Translator

Sunday, August 23, 2015

Kedah International Duathlon Challenge 2015: Acara Lasak Lagi Berprestij

Acara : Kedah International Duathlon Challenge 2015 (KIDC 15)
Tarikh: 28 & 29 Ogos 2015
Tempat : Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu, Jalan kodiang ,Jitra Kedah.
Koordinate : (N6° 20.070' E100° 21.764')
Race Format : 10km Trail Run - 35km MTB - 8km Trail Run
Fee : individual RM125 / relay RM250 (early bid 20% off)
Website: http://www.kedahduathlon.com/

Duathlon adalah satu kejohanan  yang  mengandungi 2 acara sukan iaitu larian dan berbasikal. Format yang biasa digunakan ialah lari-basikal-lari. Dimana peserta akan berlari kemudian bertukar kepada tunggangan basikal dan kembali berlari.

Acara Larian 1 sejauh 10km

Kedah International Duathlon Challenge 2015 (KIDC 15) adalah kejohanan bertaraf antarabangsa yang julung kali diadakan di Kedah. Ia disertai oleh peserta tempatan dan luar negara dan dianjurkan oleh Base Group (sebuah syarikat even management tempatan). Ia mendapat sokongan dan kerjasama dari Kerajaan Negeri Kedah dan pelbagai agensi Kerajaan & swasta lainnya.

Acara 2 – Kayuhan sejauh 35km

Ia akan diadakan pada 28 & 29 Ogos 2015 dan setiap acara akan bermula dan tamat di Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu, Jitra Kedah (N6° 20.070' E100° 21.764')

Larian 3 – larian mendatar sejauh 8km

Hari ini aku telah dijemput oleh sahabat kayuhanku, saudara Zailani Bin Zain yang menjadi salah seorang penganjur untuk mencuba dan membantu plot laluan. Aku tidak mampu untuk berlari tetapi hanya mengikut dengan basikal pada laluan larian pertama sejauh ±10km dan seterusnya mencuba laluan basikal mengelilingi Bukit Tunjang sejauh hampir 35km. Walaupun aku pernah ke sini beberapa kali namun ternyata banyak lagi seksyen yang aku tidak pernah menjamah sebelum ini. Laluan yang hampir 80% offroad dan berteknikal sememangnya menguji kesabaran dan kemahiran peserta. Dengan banir pokok yang terbungkin dan akar terjulur yang melintang  pasti memberi cabaran kepada peserta. Ditambah dengan suasana dusun yang mendamaikan dan teduh menambah keseronokan disini. Seterusnya mencuba lagi laluan larian tetapi agak mendatar sejauh ±8km. Ia melalui kawasan jalanraya dan merentas sawah padi. Laluan terbuka dan panas pasti menambah cabaran peserta bagi menamatkan acara.

Bersama Pengarah Teknikal, Xterra Malaysia, Mr David Spence & Mr Michael Tighe

Mr David Spence, salah seorang Pengarah Teknikal Xterra Malaysia (yang tersohor dalam penganjuran lasak sebegini) turut memberi sentuhan dan nasihat teknikal dalam penganjuran berprestij ini . Aku tidak dapat bersama dalam acara ini kerana kurang persediaan  lagipun aku mempunyai urusan di Kuala Lumpur pada tarikh tersebut. Maka aku berdoa semoga event ini akan berjaya dan seterusnya mengharumkan nama Kedah di persada antarabangsa dan tempatan.

Mukadimah - Larian awal sejauh 10km ..

larian dalam dusun yang teduh dan menarik

Acara 2 – Basikal

Laluan menarik dan menerujakan

Kawasan dusun yang teduh

Boleh menjamu selera

Friday, August 07, 2015

Trek Padang Durian: Kayuhan Fiesta Durian

Tarikh : 31 Julai  2015 (Jumaat)
Masa  : 8.15 pagi – 12.30 tgh
Trek   : Bukit Perak, Pendang,Kedah
Rider  : 25 Orang
Jarak  : 31 km
Max Elev  : 188 meter
Coordinate: N6° 01.896' E100° 39.475'

Kampung Padang Durian terletak ± 25km dari Pekan Pendang. Ia adalah sebuah kawasan pertanian yang dikelilingi oleh ladang getah, sawah padi, kelapa sawit dan lain-lain lagi. Kawasan ini juga terkenal dengan pengeluaran  buah-buahan terutama durian yang sinonim dengan nama kampungnya. Kebetulan musim durian masih belum berakhir(walau sudah berada hampir ke penghujungnya) maka atas inisiatif saudara Romzi aka Roy telah menganjurkan satu kayuhan yang dikenali sebagai ‘Kayuhan Durian’.

Kayuhan ini disertai oleh seramai 25 peserta yang dikeloi oleh Roy melalui fb dan whatsApp yang rata-rata adalah terdiri dari geng sekitar, Pokok Sena dan Alor Setar. Kami berkumpul dan bermula di hadapan Sekolah Kebangsaan Padang Durian (Coordinate: N6° 01.962' E100° 36.722'). Laluan yang dilalui adalah laluan yang pernah kami kayuh tempohari. Tidak pernah jemu akan trek ini kerana suasana persekitaran yang nyaman kerana dikelilingi oleh rimbunan hijau,  sawah padi yang terbentang dan dikelilingi oleh bukit-bukau. Apatah lagi bila memasuki kawasan dusun. Durian jatuh merata-rata seperti tidak dipeduli (mungkin faktur bulan puasa ) hampir terlanggar buah-buah lama yang berguguran. Sesekali bersaing dengan motor penduduk tempatan yang membawa ‘jaras’ besar di belakang buat mengisi buah yang luruh pagi tadi.

Setelah mengayuh dilaluan biasa, kami menuju sebuah dusun di kawasan bukit pinggiran Hutan Simpan Bukit Perak. Sudah sedia menunggu abang scrambler, mungkin tuan punya dusun. Membiarkan kami mencari sendiri buah-buah segar yang baru luruh. Mengopek menikmati buah dari pelbagai klon. Dari isi putih, kuning, merah jambu semua dirasai. Ada bagaikan ice cream hingga digelar ‘magnolia’. Ada yang isi tebal biji halus. Buka sebiji makan seulas, begitu mewah sekali tatkala berada di dusun. Bahkan kami dibawa ke beberapa dusun lagi ..hmmmm jenuh makan. Dalam letih dan redup nak hujan, dalam dusun dipenuhi buah mungkin tak banyak dapatku makan. Selesai kayuhan membeli buah ditepian jalan untuk keluarga buat bekalan.

Sesungguhnya kayuhan ini amat berbaloi dan menarik sekali. Trek menarik sesedap durian itulah yang dapat diungkapkan.

Kayuhan bermula jam 8.00 pagi di hadapan Sek. Keb. Padang Durian Pendang, Kedah

Melalui kilang memproses air mineral Eau De Clare Sdn. Bhd., Titi Akar, Kedah

Berhampiran Hutan Simpan Bukit Perak

 

Merentas sawah padi

Meredah ladang getah

Downhill yang menarik

Cabaran Menuju dusun – bechak

Naungan hutan buluh

Menikmati durian

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...