahun 2007.
Terdapat ± 30 buah jeep di daerah ini yang digabungkan dibawah perkumpulan ini. Jeep ini diperolehi oleh penduduk hasil lelongan pihak tentera (ditinggalkan oleh tentera Amerika) lalu diubahsai enjinnya (Tidak …jenuh nak maintain). Aku juga mengunjungi beberapa rumah penduduk di sini yang mempunyai kenderaan jeep. Antaranya En. Yusuf Bin Hussain, En. Salleh Bin Hassan. Ramahnya mereka melayanku bagaikan saudara pula. Salleh Bin Hassan mempunyai 2 unit jeep yang diselenggara dengan baik bahkan lebih antik. En. Salleh juga fasih berbahasa Melayu, rupanya bapanya berasal dari Malaysia(orang nogori) dan tinggal disini .
Kemudian aku dibawa ke Saikhao Homestay. Disini aku menyaksikan betapa harmoninya penduduk yang hidup aman damai dan bertolak ansur. Mereka bekerjasama menyedia homestay kepada pelancong. Sikap toleransi dan hormat menghormati menjadi punca kejayaan mereka. Jika datang waktu musim buah-buahan, wow memang best. Harga homestay ±THB350 – THB500.00.
En. Salleh Bin Hassan & Mr Suan (Mr. Plearnsak Promsuk) yang menjadi ahli perkumpulan Jeep di sini
No comments:
Post a Comment