Tarikh : 10 Ogos 2020
Misi : Trip Pantai Timur – Mencari Tasik Di Bukit Besi
Lokasi : Bukit Besi, Terengganu
Coordinate : N4.73595° E103.19444°
Bukit Besi terletak di daerah Dungun, ±33km dari Bandar Dungun. Suatu ketika dahulu terkenal dengan pengeluaran bijih besi yang terbesar di Asia Tenggara. Bermula pada abad ke-20. Perkembangan perusahaan perlombongan di Bukit Besi ini seiring dengan pertumbuhan perusahaan keluli di Jepun. Ianya ditutup bila bijih besi habis dikaut tentera Jepun.
Tinggalan perlombongan telah menghasilkan tasik yang cantik dengan air jernih kehijauan. Di tebing sebelah barat tasik ini ini dibangunkan sebuah kawasan padang golf iaitu Tasik Puteri Golf Club. Pihak Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) bertanggungjawab memajukan tasik ini untuk tujuan pelancongan yang terkenal.
Tidak jauh dari sini juga terdapat satu air terjun yang terjadi bilamana aliran air dari tasik masuk ke anak sungai. Air terjun buatan yang menarik dan cantik. Tidak pasti kedalaman air ini tetapi nampak kehitaman.
Kemudian kami ke Marang dan mencari penginapan di Oyo (Chalet Yunie) yang terletak di jalan tali air, kampung Rhu 2, Marang. Sebuah chalet dengan harga yang berpatutan (RM60) dan selesa.
Menziarahi sepupu kami Puan Norijah dan kakaknya
Selepas check-in, dan berehat seketika, petangnya kami ke Kuala Terengganu menziarahi sepupu dan juga beberapa tempat menarik di sana
Menghijau dan Jernih: Air terjun dari tasik yang jatuh ke anak sungai
Masjid Terapung @ Masjid Tengku Tengah Zaharah. Dinamakan sempena nama bonda Al-Marhum Sultan Terengganu. Dibina dalama tahun 1991 dan siap dalam tahun 1994 dengan kos sebanyak RM6.997 juta
Jambatan Angkat atau Drawbridge adalah jambatan angkat yang pertama di Asia Tenggara sepanjang 638 meter. Dibina pada Ogos 2014 dan siap dalam tahun 2019 dengan kos RM248 juta