Tuesday, February 08, 2011

Koh Lipe & Satun: Menuju Pulau

Seawal pagi jam 5.30am bertolak dari Alor Setar ke Wang Kelian dan parkir kereta di Taman Negeri Perlis di Wang Kelian. Jam 8.00 pagi kami memulakan perjalan ke sempadan yang jaraknya hanya ±2km untuk urusan imigresen. Kebetulan tidak ramai yang beratur untuk memasuki sebelah ‘sana’ .  Kayuhan merentasi kawasan Taman Negara Thaliban dgn pemandangan rumah-rumah tradisional melayu yang berdindingkan kelarai. ±20km berhenti untuk sarapan disebuah perkampungan melayu. Penduduk disini hanya berkomunikasi dalam bahasa Thai dan Art TTBC memang kemahirannya amat diperlukan disini.

Kali terakhir penulis ke sini ialah dalam tahun 2003 lalu. Namun tidak banyak perbezaan dan perubahan lanskapnya, cuma jalanraya kini dalam proses pembesaran(mungkin akan jadi 2 lorong). Kayuhan kami dengan kelajuan 22 – 30 km/j dan hanya berhenti dibeberapa tempat kerana perlu mengejar masa agar tidak terlepas feri nanti.

Setelah 80km mengayuh, maka kami pun tiba di Pak Bara pada jam 12:30tgh dan terus menaiki feri ke Koh Lipe. Tambang dikenakan RM90.00 dan basikal RM5.00 seorang untuk perjalan pergi dan balik. Kami tiba di pulau pada jam 3.05pm dan terpaksa menggunakan bot kecil pula untuk menghampiri pantai.

Mendarat sahaja di pulau, terpukau dengan pasir yang memutih dan pelancung yang ramai terutama dari Eropah. Terus sahaja kami menelusuri laluan utama iaitu ”Walking Street” untuk menuju ke Chalet yang telah ditempah iaitu di Bonus Chalet. Alangkah hampanya kami apabila penjaga chalet memaklumkan bahawa chalet telah penuh(mereka menggunakan konsep siapa dulu dia dapat kerana kebanjiran pelancong). Penjaga tersebut mempelawa kami tidur di wakaf sambil menghidangkan air.

Setelah berbincang, Abang Ronn menghubungi Diana(rakannya) bagi mendapatkan pilihan lainnya. Alangkah leganya apabila diberitahu masih ada chalet yang kosong dgn harga RM40.00 sahaja. Tetapi dengan harga tersebut keselesaan janganlah diharap. Chalet itu hanyalah rumah usang dengan keluasan 8 x 10’ sahaja dan hanya terdapat sebuah tilam. Tiada pilihan terpaksa menerimalah –( kalau tahu awal pasti kami bawa khemah. ) Terpaksa kongsi tilam queen size bertiga dan Art TTBC tidur dilantai.

Setelah berehat seketika, kami bersiar dipantai menikmati alam sambil melihat matahari terbenam. Malamnya selepas makan kami bersiar di pantai melihat aktiviti malam yang hidup sampai ke pagi. Suasana tidaklah bingit denga musik keras, hanyalah muzik jazz dan reggae berkumandang dan pastinya buat kami lena lebih lelap lagi. Sekiranya datang waktu bulan penuh, pasti dapat melihat ‘full moon festival’ dari penduduk tempatan.

Sepanjang jalan utama dipenuhi dengan kedai-kedai cenderahati, kedai makanan, kedai alatan menyelam, kedai urut, internet cafe, kedai tatoo dan pastinya beer dihidangkan secara meluas.

Makanan halal tidak jadi masalah, kerana ada ramai peniaga dari Setoi(Satun) yang menjalankan pernigaan disini tetapi harganya mmmmahal lohhh..

Koh-Lipe-map-karta

 

Sabermula: Dari atasnya sebuah Taman di Indera Kayangan

 

Banyak rumah-rumah tradisional melayu berdinding kelarai masih kelihatan disini

 

Pekan Khuan Don – Persimpangan ke Hadyai/Satun

 

Bukit Lima beradik.. ‘qiang’ dan ketahanan diuji

 

12.15pm : Jambatan di pekan Langu

Nak sampai & Jeti

 

Atas feri

Transit dengan bot kecil untuk ke pantai

 

Selamat mendarat

Di jalan utama

 

Restoren dan chalet kawan Abang Ronn .. Dicadangkan Singgah kesini untuk tempahan bilik dan makan, boleh berbahasa Melayu dan makanan halal

 

Di hadapan Bonus Chalet

 

Wakaf ini dipelawa untuk tidur

  Dibelakang sekali  adalah chalet kami.. bersama Makcik hasnah(caretaker) , pernah bekerja di Penang

 

keluasan chalet kami - satu katil share 3 orang – seorang dilantai, basikal dalam bilik air

 

Apapun .. ayat diatas diambil kira

Roh Dtee dari Terbilang Satun – RM6.00 + kopi

 

Maghrib menjelang – wah ..banyaknya ORBS

 

BAnyak SPA dan Thai Massage ..ini yang menarik perhatian

Mat Saleh Main api .. jaga-jaga jangan terbakar diri!

IMG_6999-horzIMG_7009-horzIMG_7035-horz

Siangnya ronda satu pulau dengan basikal

Monday, February 07, 2011

Koh Lipe & Satun : Prolog

 

Tarikh: 3 – 5 Februari 2010 – Cuti CNY
Jarak: 192 km
Rider: 4 orang – Bang Ronn, Zn Gerek Baru, Art TTBC dan Pudin
Mula: 8.00am - Taman Negeri Perlis
Setelah rancangan Kayuhan Jejak Warisan terpaksa ditangguhkan akibat banjir besar yg melanda Kedah dan Perlis pada awal bulan November lalu, maka program ini bolehlah dianggap ‘mengqadhanya’.
kohlipeisland1
Koh Lipe adalah salah pulau yang terletak di dalam gugusan kepulauan Tarutao(51 buah pulau di lautan andaman) yang menjadi Taman Laut negara Thailand. Dengan kejernihan airnya dan pasir halus yang puteh lalu digelar “The Thai Madives”.
Terletak berhampiran dengan sempadan Malaysia. Untuk ke sana cara paling mudah adalah dengan menaiki feri atau speed boat dari Jeti Pak Bara.(Walaupun ada juga laluan dari Langkawi dan lain-lain lagi). Perjalanan dengan feri mengambil masa hampir 2 jam manakala dengan speedboat hampir 90 minit.
Tambang dikenakan untuk boat/feri ialah THB900.00 seorang . Apabila tiba di pulau, penumpang terpaksa menggunakan bot kecil untuk ke pantai dan akan dikenakan caj sebanyak THB20.00 seorang. Begitu juga apabila hendak pulang akan dikenakan caj sedemikian(mungkin lebih - depa tahan tuaq!).
Jadual Ferri dari Pak Bara Ke Koh Lipe adalah seperti berikut:- (Waktu dinyatakan adalah waktu Thailand)
DEPT RTN
11.00am 09.30am
12.30pm 10.00am
14.00pm 13.30pm

Pulau ini dihuni oleh puak Chao Ley(Gypsy laut) yang pertuturan mereka hampir seperti bahasa melayu dan berkepercayaan animisme. Ada cerita mengatakan bahawa pulau ini mula mendapat perhatian apabila golongan hippies (60an) datang ke sini dan selepas itu mulalah dikunjungi oleh pelancung terutama dari Eropah. Rumah asal awal penempatan golongan hippies ini masih lagi wujud iaitu dikepala jalan “Walking Street” yg merupakan laluan utama di sini. 

Besambung ……
Koh Lipe terletak dalam wilayah Satun
 
Feri penumpang yg juga membawa rasion
 
Mengambil dan menurunkan penumpang untuk ke pulau-pulau berhampiran dengan menaiki bot. Tambang THB20 – THB50 akan dikenakan. Demi menjaga coral dan juga pantainya yang cetek(mungkin)
Hanya satu-satu sekolah di pulau ini. Tahap 1 – 9. Cikgu dari Petani dan Setui
Antara Chalet yang terdapat di sini – THB600 – THB120
IMG_2631
 
 
 

Monday, January 31, 2011

Darulaman Jamboree: Penutup Januari

Tarikh: 30 Januari 2011, Ahad

Lokasi: Taman Tasik Darulaman, Jitra, Kedah

Anjuran: DANISH ADVENTURE EVENT MANAGEMENT(DAEM)

Flag Pff: 7:45am

Ramai juga tersalah anggap bahawa Jamboree ini adalah kesinambungan Kedah Jamboree. Sebenarnya ia adalah satu acara yang dianjurkan oleh sebuah event management iaitu DAEM bagi memertabatkan lagi sukan MTB secara profesional. Terima kasih kami ucapkan kepada penganjur atas usahanya ini.

Penulis turut serta menyertai acara ini sbg satu sokongan kepada penganjuran ini, terutama apabila ianya diadakan di ‘halaman’ sendiri pulak. Penulis  berlepas awal bersama kategori race kerana ingin ‘merasai’ dan mendapat gambaran dilokasi  bahkan penulislah yang pertama sampai kegarisan penamat pada jam 8.50am. Terkejut dan tersentak lalu petugas berkejar untuk memberi hadiah, namun tersedar jua mereka akhirnya – penulis terpaksa pulang awal untuk menghadiri satu program di Wisma DA(keutamaan woo).

Semua gambar selepas itu diambil oleh anak penulis yang baru nak berjinak dgn DSLR dan terimakasih kepada sdr Asyraf kerana membantu shoot gambar di garisan penamat

Penyertaan

Penyertaannya ± 200 sahaja, namun sebenarnya  sambutan agak hangat  dari rider-rider utara yg kepingin benar. Ramai yang kecewa apabila acara ini diadakan pada hari Ahad. Kedah yang cuti amnya pada hari Jumaat dan Sabtu maka ia membataskan banyak rider untuk menyertainya pada hari ini. Penulis faham masalah penganjur, namun sekiranya diadakan pada hari Sabtu pasti ramai yang akan tampil menyertai-bahkan penulis melihat ramai rakan-rakan yang berkerja hari ini sempat datang untuk melihat acara ini.

Mungkin tidak ramai rider-rider berbangsa China turut serta kerana akan sambut Chinese New Year(CNY) dalam beberapa hari lagi. Mereka  bimbang keselamatan, takut tak sempat ber’CNY’

Ramai juga rider yang tidak ‘sedar’ mengenai adanya Jamboree ini(yang tak baca blog la tu), bahkan tidak mengetahui bahawa penyertaan masih dibuka hingga saat akhir. Ini menunjukkan bahawa promosi agak berkurangan dan tidak panas.

Trek

Treknya adalah sebahagian dari Trek Kedah Jamboree yang berjarak ± 40km. Dua kategori dgn sedikit laluan yang berbeza. Kategori race mereka perlu mendaki Bukit Kelubi. Penat juga disini. Kategori Fun hanya mengayuh di belakang taman Tunku Sarena dan seterusnya ke kawasan rekreasi Bukit Wang. Ramai yang beranggapan penganjur spt tidak bersedia atau melakukan kerja saat akhir. Di Kawasan Bukit Wang,  nasib baik pihak jabatan hutan memberi amaran apabila ada pokok tumbang.

Tidak ada peta laluan yg boleh dijadikan panduan kepada rider. Kalau adanya ‘Tinjauan trek’ dan jemputan kayuhan pasti nampak lebih molek..

Petugas

Penganjur juga tidak mengambil peluang mengenai ‘sumber’ yang ada. Dari apa yang penulis lihat, mashall atau crew kurang berpengalaman. Mereka juga kurang memberi perhatian pada beberapa aspek spt keselamatan, pandu arah dan sebagainya.

Arahan/panduan yg bercelaru(kiri-kanan), dan ada yang meninggalkan lokasi sedangkan masih ramai rider di ‘sana’.

Penunjuk arah juga berkurangan bahkan ada rider top 5, telah terlajak dan terpaksa berpatah balik. Jika tidak …….

Penganjur sepatutnya jangan malu-malu utk meminta bantuan dari rider ‘local’ yang pasti ada pengalaman dan tahu cara-cara kerja sebagai mashal dan crew. Bahkan cekap dgn laluan sekitar yang memang menjadi lokasi kayuhan mereka. Mereka secara sukarela akan beri bantuan demi kebaikan bersama . ‘Hidung tak mancung pipi tersorong-sorong’ itulah gamaknya bermain dibenak mereka.

Kurangnya petugas dan kawalan lalulintas yg minima menyebabkan kemalangan berlaku di beberapa lokasi. Penulis ditempelak oleh salah seorang pemandu kereta apabila penulis terpaksa ambil alih kawalan lalulintas secara ‘Bidan Terjun’ Ini kerana petugas sedia ada berkejar membantu rider yang jatuh. Penulis juga ada terdengar rungutan dari polis bahawa rider tidak dieskot. Walaubagaimanapun selepas itu penulis melihat polis mula menunggu di lokasi tersebut.

Makan dan minum

Minuman di Feeding Point boleh dikatakan mencukupi, namun ramai rider mengeloh apabila tiada air disediakan di penamat.

Makanan tengaharinya sedap walaupun hanya 2 mata dan lebih dari mencukupi.

Secara keseluruhannya ramai juga yang enjoy acara ini, namun ramai juga yang ‘bercakap’. Penulis hanya menyampaikan apa yang dirasai dan didengar.

Lagi Gambar di faceBook

KLIK - Album 1

KLIK - Album 2

8.02am – dah nak sampai Bike Park

Jalan Masuk ke Suasana Indah

Ramai yang jatuh di sini –

Bukit Kelubi – menguji kudrat anda

Yes..sIR

FP – Belakang Taman Tunku Sarina

9.35: 46 am - Tempat Pertama

9:35:50 – Tempat Kedua

9:44am - Spark Tempat Ke 3

Maizatul ..juara wanita dan Zol ..orang kuat Telok Batik Jamboree

 

WAJAH WAJAH CERIA JAMBOREE

Santai

Seronok

Enjoy

Cool

Juara

 

Berjaya

Kenapa?