Thursday, October 18, 2012

Ulu Legong: Memantap Pasukan Memperkukuh Hubungan

IMG_2132

Tarikh: 12 - 13 Oktober 2012
Tempat : Lata Gading, Ulu Legong, Baling, Kedah 
Tujuan : Kursus Pemantapan Pasukan(Team Building) Siri 2/2012

Seramai 24 orang kakitangan organisasiku dari pelbagai unit menyertai Kursus Pemantapan Pasukan. Tujuan kursus untuk membina satu pasukan yang mantap dengan mengukuhkan hubungan dan memupuk semangat kerjasama.

Kelainan kali ini dengan mengurangkan keselesaan dari kebiasaan. Pasukan diberi penginapan di dorm (bukannya hotel) dan perlu memasak dan menyediakan sendiri makanan sepanjang kursus. Tiga sesi aktiviti dilaksanakan iaitu “Persediaan”, “Pelaksanaan” dan “Menikmati/Merasai”.

Acara kemuncak dan menarik adalah  rentas hutan(jungle trekking). Peserta dibawa meredah denai memanjat bukit di hutan simpanan Ulu Muda menuju ke Lata Gading. Laluan cantik yang dipenohi dengan flora dan fauna, meredah anak sungai sambil mandi-manda. Cabaran kepada keberanian dan kecekalan (NAH! .. hampir semua peserta  di’ketit’ pacat). Aktiviti ini tidaklah terlalu berat dan santai sesuai dengan kelompok kami yang terdiri dari pelbagai usia dan jantina.

IMG_2086-horz

Kumpulan memasak

DSC_0063-horz

Antara kaedah membakar secara  moden & tradisional

DSC_0078-horz

Yummy: sotong bakaq, daging, kambing dlll lagi

DSC_0111

Regangan

IMG_2144

Meredah hutan

IMG_2146-horz

Meranduk sungai (semangat saling membantu)

IMG_2151

IMG_2153-horz

Deruan air terjun mendamaikan jiwa

IMG_2175

BENGANG? ..

DSC_0201-horz

Water Therapy …menyejuk badan, menyegar minda

IMG_2186-horz

Meredah Sungai angkat

Tuesday, October 16, 2012

Ulu Legong: Hangat Berendam Merawat Tubuh

IMG_2197

Lokasi: Pusat Rekresasi Air Panas, Ulu Legong, 09100 Baling, Kedah Darul  Aman
Coordinate: N05 48.997 E100 56.153

Kolam air panas adalah terhasil dari tindakbalas sulfur dalam tanah. Kandungan belerangnya yang tinggi dengan pelbagai mineral mempunyai banyak khasiat untuk kesihatan, dikatakan mampu menyembuhkan penyakit kulit, mengurangkan tekanan, menghilangkan lenguh-lenguh badan dan lain-lain lagi (Insyaallah: jika berendam di dalam kolam ini).

Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong adalah salah satu destinasi pelancongan yang terkenal di Utara. Terletak di Mukim Siong yang jaraknya ± 21km dari pekan Baling. Ianya diselia dan diurus oleh Majlis Daerah Baling (MDB). Mula beroperasi sejak tahun 1998 dan sangat unik kerana adalah satu-satunya Pusat Rekreasi Air Panas yang beroperasi 24 jam di Malaysia..

Pihak Pengurusan menawarkan kemudahan penginapan yang selesa . Enam buah calet dan lapan buah dormitori yang berhawa dingin menanti pengunjung untuk disewa. Masing-masing mempunyai kemudahan bilik mandi, tandas dan tempat membasuh. Calet VVIP ditawarkan pada harga RM350 untuk dua hari satu malam, manakala kadar sewa lain berharga di antara RM100 hingga RM200 untuk tempoh inap yang sama. Disamping itu pelbagai kemudahan asas turut disediakan kepada pengunjung.

Kadar bayaran masuk adalah RM4.00 untuk dewasa dan RM2.00 untuk kanak-kanak

Sebarang pertanyaan bolehlah hubungi:-

Majlis Daerah Baling
Tel:  604 - 470 1800
Fax: 604 – 470 1580
Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong
Tel: 604 – 472 1468
HP : 013 – 472 0255

http://www.mdbalingtourism.gov.my/

IMG_2109

Fuhh Berasap….. Pengunjung semakin ramai mulai jam 11.00 malam dan berterusan sehingga ke pagi.

IMG_2202

Kolam utama: Suhunya 49 ‘C PH8.4. Pengunjung tidak dibenarkan mandi kerana suhunya sangat panas. Kini ia dipagar

IMG_2201

Pada sebelah pagi, kolam akan dicuci

 

IMG_0016-horz

Awal pagi masih ada pengunjung yang mandi bahkan ada yang berkemah

IMG_0005-horz

IMG_0012-horz

Antara kemudahan yang disediakan oleh MDB

Thursday, October 11, 2012

Perubatan Alternatif: Tabib Urut Satu Jari

IMG_2049

Lokasi: Kampung Tok Sadu, Mukim Derga, Kedah Darul  Aman
Coordinate: N06 04.089 E100 24.376

Sistem saraf yang teratur dapat melancarkan perjalanan darah`. Sekiranya ia  ‘tersekat’ akan menjadi  punca seseorang itu merasa lenguh, sengal, pening dan sakit-sakit di bahagian tertentu pada badan. Insyaallah ianya boleh dipulihkan melalui kaedah mengurut.

Salah seorang yang menawarkan perkhidmatan mengurut ialah En. Mohd. Zain Bin Lat (62 Tahun) atau lebih  mesra dikenali sebagai Pak Lang Md Zin. Keunikkan beliau mengurut dengan menggunakan satu jari bagi menekan ‘point’ tertentu dan ‘memasukkan’ kembali urat pada kedudukkannya. Sekiranya urat tidak berada pada kedudukkan, kesakitan akan terasa apabila di ‘tekan’ dan sakit akan hilang bila urat sudah  ‘masuk’ bahkan tidak lagi sakit bila di tekan di point tersebut. Pak Lang Mat Zain berpengalaman mengurut sejak 40 tahun lalu. Ilmunya diperolehi dari ibu dan neneknya yang merupakan seorang bidan. Kebolehan mengurut kaedah ini dipelajari dari orang ‘Petani’ yang pernah tinggal dengannya.

Ramai sudah pesakit dari seluruh pelusuk negeri yang datang mendapatkan rawatan darinya. Beliau tidak mengenakan sebarang bayaran (Ikhlas memberi). Beliau juga ada menjual ubat-ubat tradisional lainnya. Aku agak serasi dengan kaedah  ini, setiap 4 – 6 bulan akan datang mengurut. Anda akan berada ‘lega’ selepas dipermasuk urat  TETAPI kesan tekanan akan terasa hampir sepanjang hari (bergantung kepada keadaan tubuh seseorang).

Beliau menjalankan perkhidmatan dirumahnya setiap hari dari jam 3.00 ptg – 10.00 malam. Seeloknya dibuat temujanji dengan  menghubunginya di No. 019-5442 287

PERHATIAN:  Pak Lang Mat Zain telah meninggal dunia pada  27/12/2018

IMG_2047-horz

Ikut Jalan Tok Keling. Masjid Tok Keling  dan sekolah sebagai ‘landmark’

IMG_2042-horz

Menyusur mini tar sejauh hampir 1km dan rumahnya di kampung yang kedua (sebelah matahari jatuh)

IMG_2051

Dengan satu jari beliau menekan

IMG_2053-horz

Pasti anda akan terangkat dan mengaduh kesakitan

IMG_2057

Tempat rawatannya yang dibina cantik & terbuka

Monday, October 08, 2012

Bukit Pak Sang: Mencari Denai Membuka Laluan

IMG_1995

Tarikh : 06 Oktober 2012 , Sabtu 
Mula : 8.15 pagi 
Jarak : 13.8 km
Rider: 3 orang – Pudin TTG, Mohd. Noor & Zam KBS. 
Trail Guar Batu Hitam 1, Changloon, Kedah.

1 Tujuan, 2 Bukit, 3 Orang.

Teruja dengan pemandangan yang luas dari atas Bukit Telipong, lantas aku merancang untuk menjelajah bukit-bukit sekitarnya(sekitar Changloon). Hari ini bersama sdr. Mohd. Noor dan ditemani oleh Zam KBS, kami memulakan penjelajahan dari Kampung Guar Batu Hitam (Sebelum tu aku sudah merisik melalui beberapa penduduk tempatan mengenai lokasi dan nama bukit serta laluan masuk, jadi senang menetapkan haluan mula). Berpandukan Garmin dan temubual dengan penduduk kampung kami mengayuh sejauh 1.4 km sebelum berjumpa dengan bukit yang kecerunannya ± 30° lalu menolak naik hampir 700 meter(fuhh). Berada dipuncak bukit Pak San(ketinggiannya 209 m) yang terdapat sebuah pondok. Dari atas  dapat melihat luas ke utara, Bukit Telipong dan ke selatan pula Padang Sera, Megat Dewa, Tunjang bahkan Gunung Keriang.

Melihat beberapa bukit di selatan dan kami bercadang untuk mendaki bukit tersebut lalu mengikuti/menuruni denai sejauh hampir 2km sebelum berjumpa Siamese Trail(Trek Hosba) dan mendaki bukit Gendang Raya yang ketinggiannya 190 meter. Laluan ke puncak melalui jalan dengan jarak hampir 2km. Kami cuba untuk turun melalui jalan belakang mengahala ke Bukit Wang/Kampung Wang, namun pencarian terbantut dek kesuntukkan masa dan laluan semakin semak, hutan/belukar yang agak tebal lagi kecerunan yang semakin curam. Terpaksa berpatah balik menuruni laluan mendaki tadi dan terus pulang melalui Felda Guar Napai. Kayuhan tamat pada jam 11.50 pagi. INSYAALAH satu misi untuk menjejaki Trail baru di bukit yang sama akan diatur selepas ini.

Lagi Gambar Di FACEBOOKKU

Bukit Tok San

Trail Guar Batu Hitam 1: Laluan ini bersambung dengan Trek Hosba di Siamese Trail

Elevation

IMG_1977

Permulaan

IMG_1981

Tudia dah mula mendaki

IMG_1988

Pada Ketinggian (125m) Di belakang sana Bukit Telipong

IMG_1989

Dah tak boleh kayuh

IMG_1992

Mengadap ke selatan: disana Tunjang, Padang Sera

IMG_1993

Berehat melepas lelah di pondok pada ketinggian 209m

IMG_1998

Menuruni laluan hutan buluh

IMG_1999

ada penunggu

IMG_2004

air terjun & chalet, milik orang Jitra

IMG_2012

Dibelakang sana Siamese Trail

IMG_2016

Mendaki Bukit Gendang Raya

IMG_2026

Zam menuruni teres di Bukit Gendang Raya..

IMG_2030

Felda Guar Napai

Friday, October 05, 2012

Restoran D’Dapur Ibuku : Santapan Sekeluarga Di Alor Setar

IMG_1947

Tarikh: 05/10/2012
Tempat : Restoran D’Dapur Ibuku,  Jalan Kampung Perak, Alor Setar, Kedah
Coordinate: N06 07.254 E100 21.936

Sebelum ini setiap kali melintas masjid Zahir sentiasa terpandang Restoran ini tetapi masih belum terbuka hati untuk singgah makan. Malam ini berpeluang bersama keluarga menjamu selera di sini.

Terletak di Jalan Kampung Perak, bersebelahan dengan Bangunan Jam Besar dan Masjid Zahir, Alor Setar, Kedah Darul Aman. Restoran ini dibuka pada 28 Jun 2012 lalu. Dimiliki oleh Ku Rauzhan dan merupakan cawangan kedua, Restoran induknya adalah di Taman Sentua, Kangar. Cawangan ketiganya berdekatan Politeknik Syed Sirajuddin, Pauh, Perlis.

Menyediakan masakan melayu, ala siam, makanan laut, western dan keistimewaannya ialah Nasi Goreng D’ Dapur Ibuku. Suasana persekitaran yang selesa, cantik dan bercirikan tradisional Melayu. Pengunjung boleh memilih untuk makan secara bersila atau makan dimeja biasa. Ruang VIP (berhawa dingin) juga tersedia dan mampu memuatkan sehigga 100 orang. Ianya dibuka setiap hari dari jam 10.00 pagi hingga 2.00 pagi.

Untuk pertanyaan dan tempahan sila hubungi :-
012-449 1651 (Puan Zurina/En. Fadali Shah)

IMG_1948

Makan Ala Siam tersedia

IMG_1968

IMG_1949

IMG_1952

Rumah 2 tingkat dihias menarik dan boleh makan secara bersila di meja ala Jepun

IMG_1953

Tingkat 2

IMG_1954

Dihiasai dengan beberapa peralatan tradisional

IMG_1961

IMG_1963

Nasi Goreng D’ Dapur Ibuku

IMG_1975

Bersebelahan Menara Jam & Masjid Zahir