Tuesday, August 12, 2014

Trek Taman Bersatu: Kayuhan Amal GAZA

Tarikh : 09 Ogos 2014  = 13 Syawal 1435
Lokasi  : Taman Bersatu, Jitra, Kedah, Malaysia         
Coordinate: N6° 17.253’ E100° 24.769’

Isu Gaza, begitu rapat dengan jiwa masyarakat Malaysia. Penindasan rejim  Zionis  dan serangan serakah ke atas Gaza telah mengorbankan & mencederakan ribuan rakyat dan memusnahkan harta benda. Kayuhan Amal GAZA diadakan sebagai usaha untuk menyedarkan masyarakat dan membantu rakyat Palestin yang ditindas.

Acara yang dikoordinasikan bersama team Redflag Jitra berjaya menghimpunkan lebih dari 60 orang peserta. Walau dengan kekangan masa, namun berkat sokongan sahabat dan rakan (ada yang sanggup menghadirkan diri walau mempunyai tugas atau tidak berkayuh)  berjaya mengutip sejumlah wang yang akan disalurkan kepada Aman Palestin. Semoga sumbangan ikhlas dan doa kita akan diberkati dan dapat membantu rakyat Palestin

Majlis bermula pada jam 8.40 pagi dengan aluan dari saudara Zulkifli Talib  dan bacaan doa yang penuh bermakna dipimpin oleh  ustaz Alwi. Walau laluan adalah jalur tunggal (single track) namun dengan penyelarasan yang teratur dapat melancarkan kayuhan disini.

Tujuan Kayuhan ini   bukan sekadar menghimpunkan penunggang MTB untuk riadah dan amal, ia juga  untuk menghebahkan trek ini. Himpunan jemaah MTB  dimeriahkan lagi dengan majlis sambutan  Aidil Fitri. Hidangan kuih-muih yang dibawa oleh rider sendiri untuk dinikmati bersama. 

Ulasanku mengenai trek ini boleh dibaca di SINI (Klik) 

Lagi gambar di FACEBOOKKU

Sesi Foto

Sesi sumbangan

Sesi doa

sesi kayuhan

sesi menikmati kesedapan trek

Trek yang berteknikal

Redup dan cantik pemandangan

santai

Menjumlahkan derma

Antara penggiat projek Amal ini

Tuesday, August 05, 2014

Bukit Menerung: Berkongsi Laluan, Menikmati Buah-Buahan

Tarikh  :  Sabtu, 2 Ogos 2014 = 6 Syawal 1435H
Jarak   : 14 km   
Max Elev :  ± 81 meter 
Rider : 6 orang – Pudin, Nizam, Shahrul, Raja Ahmad, Musz  & Hashim
Coordinate: N6° 13.685’ E100° 29.016’

Setelah lebih sebulan basikal terperap, stamina perlu dibina, semangat perlu ditingkat maka Bukit Menerung menjadi pilihan. Ia sebagai salam permulaan kepada sahabat dari Team Airod bagi menikmati dan memahami pola laluan yang bakal ditempuhi sekitar kawasan ini.

7.30 pagi berkumpul di Masjid Bukit Pinang menunggu rakan sebelum menuju ke tapak permulaan di Masjid Jamik Raudhatus Solihin, Kampung Bukit, Derang. Kami memulakan kayuhan pada jam 8.00 pagi dengan menelusuri jalan kampung Empa dan singgah bersarapan di Warung Pokok Kabu, Kampung Bukit.

Selepas bersarapan, telusuri jalan minitar melewati kampung Taqwa dan mendaki sebuah bukit yang ketinggiannya hanya 51 meter bagi meninjau panorama sungai Pedu dan kawasan sekitar. Membiarkan rakan-rakan bergambar sambil meninjau kawasan untuk memberi pemahaman tentang kawasan disini. Bukit ini kini semakin gondol, banyak hutan sudah ditumbangkan, bukit-bukit ditarah. Akibat dari aktiviti sebegini, bukit yang sama (tetapi agak ke selatan) yang kami perlu daki (melalui laluan lain) sudah semakin terhakis, batu-batu terbonjol, alur semakin dalam menyukarkan kayuhan pendakian. Akibat Hentakan dan pantulan dilaluan ini menyebabkan beberapa baranganku tercicir (garmin dan kacamata). Perghh! Cabaran menurun dan penat mendaki semula. Hadoiiii … kugagahi jua.

Dari puncak kami menurun dilaluan yang agak mencabar kerana curam dan meredah semak yang mula tumbuh meliar tebal hingga sampai ke kampung Seberang Paya, Empa. Di sini kami singgah ke sebuah rumah seorang penduduk tempatan. Beliau sedang memproses buah asam gelugur. Kebetulan musim buah kayu belum berakhir(tapi durian sudah habis), beliau turut mempelawa kami mengait buah-buahan sekitar rumahnya. Apalagi… plastik diisi dengan rambutan, manggis dan jentik-jentik buat bekalan makan ditepi sungai nanti.

Selepas itu kami memasuki kawasan bendang dikaki bukit Resam dan menelusuri sepanjang sungai pedu memasuki kawasan dusun yang redup dan dinaungi pepohon buah kayu. Singgah di salah satu kuari pasir, aduhhh… kawasan yang sering aku kunjungi dahulu sudah berubah, tanahnya semakin runtuh.

Bagi menikmati buah yang kami ambil tadi, kami singgah ke salah satu pondok. Duduk bersila sambil lelah dilepas, buah-buahan dikupas. Hampir 30 minit menikmati rasa dan panorama kami meneruskan kayuhan ke tempat permulaan. Selesai kayuhan pada jam 11.15 pagi.

Menelusuri laluan batu, menempuhi ladang getah

Laluan Bendang yang permai

Laluan sudah semakin semak

Menikmati buah asam gelugur dan rambutan