Tarikh : 10/12/2019
Misi :
Lokasi : Phatthalung/Songkhla, Thailand Resort Terpencil Yang Cantik Di Tasik Songkhla
Dari Ao Tho, kami menuju ke arah Pak Phayun dengan mengambil jalan tepian tasik Songkhla. Menelusuri laluan pendalaman sambil singgah dibeberapa lokasi menarik dan bergambar di beberapa ‘Yor’ (Tangkul besar) yang terdapat dipinggiran tasik.
Kami singgah di pekan Pak Phayun untuk melapik perut dan membeli bekalan makanan malam sebelum ke Khaochan resort. Aku sudah beberapa kali ke Pak Phayun (sering bertouring basikal ke sini sekitar 2012 – 2014) dan suka sangat suasana di Pak Phayun. Mungkin salah satu tarikan kepada ku ialah Pulut Ayam Bang Mat (N7.35284° E100.32705°) memang sedap…. Seperti pulut ayam lain – keistimewaan pulut ayam bang mad adalah pada bawang goreng dan kerak ayamnya yang rangup. Juga pada Khanom Jeen TomSup dan seafood somtam + telur masin. Bang Mad dan isterinya. Kalau ke sini bolehlah cuba pulut ayam mereka. Bang Mat boleh cakap Jawi (melayu) kerana dia berasal dari Yala manakala isterinya tidak boleh bertutur dengan baik.
Usai makan tengahari, kami bertolak ke Khaochan Resort yang terletak ± 20km ke utara Pekan Pak Phayun. Resort ini terletak di atas pulau di dalam Tasik Songkhla iaitu Ko Mak. Sebuah resort bertaraf 3 bintang. Kami meninjau resort ini dan TIDAK BERCADANG untuk bermalam kerana agak terpencil dan tersangatlah sunyi. Hanya ada 3 orang pekerja yang sedang membersihkan kawasan dan mungkin malam nanti hanya kami berdua sahaja disini. Jauh pulak bagai dihujung dunia, sunyi gila
Sebenarnya kami ingin ke Ko Si - Ko Ha. Gugusan pulau di dalam tasik Songkhla. Aku ingin meninjau gua-gua sarang burung layang-layang (dikatakan sarang burung disini adalah yang terbaik di Thailand) dan seterusnya ingin melihat inskripsi monogram oleh King Chulalongkorn, Rama V, di satu tebing yang digelar Napha Thewada (Angel Cliffs) dan beberapa perkara lagi.
Memandangkan tiada orang yang dapat membawa kami ke situ maka, aku terpaksa mengubah perancanganku ke daerah Sathing Pra. Insyaallah aku akan datang lagi untuk ke Ko Si Ko Ha
Hulk di Rekreasi Bendang
เดอะฮัค ในฉาง บ้านป่าขวาง รำแดง The Hulk
Lam Daeng, Singhanakhon District, Songkhla 90330, Thailand
Coordinate: N7.32027° E100.47068°
https://maps.app.goo.gl/HWe7ynThrgEmLjRb9
Selepas membatalkan hasrat untuk bermalam di Khaochan lagipun masa masih panjang, maka kami mengambil keputusan menuju ke Sathing Pra ± 24km ke Tenggara Pak Phayun.
Menelusuri jalan yang cantik dengan pemandangan sawah padi yang menghijau sungguh menenangkan jiwa. Kami ke Ban Pa Kwang yang terdapat sebuah kawasan yang dimajukan dengan pelbagai pot selfie disamping tanaman padi. Kawasan seluas ± 8 ekar atau 20 rai dibangunkan untuk tarikan pelancong ke sini dengan patong Hulk sebagai tarikan utama. Patung dari jerami setinggi ± 10 meter bina antara sea coconut tree sambil memegang buah kelapa laut (mungkin landmark) yang banyak tumbuh dikawasan ini.
Ia mula beroperasi pada 12 Ogos 2019 lalu. Ada sedikit bayaran dikenakan iaitu THB 20 untuk penyelenggaraan kawasan.
Bergambar bersama patung Nang talung (หนังตะลุง) @ Wayang kulit
Ada buaian dan pelantar kayu merentas sawah padi
Bermalam & Sarapan Di Songkhla
Selepas itu kami mencari hotel dan bermalam di Paan Resort (N7.16529° E100.58513°) yang terletak ± 5km dari pekan Songkhla. Resort setingkat yang berbaloi dengan harga yang ditawarkan THB500.
Awal paginya esoknya kami menuju ke pekan Songkhla untuk mencari makanan halal dan ingin mencari kelainan dan tidak tertumpu kepada kedai yang sama. Kami ke Malisa Roti Café, (N7.19186° E100.59446°) kedai yang agak popular dikalangan penduduk tempatan. Menu istimewanya adalah roti canai, roti arab, nasi kerabu dan lain-lain lagi. Ia dibuka setiap hari kecuali hari Isnin dari jam 5:00 - 15:00 dan kemudian dibuka semula dari jam 16:30 - 23:00 Jambatan Buluh @ BorGeng Pavilion
บ่อเก๋ง BorGeng Pavilion
Lam Daeng, Singhanakhon District, Songkhla 90330, Thailand
Coordinate: N7.20501° E100.57593°
https://goo.gl/maps/eZwphqrzJchvUonYA
Pintu Gerbang bersejarah
Usai sarapan, kami ke suatu situs sejarah iaitu BorGeng Pavillion berdekatan dengan feri di Singhanakhon (± km). Disini kelihatan satu pintu gerbang lama dan sejarahnya bermula selepas kejatuhan pusat pemerintahan kerajaan Singhora di muara masuk Tasik Songkhla/Laut, penduduk mula berpindah ke seberang (kota terkini). BorGeng Pavillion adalah binaan bersejarah yang dikatakan adalah benteng kawalan keselamatan kepada bandar Songkhla diseberang. Binaan ini dibuat dari batu merah seperti kota pertahan Singhora di Khao Daeng. Ia dipengaruhi oleh senibina Siam/China. Di sini juga terdapat telaga air tawar. Pihak kerajaan Thai telah mengistiharkan binaan ini sebagai Tapak Sejarah pada 22 Januari 1999.
Sebagai usaha menarik pelancong dan memperkenalkan sejarah, jambatan buluh dari gerbang ke tasik dibina. Disini juga terdapat sebuah struktur buluh yang direka oleh artis (supernormal studio) yang dinamakan HUA KAO PAVILLION - Ia sebagai lambang perubahan masa: Dari Singhora Ke Songkhla, Dari Bo Suan Ke Bo Yang.
HUA KAO PAVILLION
Pelantar buluh dicelah hutan bakau
kemudian kami ronda ke satu pelantar batu berdekatan perkampungan nelayan – Jambatan ini dikenali sebagai Saphan Cheum rak (The Bridge of Love ) sepanjang ± 300 meter
Dari jambatan cinta, nampak sebuah binaan di atas bukit berdekatan. Aku amati dan terus menuju kesana. Rupanya ia adalah rumah peribadi seseorang yang berpengaruh. Sempat bergambar dari rumahnya. Dari perkarangan rumahnya nampak tasik dan Tinsulanonda Bridge ke Koh Yor.
Nasi Daging paling sedap di dunia @ Sadao.(inilah nasi daging yang paling sedarp pernah aku rasai) Makan nasi saja pun dah sedap. Dahla sedap, murah pulak tu (cuma THB40 – daging tempatan)