Sunday, March 04, 2018

Kembara Bumi Parsi : Pengalaman Yang Dibawa Pulang

 

Tarikh   :  10 & 11 Januari 2018   
MISI     :  DAY 07
LALUAN:  Marvdasht – Necrepolis - Esfahan – Qom - IKEA
Jarak    :  ± 485km + 431 km 
KOORDINATE:

Ia adalah perjalanan ‘tala balik’ kami selama 2 hari sejauh 916km dari Marvdasht ke Esfahan dan seterusnya ke Lapangan Terbang di Tehran. Perjalanan yang tidak menjemukan dengan melihat lanskap gunung ganang unik berdiri megah, merentas gurun yang keperangan dan diselumuti salji singgah dibeberapa caravaserai yang ditinggalkan dan mendaki bukit Nabi Khidzir diQom. 

20180110_093842

Jam 8.00 pagi kami bertolak dari Hostel menuju ke arah Necrepolis (N29.98828° E52.87475°) yang terletak sejauh ±30km dari hostel kami. Necrepolis bermakna City of Dead dalam bahasa Greek dan juga di gelar Naqsh-e Rustam oleh penduduk tempatan. Ia adalah makam kuno yang dimiliki oleh pemerintah empayar Achaemenid iaitu Darius 1, Darius II, Xerxes 1 dan Ataxerxes 1. Makam ini dibina di tebing kaki bukit dan berada tinggi beberapa meter dari aras bumi. Makam ini telah diceroboh oleh penjarah yang mencuri banyak harta tinggalan yang disimpan di dalam makam setelah jatuhnya empayar ini ditangan Alexander The Great.

20180110_100755

Tidak lama kami disini kerana kereta kami mengalami kerosakan, enjinnya tidak boleh dihidupkan. Setelah berjaya menolak bersama beberapa orang kakitangan Nacrepolis, kami menuju ke pekan terdekat untuk membaikinya. Hampir jam 12.00 tengahari baru siap kereta dan perjalanan santai kami ke Shiraz yang memakan masa hampir 5 jam sejauh 485km. Kami tiba di Shiraz pada jam 8.00 malam dan terus ke Imam Square semula untuk mencari cenderamata untuk dibawa balik. Disini aku menyaksikan pemandangan malam Naqh-E Jahan yang cantik kemudian ke hostel Mohamad Husein untuk bermalam. 

DSC08580

Istana Ali Qapu diwaktu malam

20180110_153236-horz

20180111_125645

20180111_124936-horz

Tinggalan caravanserai di sekitar Kashan

Pagi besoknya kami bertolak semula dan bercadang untuk singgah ke Abyaneh, tetapi sepanjang perjalanan kami singgah ke beberapa caravanserai lama, maka tak sempat untuk ke Abyaneh sebaliknya kami singgah ke bandar Qom menuju ke satu bukit menarik yang dikenali sebagai Bukit Nabi Khidzir (N34.59008°, E50.86785°).   

Untitled-horz

Di atas bukit ini ada sebuah masjid yang dipercayai dibina oleh Nabi Khidzir sekitar 3000 tahun lalu (walaubagaimanapun masjid ini sudah dipermodenkan). Masjid yang berada pada ketinggian ±200 meter dari kaki bukit dan hanya boleh di akses dengan berjalan kaki melalui laluan yang sempit. Perjalanan ke atas mengambil masa ± 10 minit. Kelihatan berduyun-duyun penduduk tempatan tak kira usia dan beberapa pelancong mendaki ke puncak. Peluang yang datang sekali seumur hidup pasti jangan dipersiakan,  kami mendaki dan bila di sampai di atas. . Wow .. pemandangan 360° bandar Qom dapat disaksikan dari atas sini dan di hujung sana ada banyak puncak –puncak yang menarik 

P1110067

Bukit & Masjid Nabi Khidzir dari jalan masuk

DSC08618

Di kawasan parkir – nun di atas sana Masjid Nabi Khidir

GOPR4126-horz

Pemandangan dari atas – masjid Nabi Khidzir

GOPR4160

Pemandangan dari dalam Masjid – di hujung kiri katanya adalah lokasi nabi Khidzir beramal

Sejauh perjalanan kesini dan penat mendaki pasti aku tidak melepaskan peluang untuk menghormati masjid ini. Di suatu sudut masjid ada bilik khas (dulu adalah gua(???) dimana katanya tempat Nabi Khidr ‘beribadat’. Kelihatan ramai penduduk tempatan bersembahyang sambil berdoa di dalam bilik ini.

Selepas itu kami keluar dari bandar Qom memasuki Lebuhraya untuk pulang ke IKIA(Lapangan Terbang) dan singgah menikmati makan malam(petang) di R&R yang berhampiran (± 5 km dari Qom) iatu Mehr-O-Mah Tourist Complex (N34.74237°, E50.86728°). Satu kawasan hentian yang lengkap dengan komplek perniagaan dan antara kompleks pelancongan terbaik di Iran. Kompleks ini sentiasa bersih. Di sini ada butik ADIDAS dan beberapa kedai terkenal. Di tingkat satu ada restoran yang menjual dan menyajikan masakan dan makanan tradisional Parsi. Walaubagaimanapun ini adalah tempat yang paling mahal kami makan sejak berada di Iran. 

Selepas makan kami menuju ke Lapangan Terbang Imam Khomeini pada jam 7.30 malam. Setelah bersalam kami mengucapkan terima kasih kepada Mohammad atas khidmatnya. Alhamdulillah dipelihara Allah sepanjang perjalanan kami, dicukupkan rezeki olehNya (bajet terhad), diperlihatkan keindahan alam dengan topo yang berbeza dari Malaysia, didedahkan tentang rahsia kehebatan empayar dan teknologi kuno dan lain-lain lagi . Syukur …

Penerbangan balik kami dengan penerbangan Air Asia D7 777 jam 12:40am waktu tempatan

 


Pautan Kembara Berkaitan
1. Kembara Bumi Parsi : Muqaddimah
2. Kembara Bumi Parsi – Day 2 : Berpelesiran Di Tehran
3. Kembara Bumi Parsi – Day 3 : Kashan–Kota Indah Yang Bersejarah
4. Kembara Bumi Parsi – Day 4 : Isfahan-Kota Separuh Dunia
5. Kembara Bumi Parsi – Day 5 : Menuju Selatan & Mencuba Makanan
6. Kembara Bumi Parsi – Day 6 : Shiraz – Bermulanya Empayar Parsi
7. Kembara Bumi Parsi – Day 7 : Perjalanan Pulang

No comments:

Post a Comment