
Tarikh: 04 Jun 2011(Sabtu)
Lokasi: Hat Yai Municipal Park
Mula: 8.30am
Jarak: 43km
Jamboree ke 4 yang aku sertai dalam tahun 2011
*Waktu yang dinyatakan dalam blog ini adalah dalam waktu Malaysia

Acara kali ini aku menjadi penyelaras bagi team Redflag. Menyelaras kediaman di hotel Florida dan mengambil goodies. Bertolak secara berkonvoi dengan 4 buah kereta bersama anak saudara dan abang ipar yang mengambil kesempatan untuk melancong bersama ke Hatyai. Tidak sempat berkonvoi dari Bukit Kayu Hitam ke Hatyai yang diatur oleh penganjur(mereka bertolak jam 12.00tgh) kerana tersangkut di pemeriksaan imigresen. Hampir pukul 4.00 baru tiba di JB hotel untuk mengambil Goodies.
Dimaklumkan bahawa pada tahun ini penyertaan adalah seramai ± 960 orang. Hampir 2/3 peserta adalah dari Malaysia(±600 orang)
Terdapat ‘pertembungan’ acara pada tarikh yang sama – Perlis The Green Ride dan Ipoh Cycling Carnival
Goodies

Dengan bayaran sebanyak RM75.00, rider mendapat Jersey, T-Shirt , Number Plate, Goodies Beg, Groups Insurance (Coverage) dan sijil penyertaan. Pasukan yang menghantar lebih dari 20 orang akan mendapat sijil khas.
Goodies diambil di JB Hotel dan urusan pengambilannya berjalan agak lancar dan sempurna. Cuma masalah Jersey yang saiznya tidak sepadan dengan yang dipinta dalam borang penyertaan.
Trek
Trek adalah sepanjang ±43km dan hampir keseluruhan adalah trek ulangan tahun lalu yang diterbalikkan. Laluan berbukit yang keseluruhannya boleh dikayuh mendaki. Namun kesesakkan berlaku di jambatan batu(CP2 tahun lalu) menyebabkan kumpulan kami terpisah. Apa yang seronok dalam setiap Jamboree adalah dapat bertemu kenalan baru dan berjumpa dengan beberapa rider yang sebelum ini hanya kenal di alam siber. Apapun aku enjoy dalam Jamboree dengan ‘layan’ trek dan tidak lagi mengejar ‘kedudukan’.
Aku beberapa kali tersasar jauh dari laluan sebenar. Bukan salahnya penanda, tetapi asyik layan DH dan bersembang.
Minuman dan Makanan/Cabutan Bertuah

Minuman yang disediakan mencukupi. Disemua CP ada minuman. Tidak ada minuman isotonik, namun pisang disediakan. Penamat ada teh tarik/ais yang sedap yang disediakan oleh petugas muslim dari patani.
Malam harinya, acara bermula jam 7.00 malam di Srinakorn Confucius School. Makanan tahun ini tidaklah semewah seperti tahun lalu dan aku tidak sempat menjamah makanan. Ini kerana aku terlewat datang(jam 8.00pm). Nasi beriani masih banyak, namun ayam sudah habis. Makanan tahun ini disediakan oleh pihak muslim. Dari pengamatanku tidak ramai rider yang hadir. Mungkin ‘pengalaman’ tahun lalu(makanan) menyebabkan beberapa rider muslim tidak hadir ke majlis ini?
Tiada pesembahan kebudayaan seperti tahun lalu. Tahun ini disediakan tarian moden yang rancak dan persembahan silap mata yang menarik perhatian kanak-kanak.
Team kami masih lagi berputih mata dalam acara cabutan bertuah. Tahun ini hadiah utama tidak lagi dibolot oleh rider Thailand bahkan frame Giant ATX 7 dimenangi oleh anak blogger Misai Tanglung.
Secara keseluruhannya, Jamboree kali ini terasa sedikit ‘kurengnya’ berbanding tahun lalu.
Lagi gambar di Facebook



Jam 6.00ptg kami ke Klong Hae - Floating Market

Tidur di Hotel Yong Dee: – Bilik luas(tetapi lama) dan Basikal boleh di bawa masuk ke bilik. Ia terletak di tengah-tengah pusat perniagaan Hatyai

24 orang menyertai Jamboree kali ini

Selamat Datang Basree dan Sharyzee


Sesaknya di sini



CP2 – 9.20am

Bersama Tukang Kebun dari TM Bikers – pertama kali jumpa

Nirwan di CP3: 10:15am


Bersama Tok Misai dan GTB Penang di CP4: 11:15am


Selalu jumpa rider ini di beberapa Jamboree – cranknya terlucut hampir 2km dari penamat


Laa .. mai kot sini balik



12:15pm : Penamat

Seperti biasa anakku pasti nak mencuba

Majlis penyampaian hadiah dimeriahkan dengan tarian rancak

Team Chiru pun ada ..